Rabu, 19 September 2012

Assalamualaikom. Lama sudah tidak menulis di ruangan ini. Maklumlah kerap sangat berfasbuk menyebabkan  lupa untuk menulis sesuatu diruangan sendiri. Pada tanggal 14 September 2012 hingga 17 September 2012 yang lalu saya berpeluang dan diberikan kesempatan oleh Allah untuk melihat negara orang iaitu ke Jakarta dan Bandung Indonesia. Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri lebih baiklah hujan batu dinegeri sendiri. Walaupun kita sering mengatakan segala kos kehidupan kita yang mahal, kesesakan lalu lintas yang seringkali jem dan pelbagai lagi rungutan didengari dari penduduk negara kita, di sana kehidupannya adalah lenih mencabar dan lebih mengancam kita. kalau pelancong asing datang ke negara kita keselamatan mereka adalah lebih terjamin, tetapi kita sebagai penacung di sana sentiasa diingatkan oleh pengawal keselamatan agar lebih berhati-hati keatas tas tangan atau beg galas kita supaya di letakkan di hadapan. Bertuahnya kita masih keadaan aman walaupun selalu berlaku kes-kes ragut keran kecuaian kita. peniaga di sana lebih berani dari kita menawarkan barangan tanpa segan silu seolah-olah memaksa kita membeli barangan mereka demi sesuap nasi.