Sabtu, 16 April 2011

Petua Menjana Dir menjadi Pelajar Cemerlang.

Petua pelajar cemerlang.


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang.

Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).


5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)


10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan


16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.


26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.


29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri


31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti

35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

40. Pelbagaikan tempat belajar.

41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Contoh Pengajaran Syair Tingkatan3

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SYAIR)

Tingkatan : 3 Ibnu Sina

Tarikh : 15 April 2011

Masa : 80 minit

Tema : Nasihat

Tajuk : Syair

Objektif : pada akhir pengajaran, pelajar dapat

1`. Melafazkan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul

2. memberikan maksud perkataan sukar

3. membina ayat yang gramatis

Gabungjalin kemahiran : lisan dan menulis

Isi pengajaran

aktiviti

catatan

syair

Set induksi ( 5 minit)

1. Murid diperdengarkan satiu rangkap syair bermelodi Selendang Delima.

2. Soal jawab tentang jenis puisi tradisional tersebut

Strategi : konstruktif

Cirri-ciri syair

Langkah 1 (10 minit)

1. Guru menerangkan ciri-ciri syair yang telah diperdengarkan tadi.

2. Pelajar dibekalkan dengan syair Tenaga Pemuda.

3. Pelajar diminta menerangkan ciri-ciri syair tersebut.

Strategi metakognitif

Syair Tenaga Pemuda

Langkah 2 (25 minit)

1. Pelajar diperdengarkan syair dan menghayatinya.

2. Pelajar diminta melafazkan secara bersama-sama.

3. Guru meminta beberapa pelajar melafazkan dan membimbing mereka.

Strategi : Pembelajaran Koperatif

Kosa kata

Langkah 3 (15 minit)

1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan satu rangkap syair.

2. Pelajar dikehendaki menyenaraikan 3 perkataan sukar yang terdapat dalam syair.

3. Pelajar diminta merujuk kamus untuk mencari maksud.

4. Pelajar diminta membina ayat gramatis.

ABM : Kamus Dewan

Langkah 4 (20 minit)

1. Ketua kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka.

2. Hasil pelajar akan ditayangkan pada OHP dan dimurnikan untuk penambahbaikan.

Rumusan dan isi pembelajaran

Langkah 5 (2minit)

1. Guru dan pelajar membuat rumusan daripada pengajaran hari ini.

2. Pelajar diminta menulis ayat yang dimurnikan dalam buku tatabahasa.

Penutup ( 3 minit

Pada akhir sesi pembelajaran semua pelajar dan guru melafazkan syair dengan penuh penghayatan .

Pengajaran Sajak

Apakah Sajak

Bagi khalayak sastera Melayu, penggunaan istilah puisi masih agak baru. Mereka lebih sering menggunakan istilah sajak. Oleh itu Muhammad Hj. Salleh (1988: 1-4) membezakan konsep sajak (verse) dan puisi (poetry). Mengikut beliau :

Istilah sajak sekarang ini digunakan secara agak longgar dan sering disamaertikan dengan puisi. Tetapi maknanya yang lebih tepat dan diterima di kalangan pengkaji kesusasteraan ialah bahawa sajak itu suatu bentuk moden yang lebih bebas dan seterusnya rangkapannya tidak terikat atau menyalin bentuk-bentuk tradisional seperti pantun dan syair dan membawa suasana serta pandangan hidup lebih moden.

Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa sajak adalah karya ringan yang belum sampai ke peringkat sastera, sementara puisi adalah karya yang telah mencapai tahap tinggi dalam tema, bahasa dan teknik sehingga wajar digolongkan sebagai hasil sastera.

Sebait puisi juga merupakan alunan rasa dalam kilasan imaginasi si penyajak sepertimana dikonsepsikan oleh William Wordsworth (1988: 4) iaitu suatu ‘pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak dan berlaku secara spontan, dalam suasana tenang’.

Sungguhpun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa puisi adalah ciptaan yang indah dari aspek bentuk dan isi sehingga mendorong Samue l Taylor Coleridge (1988: 4) menganggap puisi sebagai ‘the best words in their best order / perkataan terbaik dalam susunan terbaik.’

Kecantikan bentuk harus pula diharmoniskan dengan keutuhan makna dan keanjalan rasanya. Kerana itulah bagi Muhammad Hj. Salleh (1988: 10) puisi dilihat sebagai ‘…bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Dalam segala sifat kekentalannya, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana. Bukanlah puisi namanya andainya ia tidak berupaya membijaksanakan pembaca.’

Tanggapan beliau selari dengan pandangan Robert Frost (1988: 54) yang menegaskan proses penikmatan puisi sebagai ‘it begins in delight and ends in wisdom/ bermula dengan hiburan/ keseronokan dan berakhir dengan kebijaksanaan’.

