Ahad, 18 Januari 2015

Komsas Tingkatan 1 2015


komsas Tingkatan 1 2015


Puisi tradisional

Pantun dua kerat ( nasihat )

Berapa jauh wujud dengan sifat
Sejauh lutut dengan pelipat

Sarang semut dalam gelap
Orang selimut selalu lelap

Hitam-hitam pucuk kawa
Sungguh hitam dipandang lawa

Emas , perak tembaga suasa
Malas bergerak tidak merasa

Buah sintang buah senikul
Satu memegang satu memikul


-          Syair pohon buluh

Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata mata menjaga segenap pangkat

Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya

Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak Nampak alam


Puisi moden

-          Kita umpama sehelai daun

Kita umpama sehelai daun
Bertunas segar dihujung ranting
Lalu melebar dan merimbun
Tempat bercanda ungags meriang
Di bawah redup bebayang mentari

Andai kikir jasa dan bakti
Di mana lagi tempat bernaung
Dari tusukan bahang memijar
Unggar kecil tidak berkudrat

Kita umpama sehelai daun
Bakal kering sampai waktunya
Usahlah angkuh keupayaan diri
Sehingga lupa makhluk duafa
Ingin bernaung mencari hidup

Jadilah sehelai daun
Hijau menunas menyegar mata
Kering gugur menjadi baja



-          Kuingin berterima kasih

Sesekali kuingin berterima kasih
Kepadamu hujan bagai tetamu
Jiwa pun menjadi dingin
Api amarah menjadi terpadam

Sesekali kuingin menyemai budi
Kepadamu tanah yang hidup
Kerana perutmu setia menghamilkan
Rezeki buat petani

Sesekali kuingin berbisik kepadamu
Ikan-ikan yang riang
Liar di belantara samudera
Kerana sudi membebaskan derita nelayan tua di pondoknya

Sesekali kuingin kalungkan kagum
Kepadamu pejuang negara
Kerana tanganmu pernah berdarah
Darah kesetiaan seorang warga
Kepada watan tercintanya

Sesekali kuingin pula menjadi bunga
Menebarkan keharuman
Di taman-taman keresahan hidup
Menyerahkan keinsafan
Kepada keangkuhan perang

Alangkah indahnya dunia
Andai semua merenung
Kekosongan hidup ini


-          Aku

Tidak ada manusia lain
Di pantai ini
Kecuali diriku

Kususur pasir panjang
Sambil kubayangkan
Aku ini Adam

Hari inilah aku tercipta
Dan pertama kali melihat
Laut langit dan pohon

Kelmarin aku belum ada
Tidak terdengar olehku
Bunyi ombeak itu

Tidak terasa olehku
Sentuhan angina ini
Bertiup di mana-mana

Bahkan aku tidak tahu
Kulit kerang dan ru
Pernah wujud di sini

Tuhan
Aku percaya Kau pencipta
Kerana aku baru ada


Kunci bahasa

Bahasa bermaruah
Tidak berbilur bahasa di lidah

Bahasa berbuah
Tidak kering bahasa diperah

Bahasa bersejarah
Tidak luput bahasa bertingkah

Bahasa berwasilah
Tidak putus jambatan ukhuwah

Bahasa berbudi sudah
Tidak lokek pada ummah

Bahasa begitu indah
Tidak habis berbahasa bermadah

Jumaat, 25 April 2014

Assalamualaikom dan salam sejahtera. Lama tidak berbicara dalam ruangan blog ini. Kesibukan tugas dan ruang masa yang agak terhad menyebabkan saya tidak dapat berkongsi sebarang maklumat atau sebarang perkongsian dengan rakan pembaca

Tahniah kepada semua guru SMK Kampung Raja kerana membuatkan lonjakan pencapaian akademik dan mudah-mudahan kita akan mencapai sekolah kluster Kecemmerlangan seperti yang diharapkan. Tidak mustahil jika kita aturkan dan rangkakan dengan penuh keazaman dan pembentukan sahsiah murid serta kemenjadian murid akan menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu. Motivasi, penekanan keatas kerja yang secara tidak menekan dan percaya kepada kemampuan semua guru merupakan resepi kejayaan pelajar. Percayalah kekuatan dan keyakinan guru serta self confiden adalah resepi utama kejayaan.

Bagaimana cara untuk kita meningkatkan potensi dan motivasi pelajar yang berkesan. Adakah dengan mengadakan motivasi secara besa-besaran akan menghasilkan kejayaan.Kesan program seperti itu mungkin memberikan infak yang kecil sahaja. Tapi motivasi secara kecil-kecilan pastinya akan memberikan impak yang besar. Buat motivasi secara kelompok kecil untuk memastikan pencapaian pelajar berjaya. pertemuan secara kecilan dan membuat aku janji dalam kelompok 10 hingga 15 orang pastinya akan menghasilkan impak yang positif, Percayalah buatlah program keluar dari kebiasaan, pastinya akan menghasilkan impak yang luar biasa.

