Ahad, 3 Mac 2013

Merumuskan karangan tingkatan 4

BAHASA MELAYU



KOD 1103/2KERTAS 2



SOALAN 1: Rumusan(30 markah)





STRATEGI MERUMUS KARANGAN





PETIKAN 1



Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.



Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.



Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.



Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.



Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.



Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria, Utusan Malaysia, Jun 2003)





A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT



STRATEGI 1



Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,



* Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.



(masa dicadangkan 2 minit)



* Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman



(masa dicadangkan 5 minit)



STRATEGI 2 : Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.



* Fokus 1 = Isi tersurat

* Fokus 2 = Isi tersirat



Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat. CONTOH 1 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.





STRATEGI 3



Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.



Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni).[ISI 1]



Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.



Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita)[ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.



Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.



(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah)[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung)[ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.



Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.



Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran).[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka).[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.



Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.



Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara)[ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4



Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.



Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran



1. Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]

2. Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]

3. Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 ]





Atau Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]



1. Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]

2. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]

3. Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]

4. Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [ 9 ]

5. Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]

6. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]

7. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]





STRATEGI 5



Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap. PERINGATAN:



1. Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan

2. Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.



CONTOH:



Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah perkataan ]





B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT



STRATEGI: 1.



1. Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang diberikan.Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat kejiranan.



2. Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan fokus 2 dalam arahan soalan.



3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.



4. Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.



STRATEGI 1 :



Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.



CONTOH : 1.



1. Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]



2. Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin atau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]



3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.



4. Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat .



5. Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]



6. Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan



7. Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak sombong / berbaik sangka dengan jiran .







STRATEGI 2 :



Membina perenggan isi tersirat.



CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT



Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]







C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.



STRATEGI :



1. Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.

2. Kenal pasti fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan fokus 1 itulah penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.

3. Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda sendiri.

4. Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.

5. Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan / membicarakan …….





CONTOH PENDAHULUAN:



Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran Pendahulaun:



Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.atauPetikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat



D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.



1. Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.

2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.

3. Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.

4. Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya, demi’.

5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.



Contoh : Kesimpulannya, ….







CONTOH KESIMPULAN:



1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan



Atau



1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.





CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP



Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.



Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.



Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.



Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.



[ 100 patah perkataan]

Jumaat, 1 Mac 2013

Peristiwa DI Malaysia


Kronologi pencerobohan di Lahad Datu

2 Mac 2013
Lahad Datu
.
BERIKUT adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:
  
9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
  
12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
  
14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad  Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
      
16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya  penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'
antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
   
18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
  
24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
  
26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
  
28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
  
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

- Bernama

Khamis, 21 Februari 2013

Assalamualaikom dan salam sejahtera. Dalam ini saya ingin mencoretkan kata kata buat rakan  rakan guru serta anak didik SMK Ringlet di sepanjang saya bertugas di sekolah berkenaan. Selama 3 tahun iaitu bermula 2.1.2010 hingga 1 .2.2013saya bertugas di sekolah ini sudah pastinya banyak pengalaman yang saya perolehi samada manis atau pahit yang semuanya  menjadi kenangan. Kadangkala kita sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Itulah yang terjadi kepada kita kerana saya adalah penjawat awam yng sentiasa akur dengan arahan pegawai atasan kita.

Rakan rakan sekelian, dalam 3 tahun saya merasai 3 orang pengetua yang banyak memberikan pengalaman kepada saya menjadi pentadbir yang berkesan. Pengetua kedua walaupun tempoh berkhidmat di sekolah berkenaan memberikan banyak pengetahuan danpengalaman mentadbir. Namun begitu semua pengetua mengajar dan menginsafkan saya bahawa sebagai pentadbir kita perlu akur dan mengikuti prosedur kerja yang ditetapkan.

Rakan guru dan pelajar sekelian. Seribu kemaafan dan keampunan dari saya atas kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan . Atas kekasaran, ugutan, teguran, rajukan dansebahgainya kerana kekadang kita perlukan itu semua untuk memastikan perjalanan sekolah berjalan lancar.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kia menumpang mandi
Kalau ada kesilapan sepanjang
Ampun dan maaf mohon diberi.

