Jumaat, 23 Disember 2011

Money For Value

SALAM SEJAHTERA , SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA.
Beberapa hari lagi menjelanglah Tahun Baru 2012. Menjelanglah satu era baru dalam Skim perkhidmatan Awam. Tahniah kepada semua guru yang memilih opsyen baru dalam SBPA walaupun pelbagai tanggapan dan pelbagai percakapan serta isu semasa yang diterima dan didengari oleh semua penjawat awam yang sangat peka terhadap perkhidmatan mereka. Saya pun tak tahu manakah kekurangannya. Mana pula kekusutannya. Mungkin tempoh Opsyen yang singkat ini yang menjadi isunya. Semua ketua Jabatan nampaknya akur terhadap skim perkhidmatan ini. Tetapi yang mungkin berbunyi adalah individu yang seringkali tak pernah puas dengan apa yang diperolehinya atau mungkin juga individu yang memang ada masa untuk mengkaji skim ini kerana banyaknya masa terluang daripada masanya berkerja. Orang yang sibuk melaksanakan tugas seringkali tiada masa untuk memikirkan persoalan SBPA atau apa sahaja isu yang berlaku. Tapi orang yang banyak masanya berkerja fokusnya bagaimana hendak mempertingkatkan organisasi perkhidmatannya dan kualiti mutu perkhidmatan.
Ringkasnya fikir-fikirkanlah. Fikirkan 'money for value' dalam setiap tugasan yang telah diberikan kepada kita.