SINOPSIS NOVEL
BAB 1 Datuk Dolhi resah memikirkan tentang anak-anaknya yang tidak berminat dengan dunia perniagaan dan membawa haluan masing-masing. Tidak seorang pun yang berminat untuk mengambil alih perniagaannya walaupun dipujuk berkali-kali. Hasnol bekerja dalam sector kerajaan sebagai pegawai tadbir dan diplomatic. Dia berasa selesa dengan kedudukannya dalam sector kerajaan. Ilham lebih berminat dengan bidang penulisan puisi dan rencana tentang alam sekitar. Rencana dan puisinya sering tersiar dalam akhbar. Mukhlis pula cuba mendekatkan diri kepada agama Islam. Dia tidak mahu bekerja dengan Datuk Dolhi kerana menganggap bidang perniagaan penuh dengan riba. Dia terlibat dengan gerakan dakwah dan banyak menghabiskan masa di surau dan bersama ahli kumpulannya. Manakala Dani lebih berminat dengan dunia hiburan. Dia menubuhkan kumpulan muzik ‘rock’ dan berusaha merakan album. Anak Datuk Dolhi yang bongsu iaitu Amera lebih selesa sebagai guru.
BAB 2 Albert Lee menghubungi dan mengajak Datuk Dolhi keluar jogging. Datuk Dolhi bersetuju walaupun sejak akhir-akhir ini dia berasa penat. Albert Lee datang menjemput Datuk Dolhi ke Bukit Serakah. Mereka berbual tentang jodoh antara Amera dengan Robert Lee, tentang Hasnol yang tetap dengan pendiriannya sebagai PTD, tentang Ilham yang bergiat dalam bidang penulisan dan juga tentang Dani yang telah berkecimpung dalam bidang hiburan. Semasa ketiadaan Datuk Dolhi, Datin Tominah menghubungi rakan-rakan datin yang lain dan berbual tentang hal-hal peribadi dan cadangan penubuhan kelab datin.
BAB 3 Di wisma Dolhi-Albert, Datuk Dolhi menerima panggilan telefon daripada Wahi di Hiroshima. Datuk Dolhi mahu Wahi mempelajari kemahiran dan budaya kerja orang Jepun. Rozie, setiausaha Datuk Dolhi mengingatkan Datuk Dolhi tentang mesyuarat dengan Puan Raj Hussein, wakil Ramaco Consantant pada pukul sepuluh pagi itu dan menyampaikan ceramah di Institut Perdagangan Kebangsaan pada sebelah petang. Datuk Dolhi membuat persiapan untuk ceramah pada sebelah petangnya sementara menunggu Puan Raj Hussein. Datuk Dolhi menyambung persiapan ceramahnya setelah mesyuarat dengan Raj Hussein selesai.
BAB 4 Datuk Dolhi menyampaikan seramahnya di Institut Perdagangan Kebangsaan. Ramai peserta yang menghadiri sesi ceramah tersebut. Datuk Dolhi berasa puas. Pada sebelah malam, Datuk Dolhi menemankan Datin Tominah ke Pertunjukan Busana Islam. Semasa perjalanan pulang, Datin Tominah menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah butik bersama rakan-rakan datin yang lain. Datuk Dolhi menasihati Datin Tominah agar memikirkan sedalam-dalamnya rancangan tersebut terlebih dahulu. Tiba di rumah, mereka mendapati Dani masih memetik gitar, Ilham masih mencatat sesuatu di meja batu, Amera masih menyemak buku-buku latihan pelajarnya di ruang tamu manakala Mukhlis sedang beratib dalam bilik di tingkat atas.
BAB 5 Ilham dan Dani berbincang tentang lagu. Ilham mencadangkan Dani mencipta lagu-lagi puisi. Ilham menyuruh Dani cuba lagukan sebuah puisi. Amera keluar dan menyindir Dani serta Ilham. Dia berpendapat Dani dan Ilham membuang masa. Dia lebih suka Ilham bekerja dengan ayah mereka. Ilmah pula menyindir Amera dengan mengatakan Amera menjadi pendidik untuk kepentingan nama. Amera marah dan kembali ke dalam rumah. Ilham menyindir pula Dani dengan mengatakan budaya ‘rock’ akan meruntuhkan budaya Melayu. Namun Dani empertahankan pendiriannya. Ilham juga turut beredar meninggalkan Dani.
BAB 6 Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi seorang diri. Dia menyatakan hasrat untuk meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada Datuk Dolhi. Wang itu akan digunakan untuk membayar yuran kelab golf. Datuk Dolhi enggan memberikan wang tersebut kerana wang tersebut milik syarikat. Hasnol hampa dan meninggalkan rumah Datuk Dolhi. Datuk Dolhi berasa kesal. Cara hidup kebaratan Hasnol dan isterinya Linda menyebabkan mereka selalu kesempitan wang. Datuk Dolhi memikirkan tentang Amera dan hubungannya dengan Robert. Datin Tominah memberitahu bahawa Amera sudah ada pilihan sendiri. Datuk Dolhi boleh menerima sesiapa sahaja sebagai teman Amera melainkan Wahi.
BAB 7 Wahi menghantar kertas cadangan tantang Kawalan Mutu Menyeluruh yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat Jepun kepada Datuk Dolhi melalui faks. Datuk Dolhi meminta Rozie memanjangkan kertas cadangan itu kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan syarikat. Datuk Dolhi teringatkan Muklis yang dilihat di masjid semalam dalam keadaan tidak terurus. Kemudian dia teringatkan Wahi di Jepun menyebabkan Datuk Dolhi mengimbas kembali kebangkitan Jepun selepas kemusnahan Hiroshima danNagasaki . Mukhlis datang ke pejabat Datuk Dolhi dengan tujuan untuk meminjam wang daripada Datuk Dolhi. Wang itu akan digunakan untuk mengikuti rombongan dakwah. Mukhlis juga mempersoalkan pekerjaan Datuk Dolhi yang dikatakan penuh riba. Datuk Dolhi tidak mahu melayan Mukhlis dan menyuruh Mukhlis beredar.
BAB 8 Tiba di rumah Amera memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah dipilih untuk menerima anugerah sebagai pendidik terbaik seluruh negeri dan mengharapkan Datuk Dolhi dapat hadir ke majlis anugerah tersebut. Mukhlis pulang bersama tiga orang pemuda berjubah. Mereka berharap agar Datuk Dolhi dapat membiayai Mukhlis untuk mengikuti rombongan dakwah ke seluruh dunia bulan depan. Datuk Dolhi enggan memberikan wang dan menyindir bahawa wang yang diperolehinya adalang wang perniagaan zaman ini, bukannya perniagaan zaman Nabi. Mereka hampa dan beredar. Dalam perjalanan, mereka berbincang tentang guru mereka yang telah menceraikan Hanisah dan berkahwin dengan Khadijah. Mukhlis rasa kasihan kepada Manisah. Kawan-kawan yang lain menyakan kesanggupan untuk membantu menjodohkan Mukhlis dengan Manisah. Datuk Dolhi dan Datin Tominah menghadiri majlis anugerah guru terbaik yang dimenangi oleh Amera. Ketika menyampaikan ucapan, Amera berterima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana kejayaannya adalah hasil dorongan daripada mereka berdua.
BAB 9 Amera menerima panggilan telefon dan sejambak bunga daripada orang yang tidak dikenali. Dia kemudiannya mendapatkan maklumat dari kedai bunga yang menerima pesanan. Dia mendapat tahu bahawa orang yang menghantar bunga adalah seorang VIP. Dani memgingatkan Datin Tominah supaya datang ke majlis pelancaran albumnya tidak lama lagi. Inem, pembantu rumah meminta berhenti kerja. Seminggu kemudian dia menerima surat daripada Inem memberitahu Ilham menceroboh ke biliknya berkali-kali. Pada masa yang sama Ilham telah menghilangkan diri selama dua minggu. Hasnol telah menghubungi Datin Tominah untuk meminjam wang. Datin Tominah enggan dengan alasan dia tidak mempunyai wang. Hasnol marah dan menghempaskan gagang telefon.
BAB 10 Datuk Dolhi terkejut apabila mendapat tahu Mukhlis telah berkahwin dan tinggal di perkampungan jemaahnya di Sungai Bakau. Dia juga berang setelah membacasurat daripada Inem. Datuk Dolhi semakin marah apabila mendapat tahu daripada Datin Tominah bahawa Ilham berada di Sarawak dan akan menyertai tunjuk perasaan menentang pembalakan di sana . Syarikatnya mempunyai saham dalam syarikat pembalakan di sana . Albert menelefon Datuk Dolhi dari Sarawak dan memberitahu bahawa dia melihat Ilham bersama penduduk asli di sana . Albert mencadangkan Datuk Dolhi memanggil Ilmah pulang. Fikiran Datuk Dolhi bertambah celaru dan tertekan. Dalam keadaan itu, dia teringatkan Wahi.
