KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)
- digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
- kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
- (a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
- (b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
- (c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
- digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
- kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND Pertama
|
Bentuk
|
Penggunaan
|
Ayat contoh
|
aku
|
tunggal
|
Merujuk kepada diri sendiri apabila berhubung dengan orang yang rapat dan sama taraf, dan ketika berdoa kepada Tuhan.
|
|
saya
|
tunggal
|
Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau sesiapa sahaja dalam keadaan rasmi.
|
|
beta
|
tunggal
|
Digunakan oleh raja, permaisuri, sultan dan kaum kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.
|
|
patik
|
tunggal
|
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan, permaisuri, raja dan kerabat diraja.
|
|
daku
|
tunggal
|
Merujuk kepada diri sendiri dan hanya digunakan jika perkataan sebelumnya berakhir dengan huruf "n".
|
|
hamba
|
tunggal
|
Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.
|
|
kami
|
jamak
|
Merujuk kepada si penutur dan temannya apabila bercakap dengan pihak kedua.
|
|
kita
|
jamak
|
Merujuk kepada si penutur dan orang yang mendengarnya.
|
|
(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
- digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
- kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND Kedua
|
Bentuk
|
Penggunaan
|
Ayat contoh
|
awak
|
tunggal
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat, panggilan orang atasan kepada orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri apabila bercakap.
|
|
kamu
|
tunggal
|
Digunakan oleh orang yang lebih tua atau dewasa dan ditujukan kepada anak, para pelajar dan sebagainya
|
|
engkau
|
tunggal
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dan dengan Tuhan apabila berdoa.
|
|
dikau
|
tunggal
|
Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf "n".
|
|
tuanku
|
tunggal
|
Digunakan apabila bercakap dengan sultan, raja dan kerabat diraja; bermaksud "tuan yang mulia".
|
|
anda
|
tunggal / jamak
|
Merujuk kepada diri orang yang kedua/ orang yang dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen atau dengan orang yang sebaya.
|
|
kalian
|
jamak
|
Merujuk kepada diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak.
|
|
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
- kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
KGND Ketiga
|
Bentuk
|
Penggunaan
|
Ayat contoh
|
dia / ia
|
tunggal
|
Untuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan sama ada rakan sebaya atau orang yang lebih muda.
|
|
nya
|
tunggal
|
Digunakan untuk menggantikan kata ganti dia/ia, nama binatang dan nama benda. Tidak boleh berdiri sendiri dan ditulis serangkai dengan perkataan yang mendahuluinya.
|
|
baginda
|
tunggal
|
Untuk menggantikan nama sultan, raja, kerabat diraja yang diperkatakan.
|
|
beliau
|
tunggal
|
Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati seperti ibu bapa, pemimpin dan guru.
|
|
mereka
|
jamak
|
Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang.
|
|