Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Hari ini dan esok merupakan hari-hari terakhir persekolahan 2011. Kini tamatlah satu sesi persekolahan yang memaparkan suka duka kehidupan seorang pelajar dan kehidupan seorang guru. Suka duka ini memberikan makna dalam kehidupan seseorang. bagi pelajar tamatnya sesi persekolahan bermakna meningkatlah usia pelajar itu. Semakin membesarlah ianya. Semakin matang jiwanya.berakhirlah cerita-cerita hidup disesi persekolahan 2011. Mulalah mencorak era baru untuk sesi persekolahan 2012. Fuhh!!! itulah namanya perubahan.Lupakan cerita pelajar-pelajar kita.....
Ni...cerita cikgu dan cikgi kita......berdoalah...bermunajatlah...almaklumlah permohonan pertukaran sudah pun dimaklumkan....Ada yang merasa gembira dam ada yang dukacita. Cita-cita dan impian untuk kembali ke kampung asal bermula sesi awal 2011 tidak kesampaian.Merayulah, merintihlah....tetapi itulah hakikatnya kerana kadangkala kita lupa akan rezekinya Tuhan. Tuhan masih menentukan rezeki kita ada ditempat kita bertugas. Bersyukurlah kerana kita ada kerjaya yang hebat. Bersyukurlah ada hikmat atas semua keputusan yang telah ditentukan. Dulu-dulu masa kita mohon kerjaya yang memberikan manfaat kepada orang lain ini pernah kita menyatakan aku tidak kisah bertugas dimana-mana asalkan aku dapat perkerjaan ini. Umpama seperti janji kita yang kita lafazkan tanpa disedari. Ironinya kita nak kerja ini. Kita nak jawatan ini tanpa ada bangkangan. dari diri kita. Dan kini kita terimalah seadanya dan hakikatnya. Kerana rezeki kita masih ada disini. Bertugaslah dengan hati yang tulus duci...sesuci hati sewaktu memohon perjawatan ini.
bagirakan-rakan guru yang sudah ada dikampung sendiri. Rasa bangganya. Rasa sukanya. Kadangkala kalaulah ada tangan-tangan yang hebat yang menggugat kedudukan kini , Fuhh !!! pastinya berlaku bergolak dalam diri dan menyalahkan orang itu dan ini. Ada orang dengki. Ada orang iri. Tapi tahniah yang boleh menerima hakikat ini kerana itulah sesuatu yang hakiki. Kerana kekadang semakin lama kita ditempat kita, semakin merosot kualiti atau diri sendiri semakin ' Burn Out' tanpa disedari.Mungkin ironinya keselesaan kita sudah tergugat kinakerana perlu ke tempat yang baru. Tapi hakikatnya fahamilah konsep rezeki. kerana Tuhan Maha Mengetahui.