BAB 11 Datuk Dolhi mengambil keputusan untuk bercuti di Jepun selama seminggu untuk menenangkan fikirannya. Dalam penerbangannya ke Jepun, dia teringatkan Mastura, isterinya yang telah meninggal dunia. Dia mengahwini Mastura secara rahsia. Mereka mendapat seorang anak yang dibesarkan oleh ibu bapa Mastura. Mukhlis terasa bebanan untuk menyara isteri dan tiga orang anak tiri. Dia bekerja di kilang mi dengan bayaran RM5.00 sehari. Dia rasa menyesal. Malam itu dia pulang meluahkan masalah dan perasaan kepada Datin Tominah. Datin Tominah menasihatkannya bersabar. Namun dia masih setia dengan jemaah dan gurunya. Hasnol semakin kesempitan wang. Dia meminta isterinya Linda meminjam wang daripada ibu bapa Linda. Linda enggan. Hasnol berhasrat untuk bekerja dengan ayahnya tetapi dihalang oleh Linda. Linda tidak mahu Hasnol bekerja tidak tentu masa.
BAB12 Amera menerima jemputan untuk berjumpa dengan seorang peminat yang tidak dikenali. Datin Tominah menggalakkan Amera memenuhi jemputan itu. Dia terkejut setelah mendapat tahu bahawa orangitu adalah YB Wahab, Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Amera dapat menerima perkenalan dengan YB Wahab. Datin Timinah juga gembira. Dani meminta Datin Tominah dan Amera hadir ke majlis pelancaran album kumpulannya tidak lama lagi. Amera tidak berminat kerana dia tidak setuju dengan penglibatan Dani dalam bidang muzik. Dani menyebut tentang gossip artis dengan VIP dan kerabat diraja termasuklah YB Wahab. Amera berasa serba salah kerana takut kerjaya dan nama baiknya tercemar.
BAB 13 Datuk Dolhi tiba di Lapangan Terbang Narita dan disambut oleh Wahid an Mr. Gato. Dia menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Pada malam itu Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa Wahi adalah anak kandungnya. Wahi bagaimanapun tidak terkejut kerana telah mengetahui hal itu daripada neneknya. Datuk Dolhi meluahkan perasaannya kepada Wahi tentang anak-anaknya lain yang tidak mahu mengikut jejaknya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi berjanji akan menjelaskan hal itu kepada keluarga.
BAB 14 Hasnol menemui Tengku Munir di Teratai Inn kerana terpaksa. Tengku Munir mahu Hasnol meluluskan beberapa tender yang dimohon dan berjanji akan memberikan ganjaran kepada Hasnol. Dia meminta Hasnol membuka akaun di sebuah bank Singapura. Pulang ke rumah, dia berjanji akan bercuti ke Eropah bersama keluarga. Di Sarawak, pihak berkuasa sedang memburu perancang utama tunjuk perasaan menentang pembalakan iaitu Bruno Manser bersama beberapa aktivis tempatan. Berita itu merisaukan Datin Tominah. Ilham dan beberapa aktivis Barat melarikan diri apabila pihak berkuasa dan pihak pengurusan pembalakan datang. Hasnol datang ke rumah Datin Tominah. Dia menyerahkan wang sepuluh ribu ringgit sebagai membayar hutang ibunya. Datin Tominah hairan tentang sumber kewangan Hasnol.
BAB 15 Albert ingin kepastian tentang hubungan anaknya Robert dengan Amera. Albert mahu Robert memikat Amera dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa memeluk agama Islam. Usaha itu akan mengukuhkan lagi penguasaannya terhadap perniagaan perkongsiannya dengan Datuk Dolhi. Albert memberitahu Robert tentang sikap anak-anak Datuk Dolhi yang tidak berminat dengan perniagaan. Keadaan itu akan memudahkan mereka untuk menguasai syarikat Dolhi-Albert. Albert cuma risau kerana desas-desus mengatakan Datuk Dolhi mempunyai waris yang lain. Malam itu Robert menghubungi Amera dan mengajak Amera keluar makan. Amera menolak dengan alasan dia sibuk. Robert kecewa.
BAB 16 Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara daripada pekerjaannya kepada Wahi. Datuk Dolhi berasa kurang senang dengan Albert yang begitu komited dengan syarikat. Datuk Dolhi mengharapkan Wahi akan menggantikan tempatkan. Wahi agak keberatan. Datuk Dolhi akan menguruskan perkara itu. Sebelum pulang ke Malaysia Wahi telah memperkenalkan seorang wanita Jepun bernama Yuka kepada Datuk Dolhi sebagai calon isterinya. Bapa Yuka dapat menerima Wahi berdasarkan pengelamannya sebagai veteran perang di Tanah Melayu. Malah dia rasa bersalah atas kekejaman tentera Jepun terhadap orang-orang Melayu. Dalam perjalanannya, sekali lagi Datuk Dolhi imbas kembali tentang Mastura. Perkahwinannya dengan Mastura sengaja dirahsiakan untuk menjamin keharmonian hidup Mastura.
BAB 17 Ilham dan Bruno Manser melarikan diri ke luar Negara. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham di Perancis. Datin Tominah meminta Datuk Dolhi mencari Ilham di sana tetapi Datuk Dolhi enggan. Datin Tominah memberitahu tentang Hasnol yang memulangkah wang sepuluh ribu ringgit dan akan bercuti ke Eropah kepada Datuk Dolhi. Datin Tominah bercadang untuk membantu Mukhlis tetapi dihalang oleh Datuk Dolhi. Dani pulang dengan seluar bertampal-tampal dan rambut yang bertambah panjang. Datuk Dolhi menegur imej Dani. Pada sebelam malamnya Datuk Dolhi memberitahu rahsia perkahwinan pertamanya dengan Mastura dan Wahi adalah anaknya. Seluruh ahli keluarga terkejut dan tidak percaya. Datin Tominah menangis. Dia menceritakan hal itu kepada rakan-rakannya. Mereka mencadangkan Datin Tominah mengambil tindakan undang-undang. Datin Tominah mengambil sikap konfrantasi dengan tidak menghiraukan Datuk Dolhi. Datuk Dolhi juga tidak menghiraukan sikap Datin Tominah.
BAB 18 Wakil timbalam menteri datang membawa cincin Tanya. Datuk Dolhi menerimanya dengan gembira. Berita itu tersebar dan Amera menerima ucapan tahniah daripada saudara dan rakan. Pada majlis perkahwinan Amera, Datuk Dolhi bertemu dengan Ustaz Hashim. Dia memberitahu Datuk Dolhi bahawa Mukhlis hidup melarat seorang diri. Isterinya telah kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan itu juga sedang disiasat kerana menyebarkan ajaran salah. Mereka pergi ke Kampung Sungai Bakau untuk mencari Mukhlis tetapi gagal. Seorang penuda memaklumkan kepada Datuk Dolhi bahawa Mukhlis telah meninggalkan kampung itu. Mukhlis juga dikatakan tidak siuman dan cuba menyerang gurunya. Mereka melaporkan hal Mukhlis di balai polis berhampiran. Datin Tominah menangis setelah mendapat tahu perihal Mukhlis.
BAB 19 Seminggu lagi Hasnol dan keluarga akan berngkat ke Eropah. Hasnol telah dipanggil oleh Tengku Munir ke kejabatnya. Tengku Munir marah kerana tidak semua tender yang dimohonnya diluluskan. Walaupun Hasnol memberi penjelasan, Tengku Munir tetap berkeras supaya semua tendernya diluluskan. Hasnol pulang dengan perasaan tertekan sehingga dia tidak mahu mengikut isterinya ke Eropah. Tengku Munir dan pegawainya pergi ke pejabat menteri besar pada keesokan harinya dan melaporkan terdapat seorang kakitangan bernama Hasnol Datuk Dolhi meminta wang satu juta ringgit sebagai habuan untuk meluluskan 12 tender projek kerajaan. Pegawai BPR datang ke rumah Datuk Dolhi untuk menyiasat. Berita itu tersiar dalam akhbar pada keesokan harinya. Datuk Dolhi berasa malu dan Datin Tominah berasa sedih. Hasnol telah menghubungi Datin Tominah dari luar Negara dan menjelaskan segala-galanya kepada Datin Tominah. Dia juga memberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan Ilham di London.
BAB 20 Dani dan kumpulannya dijadualkan mengadakan persembahan di sebuah pecan sempena Malam Ekspo Perdangan Pemuda anjuran persatuan belia. Pada malam persembahan, Dani tidak dapat naik ke pentas kerana ketagihan dadah. Dia menghilangkan diri mencari pembekal dadah. Kumpulannya mendadakan persembahan tanpa penyanyi. Penonton hampa. Anggota plis datang memberitahu Dani telah ditangkap. Berita penangkapan tersiar dalam akhbar keesokan hari. Wartawan datang ke rumah Datuk Dolhi. Lagu-lagu mereka digam oleh RTM dan Dani dikeluarkan daripada kumpulan. Hasnol pulang seorang diri dari London dan menyerah diri kepada pihak berkuasa.
