Langkah-langkah
keselamatan pejalan kaki.
1. Pergi ke sekolah
lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah
2. Berjalan
di lorong pejalan kaki, jika ada
3. Jika
tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi
lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan)
4. Jangan
bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan kaki
5. Lihat
kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu
6. Melintas
dengan cepat tetapi jangan berlari
7. Jangan
melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong
8. Jangan
melintas di hadapan atau di belakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan
akan terlindung.
TATATERTIB SEMASA MENAIKI
BAS
1. Jangan
sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
2. Tunggu
hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
3. Hendaklah
berbaris untuk menaiki bas.
4. Duduk
atau berdiri diam-diam semasa didalam bas.
5. Jika anda
turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru
melintas.
6. Menunggu
ditempat perhentian bas yang disediakan.
KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS
DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL
1. Tentukan
yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan
"real reflector" sebelum menunggangnya.
2. Tunggang
dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
3. Jangan
bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang
dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal
lagi.
4. Jangan
menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas
jalan raya yang sibuk atau sempit.
5. Di atas
jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti
dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari
kedua-dua arah baru melintas.
6.
Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
7. Ketika
menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas
pengayuh.
8. Jangan
berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.
9. Jangan
menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
10. Jangan
menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan
mengejut.
11. Jangan
bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan
lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada
"carriers". Jauhi dari membawa penumpang.
12. Bila
melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu
kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.
13. Jangan
menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan
lampu mereah dibelakang.
14. Dimana
ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu
PANDUAN KETIKA MENYELEKOH DISIMPANG
1. Biasakan
menghampiri dengan cermat dipersimpangan dan bersiap sedia untuk berhenti.
Sebelum melintas atau menyelekoh lihat kekanan dan kekiri, kemudian kekanan
sekali lagi. Jangan terus berjalan sehingga kamu pasti selamat berbuat demikian
dan kamu tidak menyekat jalan.
2. Mesti
berhenti dipersimpangan yang ada tanda "Berhenti". Tunggu dahulu
sehingga jalan itu lapang dari lalu lintas sebelum meneruskan perjalanan.
3.
Disimpang-simpang yang dikawal oleh Polis Lalulintas, jangan terus berjalan
sehingga polis yang bertugas disitu mengisyaratkan kamu berbuat demikian.
4.
Disimpang-simpang yang dikawal oleh lampu isyarat, selalu tunggu lampu hijau
sebelum maju kehadapan. Dalam berbuat demikian tentukan yang jalan itu lapang
untuk kamu melintas simpang itu dan setelah kamu memastikan selamat berbuat
demikian.
5. Apabila
sampai dibulatan-bulatan, beri jalan kepada lalu lintas yang datang dari
sebelah kanan kamu, kecuali tanda-tanda atas jalan menunjukkan sebaliknya
tetapi terus jalan itu lapang.
6. Bila
hendak memusing ke kiri, ikut rapat-rapat ketepi sebelah kiri jalan dimana kamu
hendaklah memusing dan terus kejalan yang hendak dimasuki itu (elakan dari
memakan jalan kekanan sebelum kamu memusing).
7. Bila
hendak memusing kekanan ikut bahagian tengah jalan yang kamu sedang berada itu
atau ambil tempat, dibahagian yang telah ditandakan untuk lalulintas yang
hendak memusing kekanan. Tunggu sehingga jalan lapang diantara kamu dan apa-apa
kenderaan yang datang dari depan, kemudian baru memusing.
8.
Disimpang-simpang dimana ada tanda-tanda lalulintas bergaris semua lalulintas
mesti ikut garisan atau "lane" yang betul.
PANDUAN KETIKA ANDA HENDAK
MEMOTONG KENDERAAN
1. Jangan
sekali-kali anda memotong diselekoh siku keluang (blind corners), atau dipuncak
bukit.
2. Memotong
hendaklah disebelah kanan kenderaan yang dihadapan.
3. Jangan
memotong dimana ada terdapat dua garisan putih ditengah-tengah jalanraya untuk
memisahkan perjalanan kenderaan.
4. Berilah
isyarat hendak memotong kesebelah kanan dan bunyikan"horn" untuk
memberitahu kereta dihadapan. Hindarkan dari memotong balik dengan segera.
PANDUAN KEPADA PEMANDU
UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN
Sebagai
pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-
1. Pastikan
kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
2.
Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
3. Mematuhi
isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
4. Jangan
memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
5. Jangan
memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan
bersopan-santun.
6. Jangan
sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
7. Jangan
sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
8. Jangan
sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
9. Sentiasa
memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu
sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
10. Sentiasa
beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang,
maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.
11. Memberi
kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya yang
lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
12.
Memerhati gerak geri yang dapat di agak ke atas lalulintas dan pejalan kaki
yang boleh menimbulkan halangan.
13.
Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk
mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
14. Sentiasa
mengamalkan cogankata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu
cermat jiwa selamat"
APA YANG HARUS ANDA BUAT
BILA BERLAKU KEMALANGAN ?
1. Hendaklah
memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. Sek. 52(1)
RTA 1987
2. Memberi
bantuan kepada simangsa untuk menghantarnya ke Hospital.
3. Kenderaan
anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas.
4. Hendaklah
dengan segera membuat laporan dibalai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah
dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital
atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
5. Hendaklah
menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen sperti lesen pemandu, perakuan
Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek. 52(4)(a), (b)
& (c) RTA
6. Jika anda
melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor
kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
7. Bila anda
diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada
mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek. 52 (3) RTA.