Khamis, 16 Januari 2014

Pantun 4 Kerat ( Berjimat Cermat)

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)




Rangkap
Maksud
1
Berbelanja secara berhemah seolah-olah mendapat rezeki yang melimpah-ruah.
2
Berjimat cermat merupakan amalan yang tepuji manakala membazir pula merupakan perbuatan yang keji.
3
Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup senang.
4
Orang yang boros akan menanggung hutang yang banyak.
5
Berjimat cermat merupakan tuntutan agama. Oleh itu, orang yang berjimat cermat pasti akan hidup bahagia.
6
Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta banyak tetapi boros.
7
Orang yang membuat perancangan  sebelum melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak akan menanggung kerugian.


Tema : Faedah berjimat cermat
Persoalan:
a) Syaitan sentiasa menggoda manusia supaya membuat pembaziran.
b) Orang yang berjimat cermat akan hidup senang pada kemudian hari.
 c) Orang yang hidup sederhana tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada orang yang kaya tetapi boros.

Nilai :
a) Rasional – mampu berfikir untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk
 seperti berbelanja secara berhemah.        
b) Kebersihan mental – fikiran yang sihat dan membina.     
c) Kesederhanaan– tidak keterlaluan ketika membeli belah.

Pengajaran :
a) Kita hendaklah berjimat cermat kerana perbuatan membazir itu dilarang oleh Tuhan.
 b) Kita tidak boleh bersikap boros untuk mengelakkan kita daripada menanggung hutang.
c) Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dirancang terlebih dahulu.

Pantun 4 Kerat (Agama ) Tingkatan 1

Pantun Empat Kerat (Agama)

Rangkap
Maksud
1
Sia-sia sahaja kita menuntut ilmu jika kita tidak menunaikan sembahyang.
2
Orang yang tidak menunaikan sembahyang pasti menyesal pada kemudian hari.
3
Sia-sia sahaja kita berilmu jika tidak mahu mempraktikkan ilmu kita itu.
4
Tuhan Yang Maha Esa sangat berkuasa, pemurah serta menyayangi hamba-Nya.
5
Kita tidak boleh berbuat kejahatan kerana balasan Tuhan adalah sangat dahsyat.
6
Manusia perlu bertaubat sekiranya melakukan kesalahan supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat nanti.

Tema : Tanggungjawab manusia kepada Tuhan

Persoalan
a) Semua perbuatan dan tindakan mausia di dunia akan mendapat balasan pada hari akhira
b) Balasan bagi orang yang baik ialah syurga manakala balasan bagi orang yang jahat ialah neraka
c) Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang telah insaf.

Nilai : 
a) Semangat bermasyarakat – saling menasihati secara ikhlas untuk kebaikan bersama contohnya memberikan nasihat kepada orang yang tidak menunaikan sembahyang.
b) Rasional – mampu berfikir dengan mengambil kira baik dan buruknya sesuatu perbuatan.         
c) Berhemah Tinggi– mengakui kesalahan diri dan memohon ampun daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Gaya Bahasa:  
a) Imej alam - semak, pohon, bulan, asam gelugur
b. Simile - bagai pohon tidak berbuah
c. Repitasi - (Pengulangan kata dalam baris) -contohnya Banyak bulan antara bulan
d. Perlambangan - contohnya syurga dan negara (syurga melambangkan kebaikan dan neraka melambangkan kejahatan) 
Pengajaran : 
a) Kita hendaklah menuntut ilmu supaya fahan tentang dosa dan pahal
b) Kita hendaklah mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari supaya hidup kita tidak sia-sia
c) Semasa hidup, kita hendaklah sentiasa melaksanakan suruhan Tuhan

pantun 2 kerat nasihat


PANTUN DUA KERAT ( Nasihat )
Md. Ali Bachik ( Penyelenggara )

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.

Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap balas.

Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Kumbang jarak kumbangjagung,
Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.

Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.

Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata ituk, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.

