Isnin, 28 Januari 2013

INSTRUMEN BAND 5


INSTRUMEN BAND 5


KEMAHIRAN
MENDENGAR BERTUTUR
BAND
5
PERNYATAAN STANDARD
Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B5 DL1
Menyatakan pendirian tentang sesuatu perkara
EVIDENS
B5 DL1 E1
Mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan: (m/s teks 205)
l  Mengemukakan pandangan tentang cara terbaik untuk memenuhkan masa cuti persekolahan.
Langkah pentaksiran:
l  Guru bertanyakan tentang rancangan murid-murid pada cuti sekolah.
l  Guru meminta murid menyatakan pendapat masing-masing tentang aktiviti yang akan mereka lakukan.
l  Murid secara bergilir-gilir mengemukan pandangan masing-masing tentang aktiviti mereka.
CONTOH ITEM
Rujuk m/s 205 buku teks.
CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN
BIL
Soalan
/ X
1
Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?

2
Adakah murid itu mengemukan pandangan secara logik?

3
Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4
Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan?

5
Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?
















KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
5
PERNYATAAN DESKRIPTOR
Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR
B5 DB1
Membaca dan mengolah maklumat.
EVIDENS
B5 DB1 E1
Membaca secara ekstensif untuk mendapatkan maklumat
(konsep bacaan ekstensif: perlu ada lebih daripada satu bahan. Bahan pertama ialah petikan asal. Bahan kedua dan seterusnya dianggap bacaan luas iaitu untuk menambahkan isi bagi bahan bacaan yang pertama.)
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan:
l  Buku teks m/s 107.
Langkah pentaksiran:
l  Murid membaca petikan dan menyenaraikan isi penting dalam bentuk kerangka isi.
l  Murid membuat bacaan ekstensif atau membuat rujukan daripada buku teks m/s 107.
l  Murid menyenaraikan isi penting daripada bahan bacaan ekstensif dan menambah maklumat baru daripada bacaan ke dalam kerangka isi.
CONTOH ITEM
Buku teks m/s 107.
CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN
BIL
Soalan
/ X
1
Adakah murid itu memahami isi kandungan bahan yang dibacakan?

2
Adakah murid itu dapat menyenaraikan isi penting daripada bahan yang dibaca?

3
Adakah murid itu boleh mengemukakan isi – isi yang baru selain daripada teks?

4
Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan?

5
Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?













KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
5
PERNYATAAN STANDARD
Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B5 DB1
Membaca dan mengolah maklumat
EVIDENS
B5 DB1 E2
Menghuraikan maklumat daripada bahan yang dibaca secara logik untuk membuat inferens.
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan:
l  Buku teks m/s 107.
Langkah pentaksiran:
l  Murid membaca petikan daripada buku teks.
l  Murid membuat kesimpulan berdasarkan bahan yang dibaca.
CONTOH ITEM
Rujuk m/s 107 buku teks.
































KEMAHIRAN
MENULIS
BAND
5
PERNYATAAN STANDARD
Memproses dan menyampaikan maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR
B5 DT1
Mengolah maklumat secara bertulis
EVIDENS
B5 DT1 E1
Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang sesuai dan ayat yang gramatis.l
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan: (m/s teks 114)
l  Menulis karangan berbentuk syarahan
Langkah pentaksiran:
l  Murid meneliti dan memahami isi yang dibicangkan.
l  Murid menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting yang telah dibincangkan dalam tempoh masa yang ditentukan.
CONTOH ITEM
Anda telah dijemput untuk menyampaikan syarahan tentang penjagaan alam sekitar. Tulis teks syarahan tentang penjagaan alam sekitar untuk mengekalkan keadaan semula jadinya.

INSTRUMEN BAND 4


INSTRUMEN BAND 4


KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
BAND
4
PERNYATAAN STANDARD
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B4 DL1
Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi
EVIDENS
B4 DL1 E1
Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan
·         Petikan kemalangan jalan raya

Langkah Pentaksiran
·         Guru mengemukakan satu isu untuk dibincang.
·         Guru minta pandangan murid tentang isu tersebut
(cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya)
·         Murid berbincang dalam kumpulan tentang isu cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
·         Pelapor setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.pelajar lain diminta memberi respons terhadap laporan rakan.
·         Penilaian lisan kepada pelapor dari setiap kumpulan dan pelajar yang memberi respons.