Bagi V.I. Braginsky (1994: 2) untuk menikmati karya sastera termasuk puisi seseorang pembaca mungkin mencapai salah satu atau semua tiga tingkat sfera fungsional di bawah :

· Sfera mengharmonikan kekacauan kesan-kesan psikik/ pengubatan psikik/ psikoterapi jiwa/ hiburan

· Sfera faedah/ manfaat/ alat penghayatan intelektual/ cerminan didaktik

· Sfera kesempurnaan rohani/ kamal / penghayatan intuitif berhubungan dengan Allah

Sementara Ralph Waldo Emerson (1988: 6) berpandangan bahawa ‘prinsip puisi adalah membawa makna sebanyak mungkin dalam kata-kata sedikit mungkin’.

Sehubungan itu, Harun Mat Piah (1989:1) berpendapat tiada satu definisi umum yang dapat diaplikasikan dengan tepat kepada konsep puisi sepertimana difahami oleh masyarakat kesusasteraan Melayu. Oleh itu beliau berpegang kepada tanggapan puisi sebagai suatu bentuk ‘pengucapan bahasa dalam susunan yang istimewa’ berbanding dengan ‘pengucapan biasa’ seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari.

Jelaslah walau dari jurus mana pun seseorang memandang puisi, hakikatnya sebagai satu bentuk genre kesusasteraan, puisi merupakan manipulasi aksara yang terjelma daripada kesepaduan medan kata, medan makna dan medan rasa hasil proses kreatif-imaginatif Sang Pujangga. Acapkali puisi membawa bersamanya amanat budi rasa-budi fikir masyarakat yang digarap secara misterius-religius.

Mengenal sajak

Sajak sebagai sejenis puisi moden dilahirkan secara bertulis atau berimej (akhbar, majalah, buku, alatan audio-visual). Oleh itu sajak boleh dilihat (aksaranya tersusun di atas kertas) dan dihayati (lafaz suara yang menterjemahkan aksara didengar). Sajak sama ada dilihat atau didengar, akan membina imej mengikut fahaman penulis-teks-audien. Oleh itu sajak boleh dikenal secara luaran ( bentuk ) atau dalaman (isi dan mesej).

Sajak terikat

Idea sajak yang dipaparkan dalam bentuk tulisan di kertas akan disusun mengikut baris dan bait yang difikirkan wajar serta sesuai dengan kehendak dan perasaan penyair. Kepelbagaian bentuk susunan baris dan bait menentukan sama ada sajak berkenaan berbentuk terikat atau bebas. Bentuk secara luaran itu dipengaruhi oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi hujung sesebuah sajak. Jika binaan ini mempunyai keseimbangan ia dikenali sebagai bentuk terikat. Berdasarkan aspek ini, jenis sajak mengikut bentuk boleh di kategorikan kepada beberapa jenis :

  • Pola 2 baris serangkap (distikhon)
  • Pola 3 baris serangkap (terzina)
  • Pola 4 baris serangkap (kuatren)
  • Pola 5 baris serangkap (quintain)
  • Pola 7 baris serangkap (sextet)
  • Pola 8 baris serangkap (oktaf)

Dalam perkembangan sajak Melayu, bentuk terikat dengan pola kuatren (4 baris serangkap) menandai sejarah permulaan ciptaan sajak. Hal ini terjadi kerana pengaruh pantun dan syair sangat mendominasi pemikiran dan bentuk puisi awal. Sajak-sajak yang tercipta sekitar 1930-an – 1940-an kerap memakai pola rangkap ini. Antara penulis sajak moden yang masih terus melanjutkan bentuk terikat dengan pola puisi tradisional ialah A. Samad Said. Perhatikan sajak Seuntai Kata Untuk Dirasa di bawah :

Panas usah membakar dada

suara usah menggegar sahaja

kalau benar membawa cinta

di dalam senyap kumpulkan tenaga

Ayam bertelur sekampung tahu

mengapa mesti kita begitu

falsafah ubi diam berisi

mengapa tidak kita turuti

Sekarang singkirkan semua bicara

sekarang kumpulkan tenaga raksasa

tiba saat berbunga merah

serentak mara kita bersama.

Beberapa buah sajak yang dimuatkan dalam teks Komsas dikesan memakai bentuk terikat seperti pantun dan syair dari aspek jumlah baris serangkap dan skima rima hujung. Namun jumlah perkataan dan suku kata sebaris agak bebas. Perhatikan misalnya

Negeri Cinta, Nahmar Jamil (Sehijau Warna Daun hal. 14) dan Mata Ayah, Usman Awang, (Seuntai Kata Untuk Dirasa hal. 19). Beberapa buah sajak lain juga kelihatan dipengaruhi oleh pola bentuk terikat di mana sebahagian besar jumlah rangkapnya tersusun dalam jumlah baris yang sama. Misalnya Pesan Tangan Kepada Jari Hilmi Rindu, (4 baris serangkap kecuali di rangkap akhir), Cinta Awang Abdullah ( 5 baris serangkap - quintain) Rumah Baru Haron A..H. (6 baris serangkap).

