Selasa, 2 April 2013

Prosa Klasik pelayaran Yang penuh Peristiwa


Sinopsis Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa 
Dalam  antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah,  geliung itu dapat diselamatkan .       
Setelah tiga hari kemudian , ketika  laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada  mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu. Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api.  Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.
Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya menyelamatkan  baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .
Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri.  Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta  bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri.  Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam.  Semua lanun pun undur dari situ.
Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak  dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri  Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya.  Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua  mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.
Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu.  Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah.  Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

Isnin, 1 April 2013

surat kiriman rasmi


Persatuan Bahasa Malaysia,
SMK Putrajaya Presint 9 (1),
Jalan P9F, Presint 9 62250,
Putrajaya.
                                                                                                                                                           

Pengurus Besar,
Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd,
Lot 1941, Persiaran Raja Muda, 
Seksyen 16, 
40700 Shah Alam,
SELANGOR.                                                                                                                                        13 April 2013

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Kilang Coklat Cadbury

Merujuk perkara di atas, saya Farah Adila binti Azmy selaku setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia ingin meminta kebenaran tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury kerana kilang ini terkenal di Malaysia dan kami pasti pemilihan kilang ini tidak akan menghampakan para peserta yang mengikuti lawatan sambil belajar ini. Selain itu, perjalanan dari sekolah kami ke kilang ini hanya mengambil masa 45 minit sahaja.

2.     Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut.

Tarikh                          : 21 Julai 2013
Hari                              : Isnin
Masa                            : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Jumlah peserta             : 35 orang peserta
Jumlah guru pengiring : 5 orang
Pengangkutan              : bas akan disediakan oleh pihak sekolah.
3.     Motif lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara pembuatan coklat dan teknologi terbaharu dalam pemprosesan coklat. Selain itu, lawatan ini dapat membantu kami untuk menyiapkan kajian mengenai koko di Malaysia. Kami yakin bahawa maklumat yang tepat hanya dapat diperoleh melalui lawatan ini. 

4.     Di samping itu, lawatan ini dapat memenuhi aktiviti tahunan persatuan kami pada tahun 2013. Di sekolah kami, setiap persatuan dikehendaki untuk mengadakan pembentangan pada akhir tahun nanti kerana penilaian akan dilakukan berdasarkan jumlah aktiviti yang dijalankan olah setiap persatuan. 

5.     Kami amat berbesar hati jika tuan dapat mencadangkan beberapa tempat yang harus kami lawati dan saya juga ingin meminta izin daripada tuan untuk membenarkan kami menangkap beberapa kepingan gambar untuk dimasukkan dalam  laporan dan pembentangan kami.

6.     Jika pihak tuan tidak keberatan, kami memohon jasa baik tuan untuk menyediakan seorang kakitangan kilang untuk memberi tunjuk arah di kawasan kilang dan dapat memberi penerangan yang diperlukan serta sebarang bahan-bahan maklumat tambahan mengenai kilang itu sebagai rujukan.

7.     Kami berjanji akan memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tuan. Kami juga berjanji akan bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut. 

8.     Kami amat berharap permohonan ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan. Segala usaha tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar, 

Farah Adila

(FARAH ADILA BINTI AZMY)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,






 Latihan Mudah

Persatuan Bahasa Malaysia,
________________________
__________________________
__________________________.
                                                                                                                                                           

Pengurus _______________
_______________________________________,
_______________________________________
____________________
40700 Shah Alam,
SELANGOR.                                                                                                                         ____________

____________,

________________________________________________________________________________

Merujuk perkara di atas, saya Farah Adila binti Azmy selaku setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia ingin meminta kebenaran tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury kerana kilang ini terkenal di Malaysia dan kami pasti pemilihan kilang ini tidak akan menghampakan para peserta yang mengikuti lawatan sambil belajar ini. Selain itu, perjalanan dari sekolah kami ke kilang ini hanya mengambil masa 45 minit sahaja.

2.     Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut.

Tarikh                          : ________________________________________
Hari                              : _____________________________________
Masa                            : _____________________________________
Jumlah peserta             :___________________________
Jumlah guru pengiring : _________________________________
Pengangkutan              :_____________________________________________
3.     Motif lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara pembuatan coklat dan teknologi terbaharu dalam pemprosesan coklat. Selain itu, lawatan ini dapat membantu kami untuk menyiapkan kajian mengenai koko di Malaysia. Kami yakin bahawa maklumat yang tepat hanya dapat diperoleh melalui lawatan ini. 

4.     Di____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

5.     Kami amat berbesar hati jika tuan dapat mencadangkan beberapa tempat yang harus kami lawati dan saya juga ingin meminta izin daripada tuan untuk membenarkan kami menangkap beberapa kepingan gambar untuk dimasukkan dalam laporan dan pembentangan kami.

6.     Jika pihak tuan tidak keberatan, kami memohon jasa baik tuan untuk menyediakan seorang kakitangan kilang untuk memberi tunjuk arah di kawasan kilang dan dapat memberi penerangan yang diperlukan serta sebarang bahan-bahan maklumat tambahan mengenai kilang itu sebagai rujukan.

7.     Kami berjanji akan memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tuan. Kami juga berjanji akan bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut. 

8.    __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sekian, terima kasih
Yang benar, 
Farah Adila
(FARAH ADILA BINTI AZMY)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,