Rabu, 9 November 2011

penyerapan elemen PKJR dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1/2012

Salam sejahtera. Saya baru sahaja tamat mengikuti kursus pendedahan pengajaran PKJR dalam Bahasa Melayu untuk Tingkatan 1 Zon Timur di Sutera Beach and spa resort di Terengganu baru-baru ni. Intipati kursus berkenaan adalah bagaimana nak menyerapkan elemen ini dalam subjek BM ini. Saya percaya ianya boleh dilaksanakan kerana dengan bahan bantu yaang dibekalkan memudahkan para guru membuat implimentasi dalam matapelajaran berkenaan. Apa yang penting marilah kita membuat persediaan rancangan mingguan agar ianya dapat dimasukkan terus untuk memudahkan perancangan berjalan disepanjang tahun.tahniah dan syabas kerana semua guru yang hadir dan menjayakan program ini.

Contoh RPH PKJR Ting 1/ 2012


Contoh Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tingkatan          : 1intan
Masa                 :  8.50 – 9.30 pagi
Unit                   :  U8: Menggunakan jalan raya dengan selamat dan bertanggungjawab.
Tajuk                 :  Tajuk 2 : pelumba Jalan
Fokus Utama   :       7.5   Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersurat daripada
                                            sesuatu bahan.
                                    Aras 1(Viii)  isi tersurat dalam petikan
Fokus Sampingan:  2.2  Menghuraikan idea yang bernas secara kritis dan rapi.
                                   Aras 1(ii) Mengemukakan idea yang sesuai dalam perbincangan.
Kemahiran PKJR  : 1.3.2 ,1.3.4
 Objektif  :  Pada akhir pembelajaran murid dapat ;
i.                  Menyenaraikan isi tersurat dalam petikan.
ii.                Mengemukakan idea yang sesuai dalam perbincangan,
iii.               Mengenalpasti hak dan tanggungjawab pengguna jalanraya dengan menggunakan kemahiran membuat keputusan dan kemahiran merancang.
Langkah
Aktiviti
Kemahiran Bahasa /Sistem Bahasa
Penggunaan Bahasa


Langkah 1:
Set Induksi
   5 minit

Guru memaparkan gambar motosikal yang telah diubahsuai yang menyalahi undang-undang. Murid menjawab secara spontan.


Soal jawab lisan

Bidang interpersonal


Langkah 2
 10 minit

Guru mengedarkan petikan teks: Kepantasan mengganas.
Murid membaca senyap petikan berkenaan dan mengariskan 5 isi yang penting.









Membaca dan mengecam 5 isi penting.

Bidang maklumat





Langkah 3
10 minit

Murid memberikan jawapan secara lisan berdasarkan 5 isi penting yang digariskan.
Guru mencatat isi penting di papan tulis.


Menyebut secara lisan. Kemahiran mendengar

Bidang interpersonal


Langkah 4
10 minit

Murid mencatat dalam buku latihan 5 isi penting yang dibincangkan.

Kemahiran menulis

Bidang maklumat



Penutup
5 minit

Menjawab soalan teka teki
Kenapa semua kenderaan seperti kereta, motosikal atau bas, tayar belakang cepat botak jika dibandingkan dengan tayar hadapan.


Kemahiran lisan

Kemahiran estetika


Disediakan oleh kumpulan 16
1.      Ab Malek bin Che Mat- SMK Tanah Putih , Kuantan
2.      Abd Rahman bin Mohammad Husain = SMK Ringlet, cameron Highlands
3.      Mohd Zemudin bin Yusof = SMK Seri Aman Pasir Puteh, Kelantan
4.      Jasri B Surip        = SMK Hamzah 2 Machang, Kelantan
5.      Khairul Hakimi bin Mansor = SM Sains  Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan
6.      Nor Ain bin Ahmad          = SMK Hamzah, Machang, Kelantan.
7.      Mohd Nasir bin  Abdullah     = SMK Machang,18500 Machang, Kelantan.
8.      Kamarudin bin Yakob   = SMK Tok Janggut, Pasir Putih, Kelantan.