BAB 21 Semasa seorag menteri kanan melawat London , Ilham telah mendalangi satu tunjuk perasaan anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia ditemuramah oleh salah sebuah stesen TV antarabangsa. Dia mengecam kerajaanMalaysia dalam isu pembalakan dan menegaskan bahawa dia akan terus menentang pembalakan. Temuramah itu disiarkan oleh media tempatan. Datuk Dolhi telah disiasat oleh pegawai Cawangan Khas manakala TB Wahab Yasin disoal siasat oleh menteri kanan. Kenyataan Ilham telah menimbulkan kemarahan daripada Albert kerana takut kontrak pembalakan dibatalkan. Dia bercadang untuk bertindak sendiri. Tetapi setelah mengetahui tentang Wahi, dia mengalami kesukaran kerana di atahu Wahi seorang yang cekap.
BAB 22 Datuk Dolhi telah menjami Hasnol dan Dani. Hasnol diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai sementara Dani akan dihantar ke pusat serenti. Wahi pulang dari Jepun bersama Yuka dan disambut oleh semua ahli keluarga kecuali Ilham dan Mukhlis. Datin Tominah menerima Wahi dengan dada terbuka. Datuk Dolhi menerima barita tentang Mukhlis yang terlibat dalam kemalangan ketika merayau-rayau di pecan berhampiran Kampung Sungai Bakau.
BAB 23 Mukhlis akan dihantar ke pusat rawatan mental manakala Dani ke pusat serenti apabila kesnya selesai. Mesyuarat lembaga pengarah diadakan di Dolhi-Albert Holding. Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya. Perlantikan itu tidak menyenangkan hati Albert. Dia meninggalkan mesyuarat dan menuduh anak-anak Datuk Dolhi sebagai punca kemerosotan syarikat. Dia dan Robert menarik diri daripada syarikat Dolhi-Albert Holding.
BAB 24 Datuk Dolhi berasa tenang setelah bersara daripada bidang perniagaan. Dia berhasrat untuk menunaikan umrah. Dia bermunajat kepada Allah agar seluruh ahli keluarganya diberi hidayah.
TEMA
Novel Renyah bertenakan kemasyarakatan iaitu tekanan hidup yang dialami oleh seorang bapa akibat daripada tindakan anak-anak yang tidak sealiran. Datuk Dolhi merupakan seorang ahli korporat begitu bimbang dan tertekan oleh sikap anak-anaknya yang tidak berminat dengan dunia perniagaan. Hasnol leboh berminat dengan kerja makan gaji dengan kerajaan sebagai pegawai tadbir diplomatik. Dia memberi alasan bahawa dia tidak mahu bekerja di bawah tekanan masa dan tekanan kerja. Dia lebih suka bekerja mengikut waktu pejabat jika dibandingkan dengan bekerja dalam bidang perniagaan yang tidak tentu masa. Manakala tekanan kerja pula tidak begitu membebankan sebagaimana dalam bidang perniagaan.
Ilham pula lebih berminat dengan bidang seni sastera dan kerja-kerja amal. Dia suka menulis sajak dan terlibat dengan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan alam semulajadi. Dani pula lebih berminat dengan bidang muzik dan bercita-cita untuk merakamkan album pada suatu hari nanti. Dia asyik dengan kegiatan mencipta lagu. Mukhlis lebih cenderung kepada bidang keagamaan. Dia langsung tidak memikirkan tentang kerja sebaliknya memikirkan tentang ibadat dan dakwah. Manakala Amera lebih berminta dan berbangga dengan kerjayanya sebagai seorang guru. Keadaan ini membuatkan Datuk Dolhi risau dengan perniagaannya yang dikongsi dengan Albert Lee. Dia tidak ada pengganti yang akanmenyebabkan perniagaannya akan terlepas ke tangan orang lain. Datuk Dolhi tidak mempunyai cara lain selain daripada mengharapkan Wahi, anaknya dengan isteri pertama untuk mewarisi perniagaannya.
PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis dalam novel ini ialah persoalan kerjaya yang menjadi pilihan seseorang berdasarkan minat dan peluang pada masa depan dalam kerjaya berkenaan. Datuk Dolhi sendiri berminat dengan dunia perniagaan sehingga perniagaannya berdiri kukuh dan melabur dalam bidang pembalakan di Sarawak . Hasnol lebih suka bekerja dengan sektor awam sebagai pegawai tadbir diplomatik. Dia tidak suka kepada tekanan masa dan tekanan kerja. Dani lebih berminat dengan kerjaya sebagai penyanyi. Dia mencari peluang untuk menjadi popular dan merakam album pada suatu hari nanti. Manakala Amera pula lebih berminat dengan kerjaya sebagai pendidik. Dia berbangga apabila menerima anugerah pendidik terbaik seluruh negeri.
Persoalan lain yang penting dalam novel ini ialah persoalanpengaruh dalam bidang perniagaan. Dalam novel ini, Datuk Dolhi dan Albert Lee berkongsi niaga dan saling memerlukan. Mereka merancang agar hubungan mereka lebih kukuh dan hubungan itu akan mempengaruhi perniagaan mereka. Mereka merancang untuk mendekatkan lagi hubungan mereka menjadi hubungan keluarga. Mereka ingin menjodohkan anak mereka iaitu Hasnol dengan Ealin. Apabila Hasnol memilih Linda, anak seorang diplomat, mereka menaruh harapan kepada Amera pula. Amera dirancang akan dijodohkan dengan Robert Lee. Malah Robert Lee sanggup memeluk agama Islam untuk memperkukuhkan pengaruh keluarga mereka dalam syarikat berkenaan. Namun Amera memilih seorang timbalan menteri menyebabkan usaha Albert Lee tidak kesampaian.
Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalanmasalah sosial dalam kalangan muda-mudi iaitu masalah menagihan dadah dalam kalangan artis. Dani yang berminat dengan muzik dan bercita-cita untuk merakam album sendiri suatu hari nanti. Namun dia telah terjebak dengan najis dadah. Pada malam persembahan kumpulannya di sebuah pekan anjuran belia di tempat tersebut. Dani tidak dapat naik ke pentas kepada ketagihan dadah. Dia meninggalkan tempat itu untuk mencari pembekal dadah. Persembahan tanpa penyanyi utama tela menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat. Dani telah ditangap polis. Apabial berita penangkapannya tersiar, lagu-lagunya digam oleh RTM.
Persoalan lain yang tidak kurang pentingnya dalam novel Renyah adalah persoalan ibadat dan dakwah tanpa ilmu agama yang mencukupi. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak Mukhlis. Sejak dari awal dia tidak berminat dengan kerja apatah lagi bidang perniagaan ayahnya. Dia menganggap perniagaan penuh dengan riba. Mukhlis telah mengikut kumpulan dakwah untuk berdakwah. Kumpulan dakwah itu bergerak hingga ke luar negara. Namun Mukhlis tidak ada asas agama yang cukup. Dia hanya terpengaruh dengan kawan-kawannya hingga menyebabkan dia berkahwin dengan bekas isteri gurunya. Dia hidup dalam keadaan daif. Isterinya kembali kepada bekas suaminya menyebabkan Mukhlis tertekan dan mengalami gangguan emosi.
Pengarang juga mengungkapkan persoalan rasuah dalam bidang perkhidmatan akibat daripada amalan gaya hidup mewah. Persoalan ini digambarkan melalui watak Hasnol. Walaupun dia hanya bekerja dalam sektor awam sebagai pegawai tadbir diplomatik, namun dia menjalani hidup dengan gaya mewah. Dia menjadi ahli kelab golf dengan bayaranyang tinggi. Yuran kelab tidak tertanggung olehnya menyebabkan dia cuba mendapatkan wang daripada bapanya Datuk Dolhi. Isterinya pula mendesak untuk pergi melancong ke luar negara. Perkenalannya dengan Tengku Munir yang menawarkan rasuah telah menyebabkan Hasnol terperangkap. Dia akan mendapat habuan sekiranya tander diluluskan kepada Tangku Munir. Dengan wang itu dia mahu membawa isteri dan anaknya ke Eropah. Hasnol akhirnya ditangkap.
