Khamis, 17 November 2011

SELAMAT BERCUTI

guSelamat bercuti kepada semua rakan-rakan guru. Semoga cuti akan memberikan seribu makna dalam kehidupan seharian kalian. Semoga kalian selamat di perjalanan.

kepada guru bertukar dari SMK Ringlet
Pucuk pauh delima batu
Anak Sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh berpisah tentu
Hilang dimata di hati jangan

Anak sembilang di tapak tangan
Tangan tersengat sakit terasa
Hilang di mata di hati jangan
Suka dan duka kenangan bersama

Tangan tersengat sakit terasa
Di balut oleh nak dara jelita
Suka dan duka kenangan bersama
kekal di hati buat selama.

terima kasih si daun keladi
patah tumbuh hilang berganti
biarkan kenangan bersama dihati
sebagai ingatan diakhir nanti.


selamat bercuti.