ITEM CONTOH
Faktor kemalangan jalan raya
    Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat setiap tahun. Kemalangan jalan raya berlaku di mana-mana sahaja. Kebiasaannya kemalangan kerap berlaku pada musim-musim perayaan. Kemalangan jalan raya merupakan salah satu tragedi dahsyat yang acap kali membawa kematian dan kecacatan kepada sebilangan pengguna jalan raya di negara kita.

Tragedi ini berpunca daripada beberapa faktor. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya walaupun undang-undang ditetapkan. Sebagai contoh, penggguna jalan raya tidak mematuhi peraturan had laju. Selain itu, sesetengah pengguna jalan raya tidak mematuhi lampu isyarat kerana mereka ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing.

Seterusnya, sikap pengguna yang tidak berhati-hati juga menjadi faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Pemandu seharusnya menumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Malangnya, terdapat ramai pemandu yang tidak menumpukan perhatian samasa memandu. Contohnya, ada antara mereka yang menggunakan telefon bimbit atau berbual-bual semasa memandu dan kebanyakan mereka juga tidak mematuhi papan tanda. Mereka juga tidak berfikir bahawa pengubalan peraturan dan undang-undang jalan raya adalah untuk keselamatan mereka.

Selain itu, hampir semua pengguna jalan raya pada masa kini mementingkan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain semasa memandu. Mereka memandu dengan laju dan memotong sesuka hati tanpa memirkirkan akibatnya. Contohnya, semasa kesesakan jalan raya ada pengguna yang memotong barisan kenderaan lain yang telah lama beratur panjang. Kesannya, kesesakan jalan raya semakin bertambah dan perselisihan faham antara penggguna jalan raya akan berlaku.

Pengguna yang menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan juga menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, kebanyakan remaja yang melakukan aktiviti berlumba haram. Golongan ini tidak menghargai nyawa sendiri dan boleh mengancam nyawa orang lain. Seterusnya, sikap pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa juga turut menyumbang berlakunya kemalangan jalan raya. Lumrahnya, pemandu kendaraan awam dan pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori akan bersikap sedemikian. Terdapat pemandu yang menukar laluan sesuka hati, memotong dan menghimpit kenderaan lain. sikap kasar dan tidak bertimbang rasa ini perlu dihindar untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Oleh itu, semua pengguna perlulah mengubah sikap mereka untuk menjamin keselama tan diri sendiri dan orang lain. Akhir sekali , pengguna diseru agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya bak kata pepatah "biar lambat asal selamat"           


Kad Inventori Lisan/Perbincangan

Bil
Soalan

1
Adakah murid memahami tajuk yang dibincangkan

2
Adakah murid dapat mengemukakan hujah/ pendapat dengan logik

3
Adakah murid dapat memberikan contoh yang sesuai untuk menyokong hujah

4
Adakah murid memberikan respon secara tertib dan bersopan?(misalnya perkenalkan diri,memberi salam meminta izin dan bertutur dengan sopan)







KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
4

PERNYATAAN STANDARD
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis .

DESKRIPTOR
B4 DB1:
Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan

EVIDENS
B4 DB1 E1:
Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan
-          Sajak daripada Antologi Kasut Kelopak Jantung

Langkah Pentaksiran
-          Murid dikehendaki merujuk muka surat 19 petikan sajak (Kian Kita Lupa) Kasut Kelopak Jantung.
-          Murid diminta untuk mendeklamasikan sajak tersebut.
-          Berdasarkan dua soalan yang dibaca oleh guru, murid menulis jawapan secara spontan mengikut masa yang ditetapkan.

CONTOH ITEM

1.    Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang anda perolehi daripada sajak tersebut?
2.    Pada pendapat anda, mengapakah kita sering lupa diri apabila berjaya?