Menyentuh tentang budaya kerja, pengarang turut mengungkapkan persoalan budaya kerja masyarakat Jepun dalam bidang mengurusan. Datuk Dolhi mahu Wahi belajar banyak perkara tentang budaya kerja dan kemahiran yang ada dalam masyarakat Jepun. Mereka mempunyai Sistem Kendali Mutu dalam bidang mengurusan. Pekedai mereka sentiasa melayan dengan mulut yang sentiasa manis dan tidak lekang dengan ucapan selamat datang dan terima kasih. Pembungkusan mereka bikan saja baik malah cantik dan menarik hasil daripada pengalaman mereka sendiri. Datuk Dolhi juga tertarik dengan pelaksanaan Kawalan Mutu Menyeluruh yang dipraktikkan di Jepun. Ia akan diterapkan di dalam pengurusna syarikat Dolhi-Albert Holding.
******** 2
WATAK DAN PERWATAKAN
A) DATUK DOLHI
Datuk Dolhi berusia 60-an. Suami kepada Datin Tominah. Hasil daripada perkahwinan itu, Datuk Dolhi mendapat lima orang anak iaitu Hasnol, Mukhlis, Ilham, Dani dan Amera. Dia juga pernah berkahwin dengan Mastura. Wahi adalah hasil daripada perkahwinan tersebut. Namun perkahwinan tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Datin Tominah. Datuk Dolhi menguruskanperniagaan kongsi bersama dengan Albert Lee iaitu Dolhi-Albert Holding.
Dari segi perwatakan, Datuk Dolhi digambarkan sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya. Dia cuba untuk memastikan anak-anaknya bekerja dengan syarikat miliknya agar mendapat pendapatan yang lebih baik. Walaupun dia tidak suka dengan kegiatan Mukhlis, dia tetap kasihan dan mencari Mukhlis di perkampungan jemaah Mukhlis setelah mendapat berita bahawa Mukhlis hidup dalam keadaan amat daif. Hasnol telah ditangkap kerana rasuah manakala Dani telah ditangkap kerana menagih dadah. Datuk Dolhi telah menjamin kedua-dua anaknya daripada tahanan.
Datuk Dolhi juga amat mengambil berat tentang perniagaan. Diacuba mengembangkan lagi perniagaannya ke luar negara. Dia cuba menambah baik pengurusan perniagaannya dengan menghantar Wahi ke Jepun dengan harapan Wahi dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman orang Jepun dalam bidang pengurusan perniagaan. Dia juga merasakan bahawa dia sudah tua. Dia mahu anak-anaknya mewarisi perniagaannya. Namun tiada seorang pun anak-anaknya yang menunjukkan minat dalam bidang perniagaan selain daripada Wahi. Oleh sebabitu dia melantik Wahi untuk menggantikannya penguruskan syarikat.
Pengarang juga menggambarkan Datuk Dolhi sebagai seorang yang tegas. Semasa Mukhlis bersama dua orangr rakan datang untuk meminjam wang daripadanya, Datuk Dolhi tetap berkeras tidak memberikan wang itu kepada Mukhlis. Dia yakin apa yang dilakukan oleh Mukhlis adalah salah. Demikian juga dengan layanannya terhadap Hasnol. Hasnol juga berjumpa dengannya untuk meminjam wang sebanyak sepuluh ribu ringgit. Datuk Dolhi tidak mahu memberikan wang tersebut. Dia tetap memegang amanah bahawa wang tersebut adalah milik syarikat. Datuk Dolhi juga membiarkan sahaja Ilham dengan agendanya menentang pembalakan di Sarawak . Dia tidak memanggil Ilham balik walaupun diminta oleh Albert Lee.
Dalam menghadapi kenyataan, datuk Dolhi digambarkan sebagai seorang yang sanggup menangung risiko. Tidak seorang pun daripada anaknya dapat diharapkan untuk mewarisi perniagaannya melainkan Wahi. Keadaan ini menyebabkan dia terpaksa mengumumkan Wahi adalah anaknya. Dia sanggup menerima segala risiko daripada keluarganya demi kelangsungan perniagaannya. Hasnol dan dani tidak puas hati dan menganggap Datuk Dolhi membelakangkan anak-anak. Datin Tominah mengambil sikap berkonfrantasi dengan tidak mempenudikan makan dan pakai Datuk Dolhi. Namun keadaan itu hanya berlaku selama beberapa minggu sahaja. Keadaanmenjadi reda dan Datin Tominah menerima Wahi dengan dada terbuka.
B) DATIN TOMINAH
Datim Tominah adalah isteri pertama kepada Datuk Dolhi. Hasil perkahwinannya dengan Datuk Dolhi, dia mendapat lima orang anak. Dari segi perwatakan, Datin Tominah digambarkan sebagai seorang yang suka bersosial. Semasa ketiadaan Datuk Dolhi, dia menghubungi kawan-kawan datin yang lain untuk bertanya khabar dan membincangkan tentang kebajikan mereka. Datin Tominah juga berjumpa dengan mereka dan mencadangkan penubuhan kelab datin. Dia juga mengajak Datul Dolhi pergi ke pertunjukan fesyen dan bercadang untuk membuka butik bersama beberapa orang datin lain.
Selain daripada itu, dia juga seorang yang sensitif. Dia rasa tersinggung dengan sikap Hasnol yang meniggalkan rumah dengan perasaan marah apabila Datuk Dolhi tidak mahu memberikan wang kepadanya. Sekali lagi dia tersinggung dengan sikap Hasnol apabila Hasnol menghampaskan gagang telefon apabila dia tidak dapat memberikan wang yang diminta oleh Hasnol melalui telefon. Datin Tominah juga sedih dengan sikap Ilham yang terlibat dengan tunjuk perasaan menentang pembalakan. Datin Tominah menitiskan air mata apabila mengetahui keadaan sebenar yang terpaksa ditanggung oleh Mukhlis semasa Mukhlis pulang ke rumah.
C) HASNOL
Hasnol adalah anak pertama Datuk Dolhi dengan Datin Tominah. Dia bekerja sebagai pegawai tadbir diplomatik. Suami kepada Linda, anak kepada seorang diplomat. Dari segi perwatakan, Hasnol digambarkan sebagai seorang yang keras hati. Dia menolak permintaan ayahnya Datuk Dolhi supaya dia berhenti kerja dan mencebur diri dalam bidang perniagaan. Dia memberikan pelbagai alasan seperti masalah pencen, masa bekerja dan juga cabaran dalam bidang perniagaan. Dia menganggap bahawa kerja dalam sektor awam sebagai pegawai tadbir diplomatik adalah yang terbaik baginya. Dia juga menolak cadangan itu semasa dipujuk pleh ibunya Datin Tominah.
Hasnol juga digambarkan sebagai seorang pemarah. Ketika dia pulang ke rumah bertemu dengan ayahnya Datuk Dolhi untuk meminjam wang, dia marah apabila Datuk Dolhi tidak mahu memberikan wang yang diminta. Dia terus keluar dari rumah itu dengan perasaan marah. Dai juga telah menghubungi ibunya Datin Tominah untuk meminjam wang. Namun Datin Tominah tidak mempunyai wang untuk dipinjamkan kepadanya. Marah dengan keputusan ibunya, Hasnol telah menghempaskan gagang telefon menyebabkan Datin Tominah tersinggung.
Pengarang juga menggambarkan perwatakan Hasnol sebagai seorang yang suka kepada gaya hidup mewah. Dia menjadi ahli kelab golf dengan bayaran beribu ringgit. Perbelanjaan itu tidak mampu ditanggung olehnya dengan gaji sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik. Dia juga mempunyai sebuah kereta mewah. Diacuba meminjam wang daripada bapanya. Selain daripada itu kehidupannya dipengaruhi oleh isterinya Linda yang suka melancong. Untuk memenuhi tuntutan itu, dia terpaksa mendapatkan sumber kewangan yang lain. Kehadiran Tengku Munir menjadi titik tolak penglibatannya dengan rasuah melalui tander yang dimohon oleh Tangku Munir.
******* 3
PLOT
Secara umumnya plot novel Renyah merupakan plot yang mudah kerana ia mengikut kronologi. Setiap peristiwa bergerk mengikut urutan masa dari bab ke bab. Perkembangan perintiwa itu memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula dari peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian. Peringkat permulaan plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Datuk Dolhi. Dia resahmemikirkan tentang sikap anak-anaknya yang tidak berminat langsung dengan bidang perniagaan. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya, bidang perniagaanlah yang dapat memberikan kemewahan hidup. Anak-anaknya tidak mengikut jejak langkahnya dan tidak akan mewarisi perniagaannya. Pengarang memperkanalkan pula watak Datin Tominah iaitu isteri Datul Dolhi. Mereka sama-sama berbincang tentanganak-anak mereka. Datin Tominah lebih terbuka dan tidak menghalang anak-anak mereka memilih jalan sendiri.
