Isnin, 18 Mac 2013

Format Pemarkahan Rumusan SPM


Soalan 1 dalam kertas 2 merupakan soalan Rumusan. Soalan 2(a) iaitu Petikan Umum ada kaitan dengan soalan 1 kerana menggunakan petikan yang sama. Markah soalan 1 ialah 30 markah iaitu 20 markah isi dan 10 markah bahasa. Markah isi boleh dipecahkan lagi kepada 4 bahagian. Secara mudahnya pembahagian markah ialah 2 markah pendahuluan, 12 markah isi tersurat, 4 markah isi tersirat dan 2 markah penutup. Pembahagian markah untuk isi (tersurat dan tersirat) boleh berubah mengikut bilangan isi. Walau bagaimanapun, jumlah markah keseluruhan kombinasi isi tersurat dan tersirat tidak melebihi 16 markah. Jadual di bawah menunjukkan markah yang diperuntukkan.

Bahagian

Markah

Markah

Pengenalan/Pendahuluan

 

2

Isi Tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

16

Isi Tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

Penutup/Kesimpulan

 

2

Jumlah Maksimum

20


Oleh sebab markah diberikan kepada 4 bahagian jawapan, elok kiranya penulisan rumusan disusun kepada 4 perenggan. Hal ini bukan sahaja untuk kekemasan malahan untuk memudahkan pemeriksa kertas Bahasa Melayu menyemak kertas jawapan calon. Parapelajar perlu mematuhi arahan soalan rumusan, iaitu menulis sehingga 120 patah perkataan. Sebabnya ialah pemeriksa hanya akan menyemak sehingga 120 patah perkataan sahaja walaupun anda menulis sehingga 200 patah perkataan. Untuk makluman anda, pemeriksa akan mengira jumlah perkataan dalam jawapan anda sehingga 120 patah kata sahaja. Selebihnya tidak akan disemak. Oleh itu, wajarlah anda mengetahui kata yang dikira satu perkataan dan yang bukan dikira satu perkataan. 

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
  • nama khas 
  • perkataan berulang 
  • penggunaan kata depan di dan ke
  • tarikh 
  • angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan 
  • gelaran

Harga Remaja


Harga Remaja

MAKSUD

Rangkap 1
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2
Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3
Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4
Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.
Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.

TEMA
Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

PERSOALAN
1
Kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
2
Jati diri remaja.
3
Keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.
Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
4
Hala tuju hidup dalam diri remaja.
Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

BENTUK
1
Terdiri daripada empat rangkap
2
Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.
3
Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.
4
Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.
5
Sajak ini berbentuk bebas.

NADA
Sinis

GAYA BAHASA
1
Ayatnya pendek-pendek.

Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)
2
Diksinya mudah difahami.

Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
3
Aliterasi :pengulangan konsonan m

Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)
4
Pengulangan konsonan t

Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)
5
Asonansi :pengulangan vokal a

Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

Pengulangan vokal i

Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)
6
Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris

Contoh : bagai kehijauan daun

bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)
7
Metafora

Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2)

cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3)

madu ajaran (rangkap 2, baris 5)
8
Simile

Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)
9
Sinkope

Contoh : Penuhilah remajamu

Dengan apakah akan kau penuhi

NILAI
1
Keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
2
Kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
3
Kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

PENGAJARAN
1
Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
2
Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
3
Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
4
Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

SOALAN
1
Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak Harga Remaja.
2
Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada sajak Harga Remaja.

JAWAPAN
1
Nilai itu ialah keberanian. Nilai ini penting buat remaja kerana mereka perlu berani untuk menegakkan kebenaran. Selain itu, terdapat nilai kegigihan. Nilai ini pula dapat membantu remaja usaha mereka untuk menuntut ilmu.
2
Pengajaran pertama ialah kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Selain itu, pengajarannya ialah kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

PROGRAM KESUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA





Photo







Assalamualaikom dan salam sejahtera. Apakhabar semua pembaca blog saya. Semoga Kalian di dalam sihat sejahtera. Pada tanggal 16 Mac 2013 bersama hari Sabtu saya telah menyertai satu program Briged Komuniti Sukarelawan Khidmat Negara Ibupejabat BSKN yang dianjurkan di Cameron Highlands Pahang. Saya percaya ini adalah julungkalinya saya berkesempatan mengikuti program ini setelah saya meninggalkan perkhidmatan saya sebagai Jurulatih Kenegaraan pada Tahun 2004 buat kali pertama Latihan Khidmat negara di perkenalkan.
Pada kali ini briged ini telah menjayakan Program Perpustakaan Desa di kampung Kuala Boh, Menson yang jarakkanya 30 KM dari Bandar Tanah Rata. Jarak jalan  masuk dari Jalan utama Bertam ke Sg Koyan adalah sekitar 3KM jalan bersimen.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
1. Mengecat dan membersihkan bangunan masjid lama sebagai Perpustakaan Desa.
2  Mengecat dan membaikpulih Taman Permainan Kanak-Kanak.
3. Membina hubungan kemesraan dengan penduduk desa Kuala Boh untuk merapatkan jurang antara kampung dan bandar.
4. Mengadakan jamuan rakyat bersama penduduk desa.

Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang untuk menyediakan rak buku dan buku-buku bacaan. Terima kasih kepada Dato Ho Yip Kap ADUN Tanah Rata yang sudi menjadi perasmi dan menyumbangkan 4 rak buku di majlis berkenaan.
Terima kasih kerana menjayakan program berkenaan.