Rangkap
Maksud
1
Berharap agar rakan sudi membantunya lagi.
2
Orang yang banyak bercakap selalu bercakap bohong.
3
Berharap agar rakan membalas surat yang diterima.
4
Orang yang malas berusaha sudah pasti tidak akan berjaya.
5
Orang yang bijak mudah memahami sesuatu perkara.
6
Manusia mesti bertanggungjawab terhadap segala sesuatu yang telah dilakukannya.
7
Orang yang terakhir mestilah berkemas.
8
Jika kita menginginkan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya.
9
Penipu dan pencuri dipandang hina dalam masyarakat.
10
Setelah dimarahi, barulah tahu membawa diri.

Tema : Amalan yang baik dalam hidup.
Persoalan: a) Orang yang rajin berusaha akan hidup selesa sementara orang yang malas
berusaha akan hidup susah.
b) Orang yang banyak bercakap cenderung untuk bercakap bohong.
c) Golongan pencuri dan penipu dibenci oleh masyarakat.

Nilai : a) Kasih sayang – berusaha mengekalkan persahabatan.
b) Kerajinan – berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
c) Berani – bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Pengajaran : a) Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata supaya apa-apa
yang diucapkan benar dan bernas.
b) Kita hendaklah membalas budi orang yang telah berbudi kepada kita,
contohnya membalas surat yang telah dikirimkan kepada kita.
c) Kita tidak boleh bercakap bohong dan mencuri kerana perbuatan ini akan
memalukan diri sendiri, keluarga dan perbuatan ini juga dibenci oleh
masyarakat
Tema : Amalan yang baik dalam hidup.
Persoalan: a) Orang yang rajin berusaha akan hidup selesa sementara orang yang malas
berusaha akan hidup susah.
b) Orang yang banyak bercakap cenderung untuk bercakap bohong.
c) Golongan pencuri dan penipu dibenci oleh masyarakat.

Nilai : a) Kasih s
ayang – berusaha mengekalkan persahabatan.
b) Kerajinan – berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
c) Berani – bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Pengajaran : a) Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata supaya apa-apa
yang diucapkan benar dan bernas.
b) Kita hendaklah membalas budi orang yang telah berbudi kepada kita,
contohnya membalas surat yang telah dikirimkan kepada kita.
c) Kita tidak boleh bercakap bohong dan mencuri kerana perbuatan ini akan
memalukan diri sendiri, keluarga dan perbuatan ini juga dibenci oleh
masyarakat