Hasnol lebih berminat dengan kerja makan gaji dengan kerajaan sebagai pegawai tadbir diplomatik. Dia memberi alasan bahawa dia tidak mahu bekerja di bawah tekanan masa dan tekanan kerja. Dia lebih suka bekerja mengikut waktu pejabat. Ilham pula lebih berminat dengan bidang seni sastera dan kerja-kerja amal. Dia suka menulis sajak dan terlibat dengan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan alam semulajadi. Dani pula lebih berminat dengan bidang muzik dan bercita-cita untuk merakamkan album pada suatu hari nanti. Mukhlis lebih cenderung kepada bidang keagamaan. Dia langsung tidak memikirkan tentang kerja sebaliknya memikirkan tentang ibadat dan dakwah. Manakala Amera lebih berminta dan berbangga dengan kerjayanya sebagai seorang guru.
Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara Datuk Dolhi dengan anak-anaknya. Hasnol datang untuk meminjam wang daripada Datuk Dolhi sebanyak sepuluh ribu runggit. Datuk Dolhi tidak dapat memerikan wang iu kerana wang yang ada adalah milik syarikat. Keadaan itu menyebabkan Hasnol merajuk. Selepas itu Datuk Dolhi mengalami konflik dengan Mukhlis. Mukhlis yang mengatakan bidang perniagaan penuh dengan riba menyebabkan Datuk Dolhi semakin marah. Apabila Mukhlis datang ke pejabatnya untuk meminjam wang, Datuk Dolhi tidak memberikan wang tersebut. Sekali lagi Mukhlis dan rakannya datang ke rumah untuk mendapatkan pembiayaan Mukhlis berdakwah di luar negara. Sekali lagi Datuk Dolhi enggan memberikan wang yang diminta.
Ilham pula telah mencabul pembantu rumah dan melarikan diri. Dia berada di Sarawak dan terlibat dengan tunjuk perasaan menentang aktiviti pembalakan. Dia bersama beberapa orang Barat menghasut penduduk peribumi di sana mengadakan tunjuk perasaan tersebut. Sekali lagi Datuk Dolhi tertekan kerana syarikatnya mempunyai saham dalam syarikat pembalakan di sana . Albert Lee pergi ke Sarawak dan mengesahkan Ilham berada di situ. Albert Lee meminta Datuk Dolhi memanggil Ilham pulang. Namun Datuk Dolhi tidak mengambil apa-apa tindakan. Apabila pihak berkuasan bertindak, Ilham telah melarikan diri ke luar negara bersama orang Barat. Datin Tominah amat risau dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham.
Fikiran Datuk Dolhi bertambah kusut apabila mendapat tahu Mukhlis telah berkahwin tanpa pengetahuannya. Mukhlis berkahwin dengan bekas isteri gurunya yang telah mempunyai dua orang anak. Tidak lama kemudian barulah Mukhlis sedar tentang kesilapannya dan dia telah mengadu kepada ibunya Datin Tominah. Datuk Dolhi tidak mahu menolong. Kekusutan fikiran itu m enyebabkan Datuk Dolhi merasakan bahawa dia perlu berehat. Dia telah pergi ke Jepun dan bertemu dengan Wahi. Dalam pada itu Hasnol telah bertemu dengan Tengku Munir yang menawarkan rasuah sekiranya tander Tengku Munir diluluskan kesemuanya. Tengku Munir memberikan wang pendahuluan kepada Hasnol. Hasnol merasakan itulah peluangnya untuk hidup mewah. Dia telah merancang untuk membawa isteri dan anaknya bercuti ke Eropah.
Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Amera bertemu jodoh dengan timbalan menteri iaitu YB Wahab. Majlis perkahwinan telah diadakan di rumah Datuk Dolhi. Ustaz Hashim memberitahu Datuk Dolhi tentang keadaan Mukhlis yang sangat menyedihkan. Fikiran Mukhlis terganggu. Isterinya telah kembali kepada bekas suaminya. Mereka pergi ke Kampung Sungai Bakau untuk bertemu dengan Mukhlis. Mukhlis tiada dan berita diterima menyatakan Mukhlis telah tidak siuman. Dia dkatakan cuba menyerang gurunya. Hasnol pula tidak dapat meluluskan kesemua tander yang diminta oleh Tengku Munir. Kegagalan itu menyebabkan Tengku Munir marah. Dia pergi ke pejabat Menteri Besar dan membuat laporan bahawa Hasnol meminta wang satu juta ringgit daripadanya untuk meluluskan tander. Laporan itu tersiar dalam akhbar menyebabkan Datuk Dolhi semakin tertekan. Hasnol telah melarikan diri ke luar negara. Manakala Dani yang terlibat dengan najis dadah semakin parah. Dia tidak dapat menyertai pertunjukan pentas yang dianjurkan oleh belia di sebuah pekan. Dia ketagihan dadah menyebabkan dia meninggalkan persembahan dan mencari pembekal dadah. Semasa itu dia telah ditangkap polis.
Peringkat penyelesaian atau anti klimaks sebenarnya bermula dari Jepun semasa datuk Dolhi bercuti di sana dan bertemu dengan Wahi. Satu-satu nya cara yang telah dipilih oleh Datuk Dolhi untuk menyelesaikan kekusutannya dalam bidang perniagaan ialah dengan melantik Wahi sebagai penggantinya. Dia bertekad untuk menjelaskan kedudukan sebenar kepada keluarganya. Datuk Dolhi berasa tenang setelah membuat keputusan tersebut. Setelah pulang dia menjelaskan hal tersebut kepada Datin Tonimah dan anak-anaknya. Walaupun menerima tentangan tetapi dia tetap bersabar. Akhirnya Datin Tominah telah menerima Wahi dengan hati yang terbuka. Albert Lee terkejut dan marah dengan perlantikan itu. Dia bercadang untuk menarik diri daripada syarikat itu.
Hasnol yang sedang bersembunyi di luar Negara telah pulang menyerah diri kepada pihak berkuasa. Setibanya di lapangan terbang dia telah ditahan. Pasportnya telah dirampas. Datuk Dolhi telah menjamin Hasnol dan Dani. Wahi pulang dari Jepun bersama isterinya dan disambut oleh Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani dengan senang hati. Mukhlis yang dirawat semakin sembuh. Datuk Dolhi akan menghantar MUkhlis ke pusat rawatan mental atas nasihat daripada doktor. Manakala Dani akan dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah kesnya selesai. Datuk Dolhi akan mengumumkan persaraannya dalam bidang perniagaan dan tempatnya akan diambil alih oleh Wahi.
******* 4
LATAR
A) LATAR TEMPAT
Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama di sekitar negeri Selangor. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat di rumah Datuk Dolhi. Penggunaan latar tempat ini bermula seawal bab pertama. Datuk Dolhi termenung memikirkan karenah anak-anaknya. Kemudian dia ditegur oleh isterinya Datin Tominah. Mereka berbincang tentang anak-anak mereka. Antara peristiwa lain ialah kedatangan Hasnol pada suatu pagi untuk meminjam wang daripada ayahnya Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak dapat memberikan wang yang diinginkan menyebabkan Hasnol berlalu meinggalkan mereka. Di rumah itu juga Dani dan Ilham berbincang tentang penciptaan lagu. Ilham mencadangkan Dani supaya menggunakan sajaknya sebagai lirik lagu. Mukhlis pulang bertemu dengan Datin Tominah dan meluahkan perasaannya yang hidup dalam keadaan daif. Datin Tominah menasihatkannya bersabar. Majlis perkahwinan Amera dilakukan di rumah tersebut. Datuk Dolhi menceritakan hal sebenar tentang Wahi kepada keluarganya.
Beberapa petistiwa juga berlaku di pejabat Dolhi-Albert Holdingiaitu pejabat datuk Dolhi bekerja. Datuk Dolhi menerima kedatangan Raj Hussein daripada Ramaco Consultant dan mereka berbincang tentang nama vila yang sedang diusahakan. Di situ juga Datuk Dilhi membuat persediaan untuk menyampaikan ceramah motivasi keusahawanan kepada golongan belia. Mukhlis telah datang ke pejabat Datuk Dolhi untuk meminta atau meminjam wang daripada datuk Dolhi. Datuk Dolhi menegur Mukhlis tentang penampilan Mukhlis yang kelihatan tidak terurus. Datuk Dilhi mahu Mukhlis meninggalkan kegiatannya berdakwah dan bekerja di syarikat itu. Mukhlis tetap dengan pendiriannya untuk berdakwah dan menganggap perniagaan sekarang tidak sama seperti perniagaan pada zaman nabi. Mukhlis meninggalkan pejabat Datuk Dolhi setelah gagal mendapatkan wang yang diinginkan.