(Rujuk sajak Kian Kita Lupa dalam  buku Kasut Kelopak Jantung m.s. 19)










KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
4
PERNYATAAN STANDARD
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B4 DB1
Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan
EVIDENS
B4 DB1 E1
Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan
-          Petikan daripada buku teks Unit 7 : Wira Bangsa
Langkah Pentaksiran:
-          Murid merujuk muka surat 47 buku teks Unit 7 : Wira Bangsa
-          Murid membaca petikan yang dirujuk mengikut masa yang ditetapkan.
-          Berdasarkan dua soalan yang dibaca oleh guru, murid menulis jawapan secara spontan mengikut masa yang ditetapkan.

CONTOH ITEM

  1. Pada pendapat anda, mengapakah Mohamad Akib meninggal dunia?
  2. Pada pendapat anda, apakah manfaat kita mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah?
(rujuk petikan buku teks m.s.47)






KEMAHIRAN

MENULIS
BAND
4
PERNYATAAN STANDARD
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis .
DESKRIPTOR
B4 DT1:
Menulis  dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.
EVIDENS
B4 DT1 E1:
Menulis kerangka penulisan berdasarkan sesuatu tajuk.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Langkah Pentaksiran
·         Guru meminta murid berbincang di dalam kumpulan untuk menulis kerangka  karangan berdasarkan tajuk yang diberikan
·         Murid  diminta menulis kerangka karangan masing-masing.

CONTOH
 ITEM

Contoh kerangka karangan:
Karangan perlu mengandungi tiga perkara iaitu:
1)    PENDAHULUAN
2)     ISI
3)     KESIMPULAN

Tajuk: Huraikan kebaikan menyertai pasukan unit beruniform di peringkat sekolah.  Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Description: C:\Users\PeiChe\Pictures\thumbnailCAHSCNWN.jpgDescription: C:\Users\PeiChe\Pictures\thumbnailCAWUNSSF.jpg
Description: C:\Users\PeiChe\Pictures\dscn13431.jpgDescription: C:\Users\PeiChe\Pictures\thumbnailCAEY077X.jpg
Pendahuluan:
Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori – pasukan unit beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan.

Isi – isi penting:

a)    Meningkatan kecergasan dan kecerdasan.
b)    Dapat mendisiplinkan diri- dapat dilihat melalui aktiviti berkawad- aktiviti perkhemahan membentuk jati diri.
c)    Mendapat kemahiran tertentu- boleh digunakan semasa kecemasan- terutamanya kemahiran dalam PBSM- aktiviti perkhemahan, pelajar mendapat kemahiran ikhtiar hidup.

Kesimpulan:
Murid harus menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum.









KEMAHIRAN

MENULIS

BAND

4

PERNYATAAN STANDARD

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis .

DESKRIPTOR

B4 DT1:
Menulis  dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.

EVIDENS

B4 DT1 E2:
Menulis  idea utama dan idea sokongan dalam perenggan dengan betul.


AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan: Contoh satu perenggan yang lengkap (idea utama dan idea  
             sokongan)
Langkah Pentaksiran
·         Guru mengemukakan contoh  perenggan karangan yang lengkap.
·         Guru meminta murid menulis satu perenggan isi penting yang mengandungi idea utama dan idea sokongan.


CONTOH
 ITEM


Pembinaan idea utama dan idea sokongan:
1)    Idea utama:
Menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum dapat membina kecergasan dan kecerdasan.
Menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum dapat mendisiplinkan diri.
2)    Idea sokongan:
Misalnya, melalui aktiviti berkawad dan perkhemahan, pelajar diajar mengikut arahan, bekerjasama, berdikari dan berkeyakinan diri. 
3)   Kesimpulan kecil:
    Disiplin ini akan membentuk jati diri pelajar.
Perenggan yang lengkap:
Menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum dapat mendisiplinkan diri. Misalnya, melalui aktiviti berkawad dan perkhemahan, pelajar diajar mengikut arahan, bekerjasama, berdikari dan berkeyakinan diri.  Oleh itu, disiplin ini akan membentuk jati diri pelajar.

INSTRUMEN BAND 3

INSTRUMEN BAND 3

KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B3 DL1
Bersoal jawab tentang sesuatu perkara

EVIDENS

B3 DL1 E1
Mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat


AKTIVITI PENTAKSIRAN





1.    Guru meminta murid-murid untuk meneliti gambar yang disediakan.
2.    Murid-murid bersoal jawab antara mereka berkaitan dengan gambar tersebut.


Contoh Gambar :



KEMAHIRAN

MEMBACA

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B3 DB1
Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting.

EVIDENS

B3 DB1 E1
Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca.


AKTIVITI PENTAKSIRAN





1.    Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan tersebut.
2.    Murid-murid diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan.
3.    Murid-murid membaca isi-isi penting.


Contoh Petikan  ;
Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius. Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah.  Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan.
Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga merupakan antara  punca berlakunya kes pembuangan bayi.
Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin.
Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untukmenjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat.









KEMAHIRAN

MEMBACA

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B3 DB1
Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi  penting.

EVIDENS

B3 DB1 E2
Menyusun  isi penting.


AKTIVITI PENTAKSIRAN




1.    Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan tersebut.
2.    Murid-murid  diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan.
3.    Murid-murid menyusun  isi .


Contoh Petikan  :
Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum. Oleh itu, agama Islam mengharamkan umatnya minum minuman keras.
Jika wanita hamil minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam kandungannya turut terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap penyakit sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan kesihatannya.
Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka. Pengambilan alkohol juga boleh memporak-porandakan sesebuah keluarga jika Jika dalam sesebuah keluarga itu ada pemabuk.
Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan mudah berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedarannya di seluruh negara. Jika tindakan ini segera dilaksanakan sudah tentu rakyat dapat menjimatkan wang. Tindakan tersebut juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga hidup dengan sihat dan produktif kerana bebas daripada alkohol.  Seterusnya, masalah sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini juga dapat diatasi.










KEMAHIRAN

MENULIS

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR

B3 DT1
Menulis  ayat dalam perenggan.

EVIDENS

B3 DT1 E1
Menggunakan kata dan frasa dalam  perenggan.


AKTIVITI PENTAKSIRAN












1.    Guru membaca petikan
2.    Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan kata dan frasa yang sesuai.

Contoh  Perenggan : ISTANA MENANTI (BAB 1)

        Di rumah Tuk Ngah di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Tuk Ngah __________________ dengan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng tentang istana lama yang bernama ___________________. Istana lama itu bukan sahaja menjadi bahan peninggalan sejarah yang cukup bernilai, malah istana ini banyak menyimpan cerita dari dahulu hingga sekarang. Menurut Tuk Ngah, Istana Menanti _____________  oleh tukang-tukang yang mahir ____________ Pagar Ruyung , Sumatera. Istana itu juga kononnya berpuaka dan dihuni oleh ______________ yang bernama bunian. Pada zaman dahulu, istana lama ini menjadi tempat ______________ para pejuang Melayu ketika menentang Jepun dan  _____________ . Oleh sebab itulah, Istana Menanti dibina di puncak gunung iaitu di puncak  __________________.



KEMAHIRAN

MENULIS

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR
B3 DT1
Menulis  ayat dalam perenggan.

EVIDENS

B3 DT1 E1
Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan


AKTIVITI PENTAKSIRAN








1.    Guru mengedarkan petikan
2.    Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai

Contoh  Perenggan :
        Bergotong- royong dapat memberi banyak kebaikan kepada masyarakat. ______________ dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. _________________ aktiviti ini juga merupakan aktiviti riadah beramai-ramai serta mampu melahirkan sikap hormat-menghormati golongan muda terhadap golongan tua._________________ bergotong-royong juga menjadikan persekitaran lebih bersih dan selamat dari serangan wabak penyakit. _____________________, masyarakat diseru agar bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti ini.