Selasa, 14 Januari 2014

SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI
WAWASAN DIRI
1.Wawasan diri merujuk kepada suatu pandangan masa depan yang jauh dengan
matlamat yang pasti.
2.Wawasan diri yang positif harus dibina dengan:
  • mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
  • menyedari minat peribadi.
  • mengenali personaliti diri.
3. Wawasan diri dapat dicapai dengan menentukan matlamat yang ingin dicapai,
menggariskan rancangan yang perlu diambil dan senarai tindakan terhadap rancangan
tersebut.
4.  Matlamat merupakan sesuatu yang dapat dilaksanakan dan mesti bersesuaian dengan
minat dan kebolehan individu.
5.  Rancangan merupakan garis panduan yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikan
wawasan ini.
6.  Tindakan merupakan usaha yang dilaksanakan untuk setiap rancangan yang digariskan .7. Kepentingan mempunyai wawasan diri:
  • menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita.
  • Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.
  • Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan berkesan.
  • Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu Wawasan 2020.
  • Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup.
8. Kita hendaklah menentukan wawasan diri yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan kemahiran yang dimiliki.
PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG
1.  Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2.  Individu yang seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan dan
berkemahiran, berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuh
badannya.
3.  Intelek merujuk kepada aspek perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan
memahami sesuatu. Perkembangan ini dapat dicapai dengan menambahkan ilmu dan
memperoleh pengalaman.
4.  Rohani merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa atau
naluri manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma
masyarakat, pantang-larang dan undang-undang.
5.  Emosi merupakan unsur semulajadi yang ada pada manusia iaitu pengawalan perasaan seperti sayang, marah, takut, cinta, benci dan sebagainya.  Manusia perlu mengawal emosi agar tidak mendatangkan tindak balas yang negatif daripada pihak lain.
6. Perkembangan tubuh badan dikenal sebagai jasmani.  Tubuh yang sihat akan mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu rehat yang mencukupi serta riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani yang sihat.
7.  Keempat-empat aspek ini penting untuk menikmati kehidupan yang sejahtera.
TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
KEPERLUAN BERKELUARGA
1.Keluarga merupakan asas atau terkecil yang membentuk sesebuah masyarakat.
2.Keluarga juga merupakan komuniti pertama yang mula dikenali oleh anak-anak.
3.Setiap anggota keluarga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan institusi keluarga.
4. Keluarga bahagia, berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan jika setiap anggota keluarga mengetahui tanggungjawab masing-masing.
5. Pelbagai cara boleh dipraktikkan bersama bagi mengukuhkan institusi keluarga.  Antaranya ialah
  • beriadah bersama, makan bersama.
  • meraikan hari istimewa bersama-sama.
  • Berkongsi suka duka bersama-sama.
  • Saling membantu dan bekerjasama sesama anggota keluarga dan lain-lain lagi.
6. Keperluan berkeluarga boleh dilihat dari tiga aspek.
POLITIK
  • Menjadi ketua dan pemimpin kepada keluarga.
  • Melahirkan bakal pemimpin atau pelapis negara.
  • Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada bangsa dan negara, menyediakan anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
EKONOMI
  • Menyediakan tenaga kerja dalam negara.
  • Menyediakan pengguna dan pembeli barang untuk mengembangkan ekonomi negara selain meluaskan pasaran pengguna.
SOSIAL
  • Melahirkan zuriat bagi mengembangkan unit keluarga.
  • Memenuhi tuntutan agama bagi mendirikan keluarga secara sah.
  • Menggelakkan gejala tidak sihat seperti anak luar nikah, bersekedudukan dan pembuangan bayi.
  • Menambahkan rakyat dalam sesebuah negara

