Assalamualaikom dan salam sejahtera. Dalam ini saya ingin mencoretkan kata kata buat rakan rakan guru serta anak didik SMK Ringlet di sepanjang saya bertugas di sekolah berkenaan. Selama 3 tahun iaitu bermula 2.1.2010 hingga 1 .2.2013saya bertugas di sekolah ini sudah pastinya banyak pengalaman yang saya perolehi samada manis atau pahit yang semuanya menjadi kenangan. Kadangkala kita sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Itulah yang terjadi kepada kita kerana saya adalah penjawat awam yng sentiasa akur dengan arahan pegawai atasan kita.
Rakan rakan sekelian, dalam 3 tahun saya merasai 3 orang pengetua yang banyak memberikan pengalaman kepada saya menjadi pentadbir yang berkesan. Pengetua kedua walaupun tempoh berkhidmat di sekolah berkenaan memberikan banyak pengetahuan danpengalaman mentadbir. Namun begitu semua pengetua mengajar dan menginsafkan saya bahawa sebagai pentadbir kita perlu akur dan mengikuti prosedur kerja yang ditetapkan.
Rakan guru dan pelajar sekelian. Seribu kemaafan dan keampunan dari saya atas kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan . Atas kekasaran, ugutan, teguran, rajukan dansebahgainya kerana kekadang kita perlukan itu semua untuk memastikan perjalanan sekolah berjalan lancar.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kia menumpang mandi
Kalau ada kesilapan sepanjang
Ampun dan maaf mohon diberi.
Sekian terima kasih