Mekah Pusat Bumi
Betulkah Piring Astro
... Menghadap Kaabah?:
Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun
memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah
fakta yang di copy paste ini :
Jelas, Kaabah bukan sekadar
kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau
kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen
televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para
bola' untuk mene...rima maklumat yang dipancarkan dari satelit.
Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah
Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?
Mudah saja
jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak
jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan
kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV
Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan
Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan,
Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara
saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu
dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi
itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka
cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya
mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya
dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti
(tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan,
radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang
istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang
menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub
selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon
magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa
kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak.
Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke
dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi
kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal
di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di
kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi
kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan
pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh
tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk
membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik
berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik
dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di
"Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah
cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak
akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke
mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan
bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini
sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah
fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita
belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..Lihat seterusnya..