Sajak bebas

Sajak bebas merujuk kepada teknik penulisan yang tidak mengikut pola bentuk tertentu atau bebas dari segi jumlah perkataan sebaris, jumlah baris serangkap, jumlah rangkap sebait dan skima rima hujungnya. Bentuk ini merupakan lanjutan dan adaptasi bentuk soneta dalam puisi barat dan mula berkembang dalam puisi Melayu moden sekitar tahun 50-an. Kebanyakan sajak-sajak yang dimuatkan dalam teks Komsas memakai bentuk bebas.

Contoh sajak bentuk bebas :

Anak Laut

Segar angin laut

mengembalikan rindunya pada kolek

bagai buih kecil terapung di air

menjaring sedikit rezeki

dan sisik ikan

kulit ketam

kepala sotong

dan

kaki udang yang bersimpati.

Seperti kolek terdampar di pasir

menampakkan urat jalur-jalur tua

anak laut itu sudah dapat menerka

langkahnya hampir tiba

pada muara Pencipta.

(Rahimidin Zahari, Anak Laut hal. 16)


Sajak dengan kepelbagaian tema

Sajak juga dapat dikenali secara bentuk dalamannya yang mencerminkan isi dan pemikiran penyajak. Hal ini dapat difahami dengan meneliti aspek tema, persoalan, mesej, nada dan sikap penyair melalui bahasanya. Sajak-sajak dengan tema tertentu dapat dikategorikan kepada beberapa jenis :

· Perjuangan :

Menggambarkan semangat kecintaan dan perjuangan untuk memajukan masyarakat dan negara bagi membentuk jati diri bangsa. Misalnya Negeri Cinta Nahmar Jamil, Sejarah Muhammad Hj. Salleh, Di ruang Gemanya Dharmawijaya, Bahasa Rahman Shaari, Rumah Baru Haron A.H dan Wanita Zaman Ini Aladin Mohamad dan Seuntai Kata Untuk Dirasa A. Samad Said.

· Alam :

Isi yang memaparkan perasaan gembira penyajak terhadap keindahan alam atau dukacita akibat kemusnahannya. Contohnya Keindahan Yang Hilang Shamsuddin Jaafar, Cinta Awang Abdullah dan Tasik Biru, Bau Sarawak Kemala.

· Ketuhanan :

Sajak-sajak yang mengajak pembaca untuk merenungi hakikat kejadian diri sambil mengingati dan mengagungkan kekuasaan Allah. Contohnya Usia Siti Zainon Ismail, Anak Laut Rahimdin Zahari dan Derita Pertama Suhaimi Haji Muhammad.

· Falsafah :

Membongkar makna kemanusiaan dan kehidupan insan hasil penelitian terhadap gerak alam dan tingkah manusia seharian. Misalnya sajak Burung Tempua Abdul Hadi Yusuff dan Duhai Penafsir Zurinah Hassan.

· Kemanusiaan

Sajak-sajak yang membawa mesej nilai-nilai murni dalam kehidupan seorang manusia seperti persahabatan (Surat Dari Kampus Nawawee Mohamad), pengorbanan dan kasih sayang (Puisi Buat Mama Adi Badiozaman Tuah, Mata Ayah Usman Awang, Bila Berjauhan A. Wahab Ali, Ketika Kami Bercerita Tentangnya Lim Swee Tin), jasa bakti guru (Seorang Guru Tua Gunawan Muhammad, Bicara Buat Guru Ridzuan Harun), kepimpinan (Pesan Tangan Kepada Jari Hilmi Rindu), kegigihan hidup (Tukang Gunting T. Alias Taib) dan nostalgia masa lalu (Di kota Kecil ku Baha Zain)

Mengenal aspek dasar sajak Lihat Unit 2.3.2

3.3.2.1.1 Medan kata Lihat Unit 2.3.2.1

3.3.2.1.2 Medan makna Lihat Unit 2.3.2.2

3.3.2.1.3 Medan rasa Lihat Unit 2.3.2.3

Bagaimana menghasilkan Sajak

-ahm-

Bagaimana pempersembahkan (apresiasi) Sajak

-ahm

Bagaimana mengajarkan Sajak

Persediaan Mengajar

Tarikh : 20 Jun 2001

Masa : 40 minit

Waktu : Keempat

Tingkatan : 1 Sena

Bilangan Pelajar : 24 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu (KomSas)