Peristiwa penting yang lain berlaku di Jepun. Datuk Dolhi pergi bercuti dan berehat di sana apabila menghadapi banyak karenah anak-anaknya. Dia ingin menenangkan fikirannya yang kacau. Disana dia bertemu dengan Wahi. Datuk Dolhi bersiar-siar dengan Wahi. Dia juga teringatkan kenangannya bersama Mastura, isteri yang dikahwininya selepas berkahwin dengan Datin Tominah. Hasil daripada perkahwinan itu dia mendapat seorang anak iaitu Wahi. Di Jepun juga Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa Wahi adalah anak kandungnya. Wahi telah mengetahu perkara tersebut melalui neneknya. Wahi juga telah memilih seorang wanita Jepun untuk dijadikan isterinya. Semasa di Lapangan Terbang Narita Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia akan menyerahkan Dolhi-Albert Holding kepada Wahi.
Pengarang juga menggambarkan latar perkampungan jemaah dakwah di Kampung Sungai Bakau. Kampung itu menjadi pusat kegiatan dakwah yang songsang. Mukhlis telah berkahwin dengan bekas isteri kepada gurunya dan tinggal di perkampungan tersebut. Mukhlis hidup dalam kesempitan dan terpaksa menyara dua orang anak tirinya. Mukhlis rasa tertipu dengan perkahwinan tersebut. Dia bekerja di kilang mi dengan bayaran sebanyak lima ringgit sehari. Tidak lama kemudian isterinya kembali kepada bekas suaminya menyebabkan Mukhlis mengalami tekanan perasaan. Dia menjadi tidak siuman dan cuba menyerang gurunya. Datuk Dolhi datang ke perkampungan tersebut bersama Ustaz Hashim untuk mencari Mukhlis. Datuk Dolhi melihat keadaan rumah Mukhlis yang menyedihkan. Mukhlis telah tiada di rumah itu.
B) LATAR MASA
Tidak banyak yang digambarkan oleh pengarang dari segi zaman. Pembaca dapat gambaran bahawa peristiwa dalam novel ini berlaku pada tahun 1990-an iaitu semasa Tun Dr.Mahathir masih menjadi Perdana Menteri. Pengarang menggambarkan Datuk Dolhi menggunakan ucapan PM yang bertarikh 10 Januari 1992 sebagai rujukan untuk menyampaikan ceraman motivasi keusahawanannya kepada golongan belia.
Dari segi latar waktu, pengarang pengarang banyak menggunakan latar waktu pagi. Banyak peristiwa penting dalam novel ini berlaku pada waktu pagi. Antaranya ialah peristiwa Albert Lee datang menjemput Datuk Dolhi di rumahnya untuk pergi berjoging di Bukit Serakah. Di sana Albert Lee bertanyakan tentang anak-anak Datk Dolhi. Wahi menghubungi Datuk Dolhi melalui telefon juga pada waktu pagi. Dia memberitahu tantang kualiti kerja dan produk orang-orang Jepun kepada Datuk Dolhi terutamanya tentang kawalan mutu. Datuk Dolhi berpesan kepada Wahi agar menimba sebanyak mungkin pelajaran dan pengalaman semasa berada di Jepun. Hasnol datang ke rumah Datul Dolhi pada waktu pagi untuk meminjam wang. Dia perlukan wang untuk menjelaskan yuran kelab golf. Pembantu rumah Datuk Dolhi memohon untuk berhenti kerja pada waktu pagi. Datin Tominah mendapat tahu kemudiannya bahawa Ilham telah mencabul pembantu rumah tersebut. Datuk Dolhi membuat keputusan untuk berehat dan bercuti di Jepun pada waktu pagi. Dia ingin menenangkan fikirannya yang kusut. Datuk Dolhi tiba di Jepun pada pukul 6.15 pagi dan disambut oleh Wahi. Keluarga albert Lee berbincang pada waktu pagi tentang hubungan Robert Lee dengan Amera. Mereka juga berbincang tentang cara untuk memperkukuhkan pengaruh keluarga mereka dalam Dolhi-Albert Holding. Rombongan wakil timbalan menteri datang ke rumah Datuk Dolhi pada waktu pagi. Mereka membawa cincin Tanya kepada Amera. Tengku Munir dan pegawainya datang ke pejabat menteri besar pada waktu pagi untuk membuat laporan bahawa Hasnol meminta wang satu juta ringgit daripadanya untuk meluluskan dia belas tandernya.
Beberapa peristiwa penting juga digambarkan berlaku padawaktu malam. Antara peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah peristiwa Datuk Dolhi menemani Datin Tominah pergi ke pertunjukan fesyen busana Islam. Datuk Dolhi berasa bosan dengan suasana di majlis tersebut. Datuk Dolhi berlepas ke Jepun pada waktu malam iaitu pada pukul 10.45 malam dari Lapangan Terbang antarabangsa Subang. Hasnol dan Tengku Munir berjanji dan bertemu di Hotel Teratai Inn pada waktu malam. Tengku Munir menawarkan ganjaran kepada Hasnol supaya Hasnol meluluskan dua belas tandernya. Robert Lee cuba menghubungi Amera pada waktu malam. Namun Amera bersikap dingin. Datuk Dolhi menjelaskan kedudukan Wahi kepada keluarganya pada waktu malam. Penjelasan itu menyebabkan keluarga itu gembar. Datin Tominah menangis kerana rasa tertipu. Dani juga ditangkap oleh polis pada waktu malam. Dia tidak muncul di atas pental semasa persembahan kumpulannya. Sebaliknya dia pergi mendapatkan pembekal dadah kerana dia ketagihan.
C) LATAR MASYARAKAT
Secara umumnya pengarang novel ini menggambarkan kehidupanmasyarakat Melayu melalui keluarga Datuk Dolhi. Selain daripada keluarga Datuk Dolhi, terdapat beberapa watak lain yang terdiri daripada orang Melayu seperti Ustaz Hashim, Tengku Munir dan timbalam menteri iaitu YB Wahab. Selain daripada masyarakat Melayu, pengarang juga menggambarkan watak daripadamasyarakat Cina melalui keluarga Albert Lee. Dia merupakan rakan kongsi Datuk Dolhi dalam perniagaan.
Dari segi kemasyarakatan, pengarang menggambarkanmasyarakat korporat yang diwakili oleh Datuk Dolhi sendiri sebagai watak utama dan Albert Lee sebagai rakan kongsi Datuk Dolhi. Mereka melaksanakan projek pembangunan seperti vila dan juga melabur dalam bidang pembalakan di Sarawak . Melalui dialog Datuk Dolhi yang ditujukan kepada anak-anaknya menggambarkan bahawa bidang korporat atau bidang perniagaan membawa keuntungan yang lumayan berbanding dengan bidang lain terutamanya sektor awam. Datuk Dolhi memujuk Hasnol agar bekerja dengan syarikatnya jka ingin hidup mewah dengan pendapatan tinggi.
Keluarga Datuk Dolhi juga merupakan gambaran masyarakat yang mengalami masalah kecelaruan dalam keluarga akibat daripada ahli keluarga yang tidak sefahaman. Bermula daripada Datuk Dolhi sendiri yang lebih cenderung dalam bidang perniagaan tidak mendapat sokongan daripada anak-anak. Malah anak-anaknya lebih suka memilih kerjaya sendiri berdasarkan minat dan keslesaan. Hasnol Lebih selesa dengan jawatan sebagai pegawai tadbir diplomatik dalam sentor awam. Dani lebih bangga sebagai penyanyi rock. Amera lebih bangga menjadi pendidik dan mempunyai peluang untuk berjaya serta menjadi guru cemerlang. Manakala Mukhlis pula tidak berminat langsung untuk mempunyai kerjaya yang boleh menjamin kehidupannya. Semua karenah mereka membuatkan fikiran Datuk Dolhi bercelaru.
Watak Mukhlis dalam novel ini menggambarkan masyarakat yangterlibat dengan dakwah songsang. Mereka mengikut jemaah tanpa menyelidik latar belakang jemaah dan fahaman mereka. Lebihmalang lagi mereka berdakwah tanpa ilmu pengetahuan agala yang mencukupi. Mereka terpegrahun dengan guru mereka yang berselindung di sebalik kegiatan agama dan dakwah untuk kepentingan peribadi. Guru mereka hidup mewah manakala pengikut termasuk Mukhlis hidup dalam keadaan yang daif. Mereka disogokkan dengan fahaman yang songsang. Mereka hanya menentingkan dakwah tanpa memikirkan soal kehidupan dunia. Mukhlis tidak mahu bekerja dengan ayahnya Datuk Dolhi kerana berpendapat bidang perniagaan penuh dengan riba.
Pengarang juga menyentuh tentang gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Watak Dani menggambarkan masyarakat remaja yangterlibat dengan masalah penagihan dadah. Secara tidak langsung ia dikaitkan dengan dunia hiburan iaitu kumpulan rock yang banyak terdedah dengan masalah menagihan dadah. Dani telah lupa diri dan berubah dari segi perwatakan seterusnya terlibat denganpenagihan dadah. Pada melam persembahan kumpulannya, dia tidak muncul di pentas kepada ketagihan. Dia telah pergi mencari pembekal dadah untuk mendapatkan bekalan dadah tersebut. Dia telah ditangkap polis dan berita penangkapannya telah tersiar dalam akhbar. Lagu kumpulannya telah digam oleh RTM.