HUBUNGAN KEKELUARGAAN DALAM INSTITUSI KELUARGA
Faedah mengadakan sambutan hari khas dalam keluarga
-Mengeratkan hubungan kekeluargaan iaitu semua anggota keluarga akan berkumpul untuk meraikan sambutan hari istimewa ini.
-Menyuburkan kasih sayang antara anggota keluarga kerana orang yang diraikan akan berasa amat dihargai dalam sesebuah keluarga.
Kesan amalan berkongsi suka duka dalam keluarga
Aspek
1. Emosi individu
2. Hubungan kekeluargaan
3. Pengalaman yang didapati
Kesan
1.Stabil dan rasa dihargai dan diperlukan dalam sesebuah keluarga
2.Berguna pada diri sendiri dan keluarga untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
3.Menjadi semakin erat dan kukuh
Manfaat memberi sokongan kepada anggota keluarga
-Memberi keyakinan bahawa setiap anggota keluarga akan sentiasa berada di sisi pada masa susah ataupun senang.
-Menyuburkan kasih sayang antara anggota keluarga kerana orang yang diberi peluang akan rasa dihargai.
-Memberi kestabilan emosi kepada anggota keluarga yang menghadapi masalah atau kekeliruan dalam membuat pilihan
-Dapat memberi panduan dan tunjuk ajar berguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Kepentingan sokongan moral anggota keluarga terhadap sesuatu kejayaan atau kedukaan sesebuah keluarga
-Memberi semangat ketika menghadapi masalah
-Sebagai tanda setia akan bersama walaupun waktu susah atau senang
-Keperluan emosi individu terhadap orang yang disayangi dalam keluarga mereka.
Kesan sekiranya tidak mendapat sokongan anggota keluarga apabila menghadapi masalah
-Sukar menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
-Banyak halangan yang akan dihadapi sebelum menemui kejayaan
Kebaikan aktiviti keluarga
-Dapat menjalinkan hubungan yang erat dan mesra di kalangan anggota keluarga
-Mengetahui minat dan perangai setiap anggota keluarga dengan lebih mendalam
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH SOSIAL DALAM MASYARAKAT.
1.Terdapat pelbagai isu dan masalah social yang mengancam masyarakat terutamanya remaja.
2.Antara masalah sosial tersebut berikut:
  • Penyalahgunaan dadah.
  • Penderaan
  • Penyalahgunaan teknologi.
  • Pergaulan bebas.
  • Vandalisme
  • Gengsterisme.
3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai isu dan masalah sosial dalam masyarakat:
  • Kepincangan keluarga.
  • Pengaruh rakan sebaya.
  • Pengaruh budaya kuning dari barat.
  • Tiada pegangan agama yang kukuh.
4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan serta merugikan negara.
5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi gejala sosial negatif:
  • Mengadakan kempen kesedaran.
  • Menguatkuasakan undang-undang.
  • Memberikan didikan agama dan moral.
  • Memberi khidmat nasihat dan kaunseling.
  • Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik iaitu memberi perhatian dan kasih sayang.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT
1. Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti.
2. Antara amalan norma komuniti dalam masyarakat.
  • Adab dalam majlis rasmi dan di meja makan.
  • Amalan bergotong-royong.
  • Amalan membuka kasut sebelum masuk rumah.
  • Anak-anak menghormati dan mentaati ibu bapa atau orang yang lebih tua.
  • Dilarang melakukan jenayah yang salah di sisi undang-undang.
3. Peraturan pula adalah segala yang ditetapkan sama ada secara lisan atau bertulis dan harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.
4 Antara kepentingan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat adalah:
  • Membentuk anggota masyarakat yang beradab, beretika, berdisiplin dan bertanggungjawab.
  • Menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara.
  • Membimbing dan mendorong kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
  • Mengawal tingkah laku dan perlakuan serta kehidupan dalam sesebuah komuniti.
5.  Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisocial yang dilakukan oleh golongan juvana yang berusia di bawah 18 tahun.
6.  Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara sebaliknya akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA
1. Agama merupakan pegangan hidup manusia.  Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman.  Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira waktu.
5.   Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain benar dan amanah.
6.  Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
7.  Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-galanya datang daripada Tuhan dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
8.   Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.
KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI KAUM
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.
2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai keunikannya tersendiri dan ia dirayakan bersama-sama dengan kaum lain dengan perasaan muhibah dan perpaduan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.
4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.
5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan sanak-saudara.
6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika sambutan perayaan.  Secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya Puasa.  Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.
8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan memakai pakaian dan memasak makanak tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut.
9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.
10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara pelbagai kaum di negara ini.
KELEBIHAN SAMBUTAN PELBAGAI PERAYAAN
  • Mengeratkan hubungan pelbagai kaum.
  • Mengekalkan amalan dan tradisi setiap kaum.
  • Mewujudkan perasaan hormat, toleransi dan saling faham-memahami antara kaum.
  • Daya penarik pelancong.
AMALAN-AMALAN PENTING KETIKA PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI
  • Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan) sebelum berhari raya.
  • Membayar zakat fitrah.
HARI RAYA AIDILADHA
  • Menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya.
  • Penyembelihan binatang akan dilakukan dan dagingnya akan disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.
TAHUN BARU CINA
  • Mengadakan makan besar bersama semua angggota keluarga .
  • Tradisi mengunjungi dan memberi angpau kepada mereka yang belum berkahwin.
HARI DEEPAVALI
  • Menyalakan pelita di kawasan rumah.
  • Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan pembuangan dosa.
HARI KRIMAS
  • Menghias pokok Krimas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum keluarga.
  • Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.
TADAO KEAMATAN
  • Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.
  • Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.
HARI GAWAI
  • Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .
  • Menghidangkan air tuak.
HARI VAISAKHI
  • Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.
  • Menggantikan bendera suci di Gudwara.
  • Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)
TEMA 5: KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  1. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.
  2. Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang di- Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
  3. Perkara 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya.
  4. Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:
    • Peraturan atau prinsip asas yang menjadi penentu pentadbiran sesebuah negara.
    • Menentukan pembahagian kuasa dan pelaksanaan kuasa sesebuah pemerintahan.
    • Sumber kepada penggubalan undang-undang negara.
POLITIK
  • menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
  • Menjamin pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, adil dan telus.
  • Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
  • Merupakan panduan pemerintahan negeri.
  • Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
EKONOMI
  • Memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum.
  • Kestabilan politik menjamin perkembangan ekonomi.
  • Kestabilan politik juga menarik kedatangan pelabur luar.
SOSIAL
  • Mewujudkan integrasi yang membentuk negara dan bangsa yang bersatu padu dan taat setia kepada negara.
  • Menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  1. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183 perkara.
  2. Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa, agama, kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
BAHASA
  • Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
  • Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain tidak ditegah.
AGAMA
  • Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing.
  •  Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
  • Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.
  • Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara.
  • Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
  • Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
  • Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.
HAK ASASI
  • Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.
  • Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan.
  • Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
PENGGUNA RASIONAL
  1. Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ada di pasaran.
  2. Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai membuat keputusan, bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan.  Pengguna rasional selalunya akan berbelanja secara berhemah dengan membuat bajet dan mengikut keperluan serta kemampuan.
  3. Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan bertindak dengan bijaksana. Terdapat 8 hak pengguna:
    • Hak mendapatkan keperluan asas.
    • Hak untuk bersuara.
    • Hak mendapatkan jaminan keselamatan.
    • Hak untuk mendapatkan ganti rugi.
    • Hak mendapatkan maklumat.
    • Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan.
    • Hak membuat pilihan.
    • Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
  4. Etika pengguna dan pengeluar bermaksud membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian.  Sebagai pengguna yang beretika, kita tidak harus membeli barangan seludup atau curi.
  5. Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan dan harus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia.
  6. Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu produk supaya kehidupan lebih selamat dan terjamin.
  7. KPDNHEP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pengguna daripada penindasan peniaga.
  8. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan untuk melindungi hak pengguna dengan menyediakan alternatif selain mahkamah bagi pengguna menuntut ganti rugi.
  9. Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk memperluaskan pengetahuan mereka agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga atau pengeluar.

SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 


SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 




Tatabahasa Melayu

KATA NAMA AM


Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

Perhatikan penerangan di bawah ini.


Kata Nama Am
Contoh
Ayat Contoh
benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Almari itu berpintu dua.
2   Kipas itu berpusing ligat.
3   Ayah membeli dua buah komputerbaru.
haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1   Burung itu terbang tinggi di udara.
2   Pak Jabit membeli dua ekor lembujantan.
3   Leher zirafah itu panjang sekali.
manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1   Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3   Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai rayaitu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang dibank.


·         Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.

       Contoh:


1   Encik Wong membeli sebuah kereta baru.


·         Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada 

       permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.

       Contoh:


1   Masjid itu baru siap dibina.

2   “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.



Kata Ganti Nama Diri

1.  Kata Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk 
     menggantikan kata nama orang.

2. Terdapat tiga jenis kata nama ganti nama diri, iaitu:

   a) Kata ganti nama diri pertama

       Contoh :  saya, aku, hamba, kami, beta, patik, kita

       Contoh ayat  :  (i)   Saya belajar di Tahun 3 Merah.

                                  (ii)  Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.

                                  (iii) ‘ Beta tidak suka rakyat yang merderhaka,’ 
                                         titah Sultan Idris.

  b) Kata ganti nama diri kedua

      Contoh  :  anda, kamu, engkau, awak, tuanku, saudara

      Contoh ayat  :  (i)   Anda terpilih sebagai pemenang bertuah. 

                                 (ii)  Kamu tidak boleh bising di perpustakaan.

                                 (iii) ‘Adakah ini pensel awak?’ Tanya Liza
                                        kepada Kuma.

  c) Kata ganti nama diri ketiga

      Contoh  :  ia, beliau, dia, mereka, baginda, -nya

      Contoh ayat  : (i)   Dia berjalan kaki ke sekolah.

                                (ii)  Beliau seorang guru yang berwawasan.

                               (iii)  Fauzi dan Fazley bersahabat baik. Mereka 
                                       selalu pergi ke sekolah bersama-sama.


Kata Tanya

1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2. Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam tulisan.

3. Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:

a)  Apa                


      - menanyakan benda atau haiwan

      -Contoh:  Apakah pekerjaan ayah awak?

                        Apakah yang ada di dalam kotak itu?


b) Siapa              


      - menanyakan orang atau nama orang

      - Contoh:  Siapakah nama adik kamu?

                         Siapakah yang menelefon Encik Rosli tadi?


c)  Mangapa     


       - menanyakan sebab

       - Contoh:  Mengapakah kamu menangis?

                          Mengapakah Julia tidak keluar makan?


d)  Berapa


        - menanyakah bilangan jumlah atau harga

        - Contoh:  Berapakah harga baju itu?

                           Berapakah jumlah biji ping pong di dalam kotak itu?



e)  Bila                


        - menanyakan masa dan waktu

        - Contoh:  Bilakah kamu akan bertolak ke Melaka?

                           Bilakah dia akan sampai?


f)  Di mana        


       - menanyakan tempat

       - Contoh:  Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak Amid?

                          Di manakah kemalangan itu berlaku?


g)  Bagaimana  

 

 

          - menanyakan sebab

          - Contoh:  Bagaimanakah keadaan ibu kamu?

                             Bagaimanakah caranya membuat kek lapis?

 Kata Seru

1.  Kata seru ialah kata yang digunakan oleh seseorang untuk menggambarkan perasaan seperti gembira, sedih, sakit, marah, mengejek, terkejut, benci, puas hati,  hairan, kagum dan sebagainya.

2.  Kata seru dalam bahasa Malayu baku adalah seperti ah, eh, aduh,aduhai,amboi, cis, hai, nah, wahai, syabas dan sebagainya.

3.  Berikut adalah penerangan dan contoh penggunaan kata seru dalam ayat.

     a)  Aduh


          - menyatakan perasaan sakit / keluhan.

            Contoh : Aduh, sakit mataku ini !


          - menyatakan rasa hairan / kagum.

            Contoh : Aduh, besarnya labu ini !


     b) Aduhai


         - menyatakan rasa sedih / dukacita.

           Contoh : Aduhai, malang nian nasib Si Buta itu !

                           Aduhai, tertipu lagi saya !

                           Aduhaibilakah hujan ini akan teduh !


     c)  Amboi / Wah / Eh


         - menyatakan perasaan kagum / hairan / terperanjat.

           Contoh : Amboi, cantiknya baju awak !

                           Wah, hebatnya pemandangan dari sini !

                           Eh, kamu pun menyertai lawatan ini !


     d) Ah

  

         - menyatakan perasaan penolakan / tidak setuju.

           Contoh : Ah, saya tidak benarkan !

                           Ah, aku enggan menurut perintahnya !

                           Ah, cadangannya itu tidak perlu kita pertimbangkan !


     e) Cis / Ceh


        - menyatakan perasaan marah.

          Contoh :  Cis, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga !

                           Cis, kamu merokok lagi !

        - menyatakan perasaan mengejek.

          Contoh : Cis, budak yang tak tahu dek untung !

                          Cis, bwerani sungguh dia dating ke mari !


     f)  Hai


         - menegur/menyapa untuk berkenalan dengan seseorang.

           Contoh : Hai, sudah lama kita tidak bertemu !

                           Hai, selamat berkenalan !


     g) Nah

   

         - menyatakan persetujuan.

           Contoh : Nah, ambillah balik semua buku kamu ini !


         -menaruh perhatian / tumpuan

           Contoh : Nah, terimalah sedikit sumbangan wang daripada kami !


     h) Syabas


         - menyatakan rasa puas hati / bangga.

           Contoh : Syabas, inilah keputusan yang saya tunggu-tunggn !

                           Syabas, kamu telah terpilih sebagai pelajar cemerlang !


     i)  Wahai


         - menyatakan perasaan dukacita.

           Contoh : Wahai para pelajar, janganlah kamu suka melepak !


         - menarik perhatian.

           Contoh : Wahai ibu bapa, suruhlah anak-anak kamu mengerjalan solat lima waktu !

                            Wahai anak-anakku, hormatlah orang-orang tua !