Sekian terima kasih

Sabtu, 9 Februari 2013

Assalamualakom. Saya telah bertukar dari SMK Ringlet Ke SMK Kampong Raja mulai 18.02.2013. Mungkin banyak perkara yang saya akan tulis selepas ini kerana saya akan mengalami banyak perubahan samada tugas dan juga cara perjalanan. kalau dulu akan bertolah dari rumah jam 6.50 pagi...mungkin saya akan bertolak mulai jam6.35 pagi supaya dapat sampai kelokasi bertugas lebih awal. Tapi apakan daya demi sahutan tugas dan tanggungjawab baru yang diterima. Selamat bertemu wahai pelajar-pelajar baru SMK Kampung Raja dan Selamat Tinggal and sayonara kepada semua pelajar SMK Ringlet. Jumpa dalam Blog ikgu Rahman Cameron.

Isnin, 28 Januari 2013

INSTRUMEN BAND 6


INSTRUMEN BAND 6

 
INSTRUMEN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 1
BAND 6



KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND

6


PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B6 DL1
Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional


EVIDENS


B6 DL1 E1
Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.


AKTIVITI PENTAKSIRAN




BAHAN
·         Bahan Rangsangan / Gambar

1.      Guru meminta murid melihat kepada contoh-contoh tempat menarik.
2.      Guru meminta murid menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di Sarawak / di bandar yang mereka diami.
3.      Guru mengemukakan beberapa soalan  sebagai rangsangan bagi membantu murid untuk menjawab secara lisan.
4.      Guru meminta pelajar menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di Sarawak / di bandar yang telah mereka lawati.
5.      Murid diminta untuk menghuraikan dan membandingkan daya tarikan di tempat menarik yang mereka lawati.

Contoh soalan rangsangan:
1.      Ceritakan apa yang anda lihat di tempat menarik tersebut?
2.      Adakah  daya tarikan tersebut terdapat di tempat lain?
3.      Apakah  perbezaannya dengan tempat lain?
4.      Mengapakah tempat tersebut menarik bagi anda?




CONTOH ITEM




CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN
BIL
Soalan
√  /  X
1
Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?

2
Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat  secara logik?

3
Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4
Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan  lain-lain).

5
Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?



 


KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND

6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B6 DL1
Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional


EVIDENS


B6 DL1 E2
Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan


AKTIVITI PENTAKSIRAN





BAHAN
·         Teks perbualan

1.      Guru meminta empat orang murid untuk melakonkan teks perbualan dihadapan kelas.
2.      Murid berbincang dalam kumpulan untuk mencadangkan cara-cara memperindah kawasan  sekolah.
3.      Wakil murid daripada setiap kumpulan untuk membentangkan  hasil perbincangan kumpulan mereka.
4.      Wakil murid daripada kumpulan lain diminta memberikan komen terhadap pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka.
CONTOH ITEM
BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 : MUKA SURAT 2

BIL
Soalan
√  /  X
1
Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?

2
Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat  secara logik?

3
Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4
Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan  lain-lain).

5
Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?



KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
6
PERNYATAAN STANDARD
Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B6 DB1
Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan
EVIDENS
B6 DB1 E1
Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan:
      Teks Dialog
Langkah Pentaksiran:
  • Murid membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 2.
  •  Murid menjawab soalan guru tentang teks dialog tersebut
  •  Berdasarkan teks dialog tersebut, murid membuat ramalan tentang kesan buruk jika kebersihan dan keceriaan sekolah tidak dijaga.
CONTOH ITEM
Ref: Teks Dialog, ms 2, Bahasa Melayu Tingkatan 1.