Watak Hasnol pula menggambarkan masyarakat hidup dengan cara mewah dan mengamalkan rasuah. Hasnol yang hanya bekerja sebagai pegawai tadbir diplomatik hidup dengan cara mewah. Dia memiliki sebuah kereta mewah dan menjadi ahli kelab golf dengan yuran yang mahal. Akhirnya gaji yang diperolehi tidak dapat menampung perbelanjaannya. Dia juga telah aberkahwin dengan Linda, anak seorang diplomat. Linda tidak suka Hasnol berherti kerja dan bekerja dalam bidang perniagaan. Dia juga suka melancong dan telah mendesak Hasnol untuk membawa mereka ke Eropah. Akibat daripada terdesak, Hasnol telah menerima tawaran Tengku Munir untuk mendapatkan wang. Hasnol menerima rasuah untuk meluluskan dua belas tender Tengku Munir. Hasnol akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa.
******** 5
TEKNIK
A) TEKNIK PLOT
Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara teknik plot yang dapat dikesan dalam novel ini ialah teknik imbas kembali. Teknik ini mula digunakan oleh pengarang seawal bab pertama apabila Datuk Dolhi terkenangkan dirinya ketika Hasnol baru dilahirkan. Pada masa itu dia juga merupakan seorang pegawai kerajaan dan dia berdoa agar Hasnol juga akan menjadi pewagai tadbir dab diplimatik seterusnya jadi KSU atau apa juga jawatan yang tinggi-tinggi dalam kerajaan. Datuk Dolhi juga imbas kembali perkahwinan Hasnol dengan Linda yang menyebabkan Hasnol berubah kea rah kebaratan. Semasa di Jepun Datuk Dolhi imbas kembali kenangannya bersama isteri keduanya Mastura. Dia mengenali dan mencinta Mastura sebelum berkahwin dengan Datin Tominah. Mastura telah melahirkan Wahid an meninggal dunia. Wahi dibesarkan oleh neneknya.
Selain daripada teknik imbas kembali, pengarang juga menggunakan sedikit teknik imbas muka. Pada halaman 27, semasa Datuk Dolhi dihubungi oleh Wahi, dia meramalkan bahawa Wahi akan seorang pengurus yang baik dalam masa beberapa tahun akan datang. Ramalan itu adalah berdasarkan sikap Wahi yang rajin bekerja dan menimba pengalaman dan pengetahuan baru yang diamalkan oleh orangorang Jepun. Pada halaman 187 pula, isteri Hasnol iaitu Linda cuba membayangkan percutian mereka di Paris , England dan Los Angeles . Linda akan menunjukkan sekolahnya dahulu kepada anaknya Boy dan Joy. Selepas memberitahu rahsianya berkahwin dengan Mastura dan keadaan Wahi dalam keluarga, hubungan Datuk Dolhi dengan isterinya menjadi renggang. Namun Datuk Dolhi menjangkakan keadaan itu hanya hanya untuk beberapa minggu sahaja.
Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Kejutan dirasai oleh Datin Tominah dan pembaca apabila orang gaji mereka, Inem hendak berhenti kerja. Beberapa minggu kemudian Inem mengirim surat dan memberitahu Ilham telah masuk ke biliknya beberapa kali. Kejutan juga dirasai oleh Datuk Dolhi dan Datin Tominah apabila dia menerima berita Mukhlis telah berkahwin. Bukan sahaja perkahwinan itu tanpa restu mereka malah perkahwinan tersebut berlangsung tanpa pengetahuan Datuk Dolhi dan Datin Tominah. Hasnol dan Datuk Dolhi juga mengalami kejutan apabila berita tentang Hasnol meminta rasuah telah tersiar dalam akhbar. Berita yang dibacanya dalam akhbar pada pagi itu adalah berita tentang Hasnol.
Satu lagi teknik plot yang digunakan oleh pengarang ialah teknik suspens. Pembaca berasa suspens tentang dua belas tender Tengku Munir yang terpasa diusahakan oleh Hasnol agar diluluskan oleh lembaga tender. Pembaca berasa suspens sama ada Hasnol dapat memenuhi permintaan Tengku Munir atau akan berhadapan dengan tindakan Tengku Munir apabila gagal. Pembaca dan Datuk Mukhlis juga berasa suspens apabila Mukhlis tiada ada di rumahnya apabila Datuk Dolhi pergi ke situ. Berita yang disampaikan oleh seorang pemuda menyatakan Mukhlis mengalami tekanan perasaan dan cuba menyerang gurunya. Apa yang dibimbangkan ialah Mukhlis dikatakan membawa sebilah pedang bersamanya.
B) TEKNIK PENCERITAAN
Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan teknik penceritaan yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya pada permulaan bab pertama lagi pengarang menceritakan keadaan fikiran Datuk Dolhi yang bingung memikirkan anak-anak yang tidak mempunyai cita rasa yang sama dengan dirinya dalam soal kerjaya. Pada bab 13 pengarang menggunakan banyak teknik pemerian untuk mengimbas kembali hubungan Datul Dolhi dengan Mastura, isteri kedua Datuk Dolhi. Pengarang membuat pemerian tentang beberapa perkara penting yang berlaku dalam hubungan antara Datuk Dolhi dengan Mastura. Pengarang juga menggunakan teknik pemerian sahaja untuk menceritakan tentang peristiwa risikan daripada timbalan menteri yang datang ke rumah Datuk Dolhi membawa cincin tanya daripada YB Wahab.
Banyak teknik dialog yang digunakan oleh pengarang dalam proses penceritaan dalam novel ini. Dialog antara Hasnol dengan Datuk Dolhi mebolehkan pembaca menganalisis watak dan perkawatan Hasnol. Daripada dialog itu pembaca dapat tahu bahawa Hasnol lebih suka bekrja sebagai pegawai tadbir diplomatik kerana masa kerja tetap dan bebanan kerja yang tidak seberapa. Pengarang juga menggunakan dialog untuk menggambarkan perwakatan Mukhlis. Daripada dialognya dengan Datuk Dolhi tergambar dengan jelas bahawa Mukhlis telah terpengaruh dengan jemaah songsangnya apabila dia mengatakan b ahawa perniagaan pada zaman ini penuh dengan riba. Selain daripada itu dia mengatakan bahawa perniagaan pada zaman ini tidak sama dengan pernigaan pada zaman nabi. Begitu juga dengan dialog antara Datuk Dolhi dengan Wahi. Daripada dialog Wahi pembaca mendapat tahu sejarah hidup Wahi dan tentang hubungannya dengan Datuk Dolhi. Hal itu telah diberitahu oleh neneknya sejak sekian lama.
Dalam novel ini juga pengarang menggunakan sedikit teknik monolog dalaman. Antaranya ialah pada halaman 32. Apabila Datuk Dolhi mengenangkan orang Melayu yang ketinggalan, Datuk Dolhi berdoa dalam hatinya supaya Allah menyelamatkan orang Melayu di atas muka bumi ini. Pada halaman 62 pula Datuk Dolhi bermonolog dalam dirinya tentang Amera sekiranya Amera masuk ke dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi tidak yakin kerana Amera kurang tegas. Dia tidak yakin Amera dapat berhadapan dengan pesaing yang berpengalaman dan membuat keputusan yang tepat. Datuk Dolhi juga bermonolog dalam dirinya tentang Mukhlis setelah mendapat tahu Mukhlis telah berkahwin. Dia menyesali sikap Mukhlis yang mengambil mudah soal kahwin dan tidak berfikiran intelek sedangkan Mukhlis pernah belajar di menara gading.
******* 6
PENGAJARAN
Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam novel ialah seseorang ibu paba tidak sepatutnya menentukan dan memaksa anak-anak untuk memilih kerjaya tertentu. Sebagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Dolhi, walaupun dia mahu anak-anaknya bekerja dan mewarisi perniagaannya, dia tidak memaksa anak-anaknya untuk bekerja dengannya. Dia hanya menasihat manakala anak-anaknya tidak berminat dengan dunia perniagaan. Dia tidak memaksa Hasnol atau Amera berhenti kerja dan bekerja dengannya. Dia tidak memaksa Mukhlis, Dani atau Ilham bkerja dengannya.
Kita juga hendaklah mengutamakan barangan dan bahasa tempatan iaitu Bahasa Malaysia . Datuk Dolhi tidak menggunakan kereta import sebagai kereta rasminya. Sebaliknya dia hanya mengunakan kereta limosin tempatan. Manakala dari segi penggunaan bahasa, Datuk Dolhi dan Raj Hussein berbincang untuk menukar nama Vila yang mereka bangunkan. Nama Rosana Lia Villa yang dicadangkan sebelum ini telah ditegur oleh menteri yang mengatakan nama tersebut agak kebaratan. Oleh sebab itu mereka telah memilih dan mencadangkan nama yang lain termasuklah Lazuardi Villa, Vila Paksima dan nama lain yang akan dicadangkan.
Kita janganlah mengamalkan rasuah dalam pengurusan untuk menikmati kemewahan hidup. Hasnol yang hanya bekerja sebagai pegawai tadbir diplomatik mengamalkan cara hidup kebaratan yang mewah. Dia menjadi ahli kelab golf dengan bayaran yuran yang tinggi. Isterinya Linda pula tidak suka melancong dan tidak suka Hasnol bekerja dengan Datuk Dolhi. Perbelanjaan yang besar menyebabkan gaji Hasnol tidak mencukupi. Akibatnya dia menerima rasuah daripada Tengku Munir dengan syarat dia perlu meluluskan dua belas tender Tengku Munir. Dia terpaksa melarikan diri ke luar negara setelah pihak berkuasa mengetahuinya. Peristiwa itu telah mencemarkan nama baik Datuk Dolhi. Dia akhirnya ditangkap.
Kita janganlah terpengaruh dengan dakwah yang songsangkerana mereka hanya mahu memenuhi kepentingan peribadi. Hal ini telah terjadi kepada Mukhlis. Dia telah terpengaruh dengan jemaahnya yang berselindung di sebalik penyebaran agama Islam dan dakwah. Dia tidak lagi memikirkan soal kerjaya dan kehidupan di dunia sebaliknya hanya memikirkan akhrat. Akibatnya dia tidak mahu bekerja sedangkan kegiatan untuk berdakwah perlu perbelanjaan sendiri. Mukhlis rasa tertipu setelah berkahwin dengan bekas isteri gurunya dan mula merasai bebanan hidup. Dia mulai sedar akan kebenaran kata-kata dan nasihat ayahnya Datuk Dolhi.
Kita juga hendaklah menyayangi dan memelihara alamsemulajadi dan alam sekitar dengan baik. Sikap ini ditunjukkan oleh Ilham yang selari dengan minatnya dalam bidang seni. Ilham selalu memikirkan soal alam sekitar dan penindasan kaum Penan di Sarawak dan cuba meluahkan fikiran dan perasaannya dalam sajak-sajak yang ditulis. Dia juga bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan yang berusaha menentang kemusnahan alam termasuk aktiviti pembalakan. Dia telah menyertai tunjuk perasaan menentang pembalakan di Sarawak bersama beberapa orang Barat. Dia kemudiannya diburu oleh pihak berkuasa dan melarikan diri ke luar negara.
Kita janganlah terlalu mementingkan kehidupan akhiratsehingga melupakan urusan dan kepentingan di dunia. Pengajaran ini juga boleh diperhatikan melalui watak Mukhlis. Akibat terpengaruh dengan fahaman kumpulannya, dia hanya mahu berdakwah dan mengejar akhirat semata-mata. Dia tidak mahu bekerja walaupun telah dinasihatkan oleh ayahnya Datuk Dolhi. Malah dia telah menganggap dan mengatakan bahawa perniagaan yang dilaksanakan oleh ayahnya Datuk Dolhi semata-mata untuk kepentingan dunia dan penuh dengan riba. Mukhlis hanya menyedari akan kepentingan bekerja hanya setalah dia berkahwin dan terpaksa menyara isteri dan dua orang anak tirinya.
Setiap ibu bapa hendaklah memantau dan mengambil tahu akan perkembangan dan kegiatan anak-anak mereka. Sikap ini adalah untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang. Datuk Doilhi pernah menegur rambut Dani yang panjang dan pakaian Dani yang tidak terurus. Datuk Dolhi tahu akan perkembangan diri Dani yang berkawan dengan budak-budak penagih. Dia menasihati Dani agar mengurangkan bergaul dengan kawan-kawan seperti itu. Malah dia pernah memberi amaran kepada Dani bahawa dia tidak mahu menjamin jikalau Dani ditahan dan dipenjarakan.
Seseorang remaja janganlah terlibat dengan najis dadah kerana ia boleh merosakkan masa depan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Dani. Walaupun telah dinasihatkan oleh ayahnya Datuk Dolhi agar dia membataskan pergaulan dengan budak-budak menagih, namun dia tidak mengendahkan nasihat tersebut. Akibatnya dia telah terpengaruh dan telah menagih dadah. Dani bukan sahaja tidak dapat menyanyi pada malam persembahan kumpulannya malah dia telah ditangkap polis. Pada masa tersebut kumpulannya telah merakamkan album. Ekoran daripada itu lagu-lagu kumpulannya telah digam oleh RTM.
****** 7
NILAI
Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang kepada ibu bapa dan juga kasih sayang kepada isteri. Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayangkan anak-anak mereka. Datin Tominah menangis mengenangkan Mukhlis yang hidup daif terutamanya setelah berkahwin. Datuk Dokhi menjamin Hasnol dan Dani setelah mereka ditangkap oleh pihak berkuasa. Hasnol pula terlalu sayangkan isterinya Linda sehingga dia cuba memenuhi segala permintaan Linda. Kerana desakan Linda dia terjebak dengan rasuah untuk mendapatkan wang untuk perbelanjaan melancong ke luar negara.
Pada watak Datuk Dolhi terdapat nilai ketegasan. Semasa Hasnol datang untuk meminjam daripadanya, dia telah menegaskan bahawa dia tidak dapat memberikan wang kepada Hasnol kerana wang yang ada adalah wang syarikat. Semasa Mukhlis datang ke pejabatnya, Datuk Dolhi tegas mempertahankan pendiriannya bahawa perniagaan yang dilakukannya adalah betul dan mengikut syariat nabi. Mukhlis bersama dua orang kawannya datang ke rumah Datuk Dolhi untuk memujuk Datuk Dolhi agar menaja perbelanjaan Mukhlis untuk berdakwah ke luar Negara. Namun dia juga bertegas tidak mahu memberikan wang kepada Mukhlis.
Watak Datuk Dolhi juga menggambarkan nilai tanggungjawabsebagai seorang bapa. Datuk Dolhi telah memberi pelajaran yang cukup kepada anak-anaknya termasuklah Hasnol. Malah sejak dari Hasnol kecil lagi Datuk Dolhi berdoa agar Hasnol menjadi seorang pegawai tinggi dalam kerajaan. Demikian juga dengan Mukhlis. Dia pernah belajar hingga ke menara gading dan bergelar siswazah. Dia juga mahukan anak-anaknya hidup senang dengan memujuk mereka supaya mencebur diri dalam bidang perniagaan dan bekerja dengannya. Dia juga turut menjamin Hasnol dan Dani selepas mereka berdua ditangkap oleh pihak berkuasa.
Nilai kegigihan turut digambarkan oleh pengarang. Nilai ini ditunjukkan oleh Wahi yangsedang berada di Jepun. Dia gigih menuntut ilmu dan menimba pengalaman di sana dalam bidang pengurusan kualiti. Dia banyak memberi cadangan kepada Datuk Dolhi tentang kawalan mutu produk. Kegigihannya menyebabkan Datuk Dolhi ingin menyerahkan pergurusan syarikat kepadanya. Kegigihan juga dapat diperhatikan melalui watak Amera. Dia gigih mendidik muridnya sehingga dia mendapat anugerah sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang peringkat negeri.
Nilai kerjasama dalam novel ini dapat diperhatikan oleh pembaca melalui watak Datuk Dolhi dan watak Albert Lee. Mereka bekerjasama dalam menubuhkan dan mengusahakan syarikat yang diberi nama Dolhi-Albert Holding. Syarikat itu berkembang hingga ke luar negara. Mereka juga saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka juga merancang untuk memperteguhkan lagi syarikat dengan cara merapatkan hubungan antara mereka. Mereka merancang untuk mengahwinkan anak-anak mekeka. Hasnol mahu dijodohkan dengan Elain manakala Amera hendak dijodohkan dengan Robert Lee. Namun Hasnol dan Amera akhirnya memilih jodoh mereka sendiri.
Nilai jati diri dibambarkan dengan jelas oleh pengarang melalui beberapa watak dalam novel termasuk watak Datuk Dolhi sendiri. Datuk Dolhi tidak mahu menggunakan kenderaan import malah dia lebih suka menggunakan limosin tempatan sebagai kenderaannya. Selain daripada itu dia tidak suka dengan perubahan sikapo Hasnol yang hidup dengan gaya kebaratan setelah berkahwin dengan Linda. Raj Hussein berbincang untuk menukar nama vila yang mereka bangunkan. Nama yang dicadangkan mendapat teguran daripada menteri kerana agak kebaratan. Mereka telah mencadangkan nama lain yang mempunyai unsur kemelayuan.