Genre : Puisi moden – Sajak Seorang Guru Tua

Aspek sastera/ Tajuk : Tema dan persoalan

Isi Pelajaran : a) Persoalan:

i. rela berkorban dan hidup sederhana

ii. tanggungjawab sebagai seorang guru

iii. sentiasa berkorban

iv. amanah dengan tugas

b) Tema – kegigihan guru mendidik anak-anak murid

Kemahiran sastera : 1.4.1, 1.6.1,.1.18.1, 2.9.1, 3.12.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:

i. menyenaraikan empat persoalan sajak,

ii. menyatakan tema sajak Seorang Guru Tua

Kaedah : Mengalami – Menghayati

Penyerapan : Ilmu – Kemanusiaan

Nilai – Kasih sayang, kegigihan

Kem.Berfikir : Menyusun Maklumat

ABM/ BBM : 1. Kertas Sebak

2. Kaset dan radio

3. Pen Marker

4. Stensilan Lirik Lagu Guru Malaysia

Pengetahuan sedia ada : 1. Pelajar telah mempelajari maksud sajak Seorang Guru Tua karya Gunawan Mahmood.

2. Pelajar telah mengetahui maksud tema dan persoalan.

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan

Induksi Set

(5mn)

1. Kerjaya sebagai

guru

a) mendidik

b) setia kepada raja

c) rukun negara jadi panduan

d) turut dalam pembangunan

2. Contoh soalan:

a) Apakah sifat

guru?

b) Apakah

panduan

mereka2. Contoh

1.Pelajar diberikan stensilan lirik lagu Guru Malaysia.

2. Guru memperdengarkan lagu Guru Malaysia yang telah dirakam.

3. Pelajar diminta memberikan pendapat tentang kerjaya sebagai guru melalui soal jawab berdasarkan lagu tersebut.

4. Guru membuat rumusan bahawa pelajaran pada hari ini tentang sajak Seorang Guru Tua.

ABM/ BBM

Stensilan lirik lagu

Radio dan kaset

TEKNIK

Soal jawab

Langkah 1

(25 mn)

1. Sajak Seorang

Guru Tua

2. Gambaran hidup

sebagai seorang

guru berdasarkan

sajak:

a) Bertanggungjawab

b) Sederhana

c) Berkorban

d) Amanah dengan tugas

1. Pelajar diminta membaca sajak dengan senyap.

2. Guru memperdengarkan rakaman bacaan sajak Seorang Guru Tua kepada para pelajar.

3. Beberapa orang pelajar diminta untuk melakonkan aksi watak-watak dalam sajak tanpa dialog semasa sajak

Seorang Guru Tua diperdengarkan.

4. Pelajar diminta mengemukakan pandangan tentang gambaran hidup sebagai seorang guru berdasarkan pantomim yang dilihat sambil guru membimbing.

ABM/ BBM

Radio

Kaset rakaman bacaan sajak

NILAI

Kasih Sayang

TEKNIK

Pantomim

Sumbang saran

Langkah 2

(20 mn)

Persoalan-persoalan dalam sajak Seorang Guru Tua :

a) rela dan hidup

sederhana

b) sentiasa berkorban

c) tanggungjawab

sebagai guru

d) amanah dengan

tugas

1. Pelajar diminta supaya membuat empat kumpulan dan dikehendaki melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan.

2. Pelajar diminta berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan persoalan-persoalan sajak.

3. Pelajar diberikan kertas sebak dan pern marker untuk mencatatkan hasil perbincangan.

4.Setiap kumpulan diminta menyatakan hasil perbincangan di hadapan kelas.

5. Guru membuat rumusan tentang

persoalan-persoalan dalam sajak.

ABM/ BBM

Kertas sebak

Pen marker

TEKNIK

Perbincangan

Langkah 3

( 20 mn)

Tema sajak Seorang Guru Tua ialah kegigihan guru mendidik anak-anak murid

1. Pelajar diminta menyatakan tema sajak berdasarkan persoalan-persoalan yang telah dipilih.

2. Guru mencatat jawapan pelajar di papan hijau.

3. Guru membuat rumusan tema sajak

Seorang Guru Tua.

TEKNIK

Sumbang saran

Penutup

(10mn)

Kognitif

Rumusan isi pelajaran

Afektif

Melagukan sajak

1. Guru merumuskan isi pelajaran secara keseluruhan.

2. Pelajar diperdengarkan dengan sajak Seorang Guru Tua yang telah dilagukan.

3. Pelajar juga digalakkan untuk turut serta melagukan.

ABM/ BBM

Radio

Kaset rakaman sajak yang dilagukan

TEKNIK

Penerangan

Mestamu

Pengayaan :

Penilaian : Soalan latihan:

1) Apakah yang anda faham tentang tema?

2) Kenapa perlunya persoalan kepada sajak?