Sabtu, 12 Mei 2012
OBOR PERJUANGAN BANGSA
Betapa perjuangan merdeka itu umpama
Nyalakan apinya seterang mungkin
Kerana,
Ayuh, pembawa obor perjuangan bangsa:
Jumaat, 11 Mei 2012
SAMBUTAN HARI GURU DI PLGDP TUALANG.
Salam Sejahtera dan Salam bahagia. Sempena Sambutan Hari Guru 2012, saya dan rakan-rakan kursus akan menyambut Sambutan Hari Guru tidak bersama murid yang tercinta. Sambutan Kita kali ini akan dibuat di PLGP Seri Tualang bersama-sama pada 16 Mei 2012 ( Isnin ) . Agenda Kita adalah Solat maghrib berjamaah serta Tahlil dan Yasin, Kemudian diikuti dengan bacaan Jamuan Makan malam di Cafe. Sumbangan Guru-guru untuk menjayakan majlis ini adalah sangat-sangat di hargai. Selamat menyambut Hari Guru.
Khamis, 10 Mei 2012
YANG BIASA LAWAN LUARBIASA
1.Sembahyang
Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.
Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.
2. Sedekah
Yang biasa: Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.
Luar biasa: Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau taksub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah akan turun rahmat serta keampunan Tuhan.
3. Berjaga malam
Yang biasa: Kita biasa berjaga malam sama ada untuk tengok bola sepak, melayari internet, catting facebook atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.
Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk Qiamullail, bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.
4. Kerja
Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.
Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Pembugaran Dalam Bahasa Melayu
Konsep
Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) bermaksud meletakkan bahasa Melayu
di tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan
Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama
pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Tujuan utama memartabatkan
bahasa Melayu adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke
arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Justeru,
semua usaha memartabatkan bahasa Melayu hendaklah dijuruskan ke arah
mencapai matlamat fungsi tersebut.
Program
MBM dalam Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 4 Minggu Peningkatan
Profesionalisme ini memfokuskan kepada pengetahuan kandungan (content knowledge) Bahasa
Melayu(BM) yang terkini kepada guru opsyen dan guru bukan opsyen BM di
sekolah rendah dan di sekolah menengah. Selain itu, bagi memastikan
impak optimum penggunaan pengetahuan kandungan BM tersebut dapat
dicapai, strategi penyampaian yang kreatif, inovatif serta
pengintegrasian elemen didik hibur dan kemahiran Abad 21 diberikan
secara tunjuk cara dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran BM.
Melalui
kursus Pembugaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM yang
ditawarkan dalam program ini, peserta akan mendapat pengetahuan
kandungan cara-cara menggalakkan penggunaan BM melalui aktiviti
berbahasa di dalam dan di luar bilik darjah dengan memfokuskan kepada
kemahiran berlisan dan pengucapan awam seperti bersyarah, berpidato dan
berpuisi. Kemahiran berbahasa murid dan pelajar boleh diaplikasikan
dalam aktiviti-aktiviti berbahasa secara menarik dan berstruktur seperti
di atas. Selain daripada itu, aktiviti berbahasa tersebut juga boleh
meningkatkan keyakinan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dalam kalangan
murid dan pelajar. Elemen ini dapat membugarkan penggunaan bahasa Melayu
dalam kalangan khalayak dan memartabatkannya sebagai bahasa perhubungan
utama dan alat perpaduan.
Tajuk-tajuk kursus MBM KDP 4 Minggu Peningkatan Profesionlaisme ini menggunakan istilah Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu merupakan epistemologi kepada Bahasa Malaysia selaras dengan Akta 152.
MATLAMAT
Matlamat
Kursus Pembugaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu KDP 4
Minggu Peningkatan Profesionalisme Program MBM adalah untuk melahirkan
guru yang berketerampilan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
pembugaran dalam pengajaran dan pembelajaran BM di dalam dan di luar
bilik darjah.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan aktiviti-aktiviti pembugaran dalam BM di dalam dan di luar bilik darjah dengan tepat dan betul;
2.
Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh
pemahaman yang lebih mendalam tentang bentuk dan prosedur
pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembugaran dalam BM yang dapat digunakan
di sekolah;
3.
Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran pengurusan aktiviti pembugaran dalam
BM untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran;
4. Menghasilkan produk dan portfolio pengajaran pembugaran untuk dilaksanakan di sekolah; dan
5. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus.
CADANGAN STRATEGI PENYAMPAIAN
Untuk
mencapai hasil pembelajaran kursus ini, pensyarah disarankan untuk
menggunakan prinsip dan strategi pengajaran dan pembelajaran menjurus
kepada menggalakkan peserta kursus menguasai kemahiran belajar secara
terarah kendiri serta dapat memproses maklumat secara kritis dan kreatif
menerusi strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dipraktikkan:
- Kuliah
- Tunjuk cara
- Perbincangan
- Rujukan kendiri
- Penyelesaian masalah
- Pembelajaran berasaskan situasi/konteks
- Kolaboratif dan koperatif
- Penyediaan produk/portfolio pembelajaran
Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan memberi penekanan kepada
elemen seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran
mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran fasilitator, kemahiran kerja berpasukan, dan kecerdasan
pelbagai. Kesemua kemahiran dikategorikan sebagai kemahiran abad 21.
* Sumber: Modul Kursus Pembugaran (suntingan MHM)
Tugasan
Anda dikehendaki menghasilkan suatu produk pembelajaran yang mengandungi perkara seperti berikut:
1. Pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk suatu tempoh pengajaran tertentu di sekolah
2. Bahan-bahan sokongan yang akan digunakan dalam tempoh pengajaran tersebut
3. Pentaksiran dan penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran
4. Bahan-bahan rujukan
5. Persembahan multimedia untuk tujuan pembentangan
Produk pembelajaran tersebut boleh dihasilkan dalam bentuk perisian kursus (CD) atau portfolio pembelajaran.
Penilaian
Penilaian
kursus dibuat 100% berdasarkan produk/portfolio pembelajaran yang
dihasilkan oleh peserta kursus. Pentaksiran terhadap produk/portfolio
berdasarkan kriteria penilaian seperti yang berikut:
Matlamat Kursus
§ Tema dan tajuk meliputi secara jelas dan selaras dengan kepeluan sukatan pelajaran
§ Aktiviti pembelajaran menjana daya pemikiran aras tinggi dan kemahiran belajar secara terarah kendiri
§ Bahan sokongan yang disediakan menjurus ke arah pencapaian matlamat kursus
2. Kandungan Portfolio
§ Prosedur portfolio dicatat dengan jelas
§ Hubungan
antara maklumat yang dikumpul dengan Hasil Pembelajaran kursus
ditunjukkan dalam bahan yang disediakan di dalam portfolio
§ Komponen-komponen dalam portfolio merupakan model yang dibina untuk membantu pelaksanaan di peringkat sekolah
3. Integrasi Teknologi
§ Penggunaan
teknologi yang menyokong ke arah mensintesis maklumat daripada pelbagai
sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam
4. Kreativiti dan Inovasi
§ Peserta dapat menghasilkan bahan sumber pengajaran-pembelajaran yang kreatif dan inovatif
§ Peserta dapat membina portfolio yang menarik dan boleh diguna pakai oleh guru lain
5. Keseluruhan
§ Portfolio menunjukkan keberkesanan kursus yang diikuti
§ Bukti keseluruhan boleh dilihat melalui kelicinan aktivit persembahan/pembentangan
§ Pengurusan portfolio yang kemas dan baik
Jumlah = 100%
Perihal "Bugar" dan "Pugar"
by Mohamad Musip on Sunday, June 26, 2011 at 7:47pm
Kursus "Pembugaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa" adalah antara kursus yang dijalankan bagi memberikan impak kepada program Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM). Program MBM ialah program
yang diperkenalkan pada tahun 2010 untuk menggantikan program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia
(PPSMI) yang mengharubirukan pendidikan arus perdana. Untuk
maksud menjayakan program MBM itu, sejumlah pensyarah dari beberapa IPG
dipanggil berkampung untuk membina kurikulum dan modul kursus.
Bermula
esok, 27 Jun 2011, kursus "Pembugaran" dan satu kursus lagi,
"Kompetensi Berbahasa" dijalankan di beberapa IPG. IPG Kampus Perempuan
Melayu telah dipertanggungjawabkan untuk melatih 50 orang guru BM dari
Melaka (15 orang), Negeri Sembilan (15 orang), dan Johor (20 orang).
Menerusi kursus pembugaran, para peserta akan dibimbing untuk menyediakan
aktiviti pembugaran di dalam dan di luar bilik darjah, manakala
menerusi kursus kompetensi berbahasa, para peserta akan dibimbing untuk
mendalami ilmu tentang kaedah dan teknik mengajarkan kemahiran bahasa.
Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005) menjelaskan "bugar" sebagai pelengkap kepada
kata ganda "segar-bugar" yang bermakna sangat sihat (hal. 212). Kata
terbitan bugar" bagi kata dasar "bugar" ialah kebugaran, iaitu 1. hal
subur (tentang tumbuhan); 2. hal sihat dan segar (tentang tubuh
manusia). Tidak ada kata terbitan "pembugaran" bagi entri "bugar". Dalam
konteks judul kursus "Pembugaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa", panel penyedia modul telah memutuskan untuk memilih istilah "pembugaran" dan bukan "pemugaran".
Kata
dasar "pugar" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1241) memaparkan
makna yang lebih menyerlahkan inti sari dan hasrat kursus. Kamus Dewan
menjelaskan bahawa kata dasar "pugar" juga bersinonim dengan kata dasar
"bugar", iaitu sihat benar.
Kata terbitan yang dikemukakan dalam kamus ialah "memugar" dan
"memugari" yang bermaksud 1. memperbaiki, memperelok semula, membaharui,
memulihkan; sementara "pemugaran" diberikan maksud pemulihan semula,
pembaikan kembali, pembaharuan; 2. perihal memugar (membuka,
mengusahakan) tanah.
Daripada penjelasan di atas, tampak bahawa perkataan yang lebih menepati maksud kandungan kursus ialah "pemugaran". Hal ini demikian kerana kursus
ini bertujuan untuk memperelok strategi, membaharui semangat,
memulihkan suasana muram, dan membuat pembaharuan dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang berlangsung di bilik darjah
atau di luar bilik darjah. Dengan ini, yakinlah kita bahawa
kursus "pemugaran" dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
lebih menampilkan maksud yang diingini daripada kita memilih perkataan
"pembugaran". Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan, "bugar" dan
"pugar" tidaklah berlawanan maksud, justeru tidaklah bersalahan jika
penggunaan nama "kursus pembugaran" dipilih.
Aktiviti Pembugaran@Pemugaran
by Mohamad Musip on Sunday, June 26, 2011 at 8:06pm
A. Aktiviti di Bilik Darjah
1. Teka Silang kata
§ Definisi konsep
§ Tujuan
§ Kepentingan
§ Contoh
§ Membina silang kata bagi sesuatu kemahiran bahasa;
2. Pemintal Lidah
§ Tujuan
§ Bentuk ayat pemintal lidah
§ Membina ayat pemintal lidah – Contoh ; Kuku kaki kiri kakakku kena kuku kakiku
§ Membaca ayat-ayat pemintal lidah secara ansur maju.
3. Permainan Kosa kata
§ Pengertian kosa kata
§ Cara dan strategi permainan kosa kata
i. Domino
ii. Cantum kad perkataan/gambar
iii. Cantum ayat/gambar.
4. Peningkatan bahasa melalui projek berdasakan isu dengan menggunakan brosur dan laman web
§ Jenis-jenis projek yang dilaksanakan.
§ Pembinaan brosur
§ Penggunaan laman web
B. Aktiviti di Luar Bilik Darjah
1. Syarahan Luar
§ Definisi
§ Kepentingan syarahan
§ Ciri syarahan berkualiti
§ Prosedur pelaksanaan syarahan.
§ Pelaksanaan syarahan
2. Pidato.
§ Definisi
§ Perbezaan syarahan dengan pidato
§ Kepentingan sudut pidato
§ Pelaksanaan sudut pidato
§ Latihan berpidato
3. Perbahasan/Debat
§ Definisi konsep
§ Struktur perbahasan
§ Prosedur pelaksanaan perbahasan
§ Ciri ciri pembahas yang baik
§ Pelaksanaan perbahasan
4. Ceramah
§ Definisi konsep
§ Perbezaan ceramah daripada syarahan
§ Ciri ceramah berkesan
§ Pelaksanaan ceramah
5. Deklamasi Puisi Moden/sajak
§ Bentuk sajak
§ Ciri deklamasi sajak
§ Mendeklamasikan sajak.
6. Biografi
§ Definisi
§ Kepentingan mengetahui biografi tokoh
§ Penulisan biografi
§ Menilai tokoh biokgrafi
7. Teledrama pendek
§ Definisi
§ Menentukan tajuk
§ Menulis skrip
§ Membuat pementasan.
8. Temu bual
§ Definisi konsep
§ Bentuk bentuk temu bual
§ Menentukan subjek/isu
§ Pelaksanaan temu bual.
9. Penerbitan teledokumentasi
§ Definisi konsep
§ Kepentingan
§ Merangka teledokumentasi
§ Penggambaran dan persembahan.
TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KENAIKAN GRED JAWATAN.
Salam Satu Malaysia. Tahniah kepada Semua Pengetua Malaysia yang menerima Anugerah Kenaikan Gred dari DG48 ke DG 52 dan semua GPK yang mendapat Gred DG48 mulai hari ini. Tahniah semoga khidmat bakti dalam mendidik anak-anak semakin meningkat dan cemerlang.
Rabu, 9 Mei 2012
malam di PLGDP Temerloh
Salam Sejahtera. Saya dan rakan-rakan yang lain sedang mengadakan sesi latihan membuat laman web menggunakan webs.com yang di ajarkan oleh Pensyarah Tn.Hj Fauzi Saleh dan En Salim. Malam ini Line laju sikit....
Perkongsian Ilmu di PLGDP Temerloh
Salam Sejahtera. Sekarang saya sedang belajar membuat laman web baru. banyak maklumat akan dipindahkan ke laman web berkenaan. Para pengguna laman ini bolehlah berikan komen atas apa yang saya hasilkan di laman sesawang ini.
Langgan:
Catatan (Atom)