Khairi:   Syukurlah kita berada dalam tingakatan yang sama.            Mudah-mudahan kita dapat saling membantu, bagai aur   dengan tebing.
Kevin:   Guru tingkatan kita pun mesra nampaknya. Mudah-            mudahan kita dapat mengikuti pelajaran dengan lebih    baik.
Mohan:  Luas sungguh kawasan sekolah kita.. Tentu ada banyak      kemudahan.
Khairi:   Betul kata awak, sekolah kita ada perpustakaan, makmal    komputer, makmal sains dan kedai koperasi.
Syafiq:   Lihatlah padang permainan sekolah kita yang luas   menghijau. Pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah pula menambahi keindahan persekitaran sekolah  kita. Kita harus membantu pihak sekolah menjaga keindahan dan keceriaan sekolah kita.
Kevin:   Taman sains sekolah kita memang canggih. Di dalamnya ada taman herba, taman burung mini dan kolam ikan. Di tepi kolam ikan ada tiga ekor itik dan enam ekor arnab. Arnab-arnab itu dipelihara di dalam sangkar khas.
Khairi:   Tadi saya menolong Cikgu Harun memberi burung dan ikan makan. Ada berbagai-bagai jenis ikan di dalam kolam    itu. Ada ikan jelawat, lampam jawa, patin dan tilapia.
Mohan:  Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kita bersama-sama.
Khairi:   Saya bersetuju dengan pendapat Mohan itu.








KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
6
PERNYATAAN STANDARD
Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B6 DB1
Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan
EVIDENS
B6 DB1 E2
Menilai dan memberikan pendapat tentang bahan yang dibaca
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan:
      Teks dialog
Langkah Pentaksiran:
  • Murid membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks  Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 9.
  • Murid diminta menjelaskan kebaikan berbelanja secara berhemat.
  • Murid diminta menjelaskan kesan berbelanja secara tidak berhemat.
CONTOH ITEM
Rujukan: Teks Dialog, ms 9, Bahasa Melayu Tingkatan 1.


SYAHIDA :     Helo, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Shin                           Yee?
SHIN YEE :     Shin Yee di sini, Syahidakah itu?
SYAHIDA :     Ya, saya. Bagaimana awak tahu saya yang bercakap?
SHIN YEE :     Mustahil saya tidak mengenali  suara rakan karib saya.                           Ada apa-apa yang boleh saya tolong?
SYAHIDA :     Saya hendak mengajak awak ke sekolah awal sedikit                           kerana saya hendak meminta awak menemani saya ke                           kedai koperasi sekolah.
SHIN YEE :     Oh, begitu! Baiklah, nanti saya akan meminta kebenaran                           daripada ibu saya untuk keluar lebih awal. Apakah yang                            hendak awak beli di kedai koperasi sekolah?
SYAHIDA :     Saya hendak membeli buku rampaian, fail dan alat tulis.
SHIN YEE ;     Mengapa tidak beli di kedai di belakang rumah kita                           sahaja?
SYAHIDA :     Banyak faedah jika kita berbelanja di kedai koperasi                           sekolah. Harga barang di sana lebih murah. Tambahan                           pula,  kita ahli koperasi. Sebaik-baiknya kita memberikan                           sokongan kepada kedai koperasi sekolah kita.
SHIN YEE :     Betul kata awak. Kita pun membayar yuran keahlilan                           koperasi sekolah. Baiklah, kita pergi bersama-sama. Saya                           juga mahu membeli lencana sekolah dan baju sukan.
SYAHIDA :     Baiklah Shin Yee, saya akan ke rumah awak sebentar                           lagi. Terima kasih.
SHIN YEE :     Terima kasih kembali.



KEMAHIRAN
MENULIS

BAND

6


PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.



DESKRIPTOR

B6 DT 1:
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.


EVIDENS
B6 DT1 E1:
Menghasilkan  puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.



AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan
Pantun Empat Kerat Agama
(Antologi Kasut Kelopak Jantung: hlm 6)

Langkah Pentaksiran
·         Guru menyuruh murid membaca teks pantun dan mencari ungkapan yang menarik dalam pantun tersebut.
·         Guru meminta murid menulis ungkapan-ungkapan menarik yang terdapat dalam pantun di papan tulis.
·         Guru meminta murid membina ungkapan menarik berdasarkan contoh yang telah disenaraikan.
·         Guru menyuruh murid menghasilkan sekurang-kurangnya tiga rangkap pantun empat kerat bertemakan alam semula jadi menggunakan ungkapan menarik yang telah dibina.
·         Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan pantun yang ditulis.
·         Murid-murid lain diminta memberikan komen.






CONTOH
ITEM


Contoh Kad Inventori Pantun:
BIL
Soalan
√  /  X
1
Rima pantun menepati abab.

2
4 – 5 patah kata sebaris.

3
8 – 12 suku kata sebaris.

4
Pembahagian pembayang dan maksud pantun jelas.

5
Sekurang-kurangnya 2 unsur gaya bahasa seperti asonansi, aliterasi, simile, anafora, dan sebagainya.

6
Ada ungkapan yang menarik.

7
Mengandungi nilai dan pengajaran.








KEMAHIRAN
MENULIS

BAND

6


PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.



DESKRIPTOR

B6 DT 1:
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.


EVIDENS
B6 DT1 E2:
Menghasilkan  prosa yang boleh dijadikan contoh.



AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan

CONTOH
ITEM

Contoh Penulisan Karangan

            Kita kerap membaca berita tentang keruntuhan akhlak remaja yang disiarkan dalam akhbar-akhbar utama. Berita ini amat membimbangkan kita kerana remaja merupakan aset negara pada masa depan. Keruntuhan akhlak remaja ini disebabkan oleh beberapa punca yang tertentu.
            Remaja yang runtuh akhlak lazimnya kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja. Oleh itu, mereka tidak memberikan perhatian terhadap anak-anak. Akibatnya, anak-anak yang terbiar ini bercampur serta terpengaruh dengan budak-budak nakal dan akhirnya menjadi liar.
            Punca lain yang menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialah pengaruh media massa. Kini, terdapat majalah dan laman web yang menyiarkan bahan-bahan lucah. Jika tidak dikawal, remaja akan terpengaruh dan cenderung meakukan perbuatan yang tidak bermoral.
            Selain itu, jawatankuasa belia dan penduduk kurang menyediakan aktiviti yang berfaedah untuk remaja, misalnya aktiviti silat, kompang dan sebagainya. Oleh sebab tiada aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi masa, mereka lebih cenderung terlibat dengan aktiviti negatif.
            Terdapat juga remaja yang runtuh akhlaknya kerana desakan hidup. Wang mereka tidak mencukupi kerana keluarga mereka miskin. Walau bagaimanapun, mereka ingin memenuhi keperluan hidup seperti remaja lain, misalnya memakai kasut yang mahal dan memiliki telefon bimbit. Untuk memenuhi keperluan ini, mereka mudah terlibat dalam kegiatan mencuri dan merompak.
            Semua pihak perlu bekerjasama untuk membendung salah laku dalam kalangan remaja. Para remaja perlu dibimbing agar mereka melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini demikian kerana remaja menjadi tonggak kejayaan negara pada masa depan.           








KEMAHIRAN
MENULIS

BAND

6


PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.



DESKRIPTOR

B6 DT 2:
Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.


EVIDENS
B6 DT2 E1:
Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan.



AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan
·         Hasil penulisan murid.

            Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata tentang susunan buku-buku yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan di sediakan untuk kita.
            Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan.
            Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat.
            Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati.
            Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan.


Langkah Pentaksiran

·         Murid membaca karangan yang disediakan
·         Murid diminta mengenal pasti dan membetulkan kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut.


CONTOH
 ITEM

Contoh senarai semak perkara yang disunting :

1.    Ejaan
2.    Tanda baca
3.    Penanda wacana
4.    Kosa kata
5.    Pengimbuhan
6.    Ayat


Jawapan:
Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata tentang susunan buku-buku (buku) yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan di sediakan (disediakan) untuk kita.
            Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan.
            Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat.
            Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati.
            Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan.