Kemusnahan di Kota Pompeii
Assalamu'alaikum,
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Gambar2
ini dipercayai bukti sejarah kemusnahan masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup seperti gaya hidup Kaum Nabi Lut as.. ditemui di Kota Pompeii
di negeri Itali..
Gaya
hidup begini juga atau lebih tepat lagi "Lelaki sukakan Lelaki (GAY)
dan Wanita sukakan Wanita" (LESBIAN) sudah lama merebak bagaikan barah
yang menular.. Malah sebahagiannya tanpa segan silu melakukannya di
khalayak ramai dan ada pula yg terang-terangan mengiklankan diri demi
kepuasan nafsu gila yg tak berpenghujung.
Al-Quran menceritakan kepada kita dalam ayat berikut bahwa tidak akan ada perubahan dalam hukum Allah.
"Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebenar-benar sumpahnya: Demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran, (42) Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi peraturan "Sunnatullah" itu. (43)- (Q.S: Al-Fatir 42 - 43).
Begitulah, “…sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah…”. Siapapun yang menentang hukum Allah dan berusaha melawanNya akan terkena sunnatullah yang sama. Pompeii, yang merupakan simbol daripada keruntuhan akhlak yang dialami kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii sama seperti yang dialami oleh kaum Nabi Luth as. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius. Gunung Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab.

Azab
yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah, yakni kaum Nabi Luth as,
sangatlah serupa dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii. Di
sebelah kanan gunung Vesuvius terletak kota Naples, sedangkan kota
Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu daripada
letusan maha dahsyat gunung tersebut yang terjadi dua milenium yang lalu
memusnahkan penduduk kota tersebut.
Malapetaka
itu terjadi dalam waktu yang sangat mendadak sehingga menimpa segala
sesuatu yang ada di kota termasuk segala aktiviti sehari-hari yang
sedang berjalan. Aktiviti yang dilakukan penduduk dan segala peninggalan
yang ada ketika bencana terjadi kini masih tertinggal sama seperti
ketika bencana tersebut terjadi dua ribu tahun yang lalu, seolah-olah
waktu tidak berubah dari tempatnya.
Pemusnahan
Pompeii daripada muka bumi oleh bencana yang demikian dahsyat ini
tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota
tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota
tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinahan atau
pelacuran. Tersangat banyaknya hingga jumlah rumah-rumah pelacuran tidak
diketahui. Organ-organ kemaluan lelaki dengan ukurannya yang asli
digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut.
Menurut
tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ
seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di
tempat tersembunyi; akan tetapi hendaknya dipertontonkan secara terbuka.
Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta
bumi dalam sekelip mata. Yang paling menarik daripada peristiwa ini
adalah tak seorang pun mampu melepaskan diri daripada keganasan letusan
Vesuvius. Hampir dapat dipastikan bahawa para penduduk yang ada di kota
tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang terjadi secara
mengejut tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad daripada
satu keluarga yang sedang asyik menikmati makanan dapat dikesan pada
detik tersebut.
Banyak
sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya berada pada posisi sedang
melakukan persetubuhan. Yang paling menghairankan adalah terdapat
sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka
melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula
pasangan-pasangan lelaki dan wanita yang masih di bawah umur. Hasil
penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat dengan raut muka yang
masih utuh.
Secara
umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi terperanjat, seolah2
bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam masa yang amat
singkat. Dalam konteks ini, terdapat aspek daripada bencana tersebut
yang sangat sulit untuk difahami. Bagaimana boleh terjadi ribuan manusia
tertimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apapun? Aspek ini
menunjukkan bahawa penghancuran Pompeii sama seperti
peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al-Quran, sebab Al-Quran
secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika
mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Contohnya, “penduduk suatu
negeri” sebagaimana disebut dalam surah Yaasiin ayat 13 musnah
bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini
diceritakan sebagaimana berikut : “Tidak ada siksaan atas mereka
melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS.
Yaasiin, 36:29). Di dalam surah Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam
waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud
dikisahkan:“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang
keras , maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang
dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.” Kematian penduduk kota
Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat sama sebagaimana azab
yang dikisahkan dalam kedua2 ayat di atas. Walaubagaimanapun semua
peringatan ini diberikan, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana
Pompeii dulunya pernah ada.
Daerah2
Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh berbeza
dengan daerah2 di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat para kaum
homoseksual dan orang-orang yang hidup telanjang tanpa pakaian tinggal.
Pulau Capri diiklankan sebagai “syurga kaum homoseks” dalam industri
pelancongan. Tidak hanya di pulau Capri dan di Itali, bahkan hampir di
seluruh dunia, kerosakan moral sedang terjadi dan sayangnya mereka tetap
saja tidak mahu mengambil pelajaran daripada pengalaman pahit yang
dialami kaum-kaum terdahulu.
KAUM LUT
Kaum Lut ialah kaum Nabi Lut A.S. Mereka mendiami negeri Sodom ( Jordan ) di pinggir Laut Mati. Kehidupan mereka ini juga sangat mewah. Lantaran kemewahan yang lebih, mereka telah di hinggapi oleh penyakit moral ( akhlak ) yang besar, iaitu amalan ‘homoseks’. Nabi Lut diutuskan oleh Allah untuk menyeru kaum yang sesat ini supaya beriman kepadaNYA dan meninggalkan tabiat yang buruk itu. Namun mereka bertindak mempersenda Nabi Lut. Allah telah mengutuskan 2 malaikat yang merupakan diri mereka seperti lelaki, mendatangi Nabi Lut. Malaikat-malaikat itu menjelaskan kepada Nabi Lut bahawa mereka sebenarnya adalah utusan Allah.
Kaum
Nabi Lut yang derhaka itu akan diturunkan bala bencana oleh Allah
dengan cara menurunkan HUJAN DARIPADA BATU-BATU BERAPI yang menyebabkan
semua harta benda mereka terbakar. Kemudian bumi Sadum juga dibalikkan,
menyebabkan kaum Lut yang derhaka itu binasa sama sekali.
Rasulullah
SAW bersabda ; yang bermaksud “Sesungguhnya yang paling aku takuti
berlaku atas umatku ialah amalan Kaum Lut.” Sabda Baginda lagi, yang
bermaksud: “Apabila berlaku kezaliman ke atas rakyat kafir yang
berlindung di negeri Islam, maka negeri itu merupakan negeri musuh.
Apabila berlaku zina, maka gadis-gadis Islam akan dirampas menjadi
tawanan. Apabila berlaku homoseks, Allah akan biar biarkan mereka
sehingga di lembah mana mereka akan binasa.”
Semoga Allah memberikan kita hidayah dengan usaha kita yang bersungguh utk mentaati perintahNYA dan menjauhi larangaNYA.
Pesanan: Semoga Allah menjauhkan kita dari terlibat dengan gejala LGBT ( lesbian Gay Biseksual dan Transgender yang semakin menular di negara kita.