Ahad, 23 Februari 2014

Salam Sejahtera kepada Semua pelajar Tingkatan 1

Peperiksaan P1 Bahasa Melayu akan bermula esok. Selain di nilai berpandukan nilaian semasa dalam pentaksiran berasaskan sekolah Anda juga di nilai secara berpusat kemampuan dan kebolehan anda dalam menguasai kemahiran yang diajar untuk memastikan pencapaian anda ditahap yang membanggakan. Teruskan perjuangan semoga berjaya.

Sabtu, 25 Januari 2014

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)
  • digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
  • kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
  • (a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
  • (b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
  • (c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
  • digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
  • kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND Pertama
Bentuk
Penggunaan
Ayat contoh
aku
tunggal
Merujuk kepada diri sendiri apabila berhubung dengan orang yang rapat dan sama taraf, dan ketika berdoa kepada Tuhan.
  1. "Kedatangan aku ke mari membawa hajat yang besar, Manisah," kata Ziana kepada rakan karibnya itu.
  2. Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu," lafaz Pak Man dalam doanya.
saya
tunggal
Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau sesiapa sahaja dalam keadaan rasmi.
  1. "Rumah saya tidak jauh dari sini," kata Rahim kepada orang tua yang bertanya kepadanya itu.
  2. Saya berasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.
beta
tunggal
Digunakan oleh raja, permaisuri, sultan dan kaum kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.
  1. "Berani awak mengingkari perintah beta," titah baginda sultan dengan murkanya.
  2. "Beta izinkan mamanda menteri berangkat sekarang juga," titah Sultan Ali.
patik
tunggal
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan, permaisuri, raja dan kerabat diraja.
  1. Kata Bendahara Melaka, "Patikmenjunjung perintah, tuanku."
  2. "Patik datang ke mari membawa hajat yang besar, tuanku," sembah Hang Kasturi kepada Sultan Mahmud.
daku
tunggal
Merujuk kepada diri sendiri dan hanya digunakan jika perkataan sebelumnya berakhir dengan huruf "n".
  1. Adakah engkau masih ingat akan daku?
  2. Oleh sebab tidak sependapat dengandaku, akhirnya kami berpisah juga.
hamba
tunggal
Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.
  1. "Hamba telah banyak melihat corak hidup manusia," kata pengembara itu kepada Engku Azlina.
  2. "Jangan hamba dihina begini," rayu saudagar itu kepada Malim Kundang.
kami
jamak
Merujuk kepada si penutur dan temannya apabila bercakap dengan pihak kedua.
  1. "Kami akan menyertai kem motivasi di sekolah," kata Ali dan Siti kepada ibu mereka.
  2. Ami dan John memberitahu cikgu mereka,"Kami tidak tahu membuat projek itu."
kita
jamak
Merujuk kepada si penutur dan orang yang mendengarnya.
  1. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.
  2. "Jika kita bersatu, kita akan menjadi kuat," kata Eda kepada rakan-rakannya.


(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
  • digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
  • kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND Kedua
Bentuk
Penggunaan
Ayat contoh
awak
tunggal
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat, panggilan orang atasan kepada orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri apabila bercakap.
  1. "Awak tidak boleh merokok di dalam pejabat," kata pengurus itu kepada keraninya.
  2. "Bila awak mahu datang ke rumah saya?" tanya Salmah kepada sahabat karibnya.
kamu
tunggal
Digunakan oleh orang yang lebih tua atau dewasa dan ditujukan kepada anak, para pelajar dan sebagainya
  1. "Kamu masih belum sihat lagi, Man?" Kudus bertanya.
  2. "Mengapakah mata kamu merah, Amin?" Halim bertanya kepada adiknya.
engkau
tunggal
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dan dengan Tuhan apabila berdoa.
  1. "Apakah yang engkau lakukan ini?" Zuren bertanya kepada Ku Li.
  2. Ya Allah, Engkaulah yang maha mengetahui.
dikau
tunggal
Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf "n".
  1. Aku akan memperkenalkan dikau dengan kawan-kawanku yang lain.
  2. "Saya amat rindu akan dikau," kata Hasan kepada teman wanitanya.
tuanku
tunggal
Digunakan apabila bercakap dengan sultan, raja dan kerabat diraja; bermaksud "tuan yang mulia".
  1. "Segala titah tuanku akan patik patuhi," kata Hang Tuah.
  2. "Patik ke mari bersama-sama dengan anak dan isteri, tuanku" sembah Tun Pepatih.
anda
tunggal / jamak
Merujuk kepada diri orang yang kedua/ orang yang dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen atau dengan orang yang sebaya.
  1. Anda dikehendaki membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.
  2. Jika anda berminat untuk menyertai syarikat kami, sila hubungi kami dengan segera.
kalian
jamak
Merujuk kepada diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak.
  1. Kalian diharap bertenang kerana para hakim sedang mengira markah.
  2. "Apakah yang kalian buat di sini?" Husin bertanya kepada rakan-rakannya.


(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
  • kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
KGND Ketiga
Bentuk
Penggunaan
Ayat contoh
dia / ia
tunggal
Untuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan sama ada rakan sebaya atau orang yang lebih muda.
  1. Dia berjanji akan berubah, tidak lagi bersikap malas seperti dahulu.
  2. Ahmad terjatuh kerana ia ditolak oleh kawannya.
nya
tunggal
Digunakan untuk menggantikan kata ganti dia/ia, nama binatang dan nama benda. Tidak boleh berdiri sendiri dan ditulis serangkai dengan perkataan yang mendahuluinya.
  1. Munirah memanggil Masni sambil melambai padanya.
  2. Burung itu tidak boleh terbang kerana sayapnya patah.
baginda
tunggal
Untuk menggantikan nama sultan, raja, kerabat diraja yang diperkatakan.
  1. Sultan Samad menitahkan Perdana Menteri pergi mendapatkan anakanda baginda di Temasik.
  2. Bagina Sultan jarang-jarang melawat ke sini.
beliau
tunggal
Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati seperti ibu bapa, pemimpin dan guru.
  1. Semua anak beliau belajar di luar negara.
  2. Menteri Pelajaran tidak dapat hadir keranabeliau berada di luar negara.
mereka
jamak
Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang.
  1. Rumah mereka ranap ditiup angin ribut.
  2. Mereka bergotong-royong membersihkan kampung.

Khamis, 16 Januari 2014

Pantun 4 Kerat ( Berjimat Cermat)

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)




Rangkap
Maksud
1
Berbelanja secara berhemah seolah-olah mendapat rezeki yang melimpah-ruah.
2
Berjimat cermat merupakan amalan yang tepuji manakala membazir pula merupakan perbuatan yang keji.
3
Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup senang.
4
Orang yang boros akan menanggung hutang yang banyak.
5
Berjimat cermat merupakan tuntutan agama. Oleh itu, orang yang berjimat cermat pasti akan hidup bahagia.
6
Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta banyak tetapi boros.
7
Orang yang membuat perancangan  sebelum melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak akan menanggung kerugian.


Tema : Faedah berjimat cermat
Persoalan:
a) Syaitan sentiasa menggoda manusia supaya membuat pembaziran.
b) Orang yang berjimat cermat akan hidup senang pada kemudian hari.
 c) Orang yang hidup sederhana tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada orang yang kaya tetapi boros.

Nilai :
a) Rasional – mampu berfikir untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk
 seperti berbelanja secara berhemah.        
b) Kebersihan mental – fikiran yang sihat dan membina.     
c) Kesederhanaan– tidak keterlaluan ketika membeli belah.

Pengajaran :
a) Kita hendaklah berjimat cermat kerana perbuatan membazir itu dilarang oleh Tuhan.
 b) Kita tidak boleh bersikap boros untuk mengelakkan kita daripada menanggung hutang.
c) Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dirancang terlebih dahulu.

Pantun 4 Kerat (Agama ) Tingkatan 1

Pantun Empat Kerat (Agama)

Rangkap
Maksud
1
Sia-sia sahaja kita menuntut ilmu jika kita tidak menunaikan sembahyang.
2
Orang yang tidak menunaikan sembahyang pasti menyesal pada kemudian hari.
3
Sia-sia sahaja kita berilmu jika tidak mahu mempraktikkan ilmu kita itu.
4
Tuhan Yang Maha Esa sangat berkuasa, pemurah serta menyayangi hamba-Nya.
5
Kita tidak boleh berbuat kejahatan kerana balasan Tuhan adalah sangat dahsyat.
6
Manusia perlu bertaubat sekiranya melakukan kesalahan supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat nanti.

Tema : Tanggungjawab manusia kepada Tuhan

Persoalan
a) Semua perbuatan dan tindakan mausia di dunia akan mendapat balasan pada hari akhira
b) Balasan bagi orang yang baik ialah syurga manakala balasan bagi orang yang jahat ialah neraka
c) Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang telah insaf.

Nilai : 
a) Semangat bermasyarakat – saling menasihati secara ikhlas untuk kebaikan bersama contohnya memberikan nasihat kepada orang yang tidak menunaikan sembahyang.
b) Rasional – mampu berfikir dengan mengambil kira baik dan buruknya sesuatu perbuatan.         
c) Berhemah Tinggi– mengakui kesalahan diri dan memohon ampun daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Gaya Bahasa:  
a) Imej alam - semak, pohon, bulan, asam gelugur
b. Simile - bagai pohon tidak berbuah
c. Repitasi - (Pengulangan kata dalam baris) -contohnya Banyak bulan antara bulan
d. Perlambangan - contohnya syurga dan negara (syurga melambangkan kebaikan dan neraka melambangkan kejahatan) 
Pengajaran : 
a) Kita hendaklah menuntut ilmu supaya fahan tentang dosa dan pahal
b) Kita hendaklah mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari supaya hidup kita tidak sia-sia
c) Semasa hidup, kita hendaklah sentiasa melaksanakan suruhan Tuhan