Ahad, 5 Februari 2012

SINOPSIS : BUKAN DUNIA KU

BAB 1: MENCARI SESUAP NASI

Halim bekerja sebagai pencuci kereta. Dia tekun mencuci kereta para pelanggannya.Setiap hari dia perlu melakukan tugas itu. Setelah selesai mencuci kereta, Halim tersangkal dipangkal pokok untuk melepaskan penat. Seorang lelaki berjeket hitam dan bertubuh gempal datang menghampiri Halim. Halim menyerahkan semua wang hasil kerjanya kepada lelaki itu. Halim memanggil lelaki itu Abang Joe.
Abang Joe pemeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta. Abang Joe banyak menpunyai kawan yang sanggup memerhatikan remaja-remaja ini bekerja. Kawan-kawan Abang Joe akan memukul dan mencederakan mereka yang ingkar atau mencuba melarikan diri daripada melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh Abang Joe. Halim juga pernah dipukul dan diseksa kerana mencuba melarikan diri suatu ketika dahulu.
Halim berjalan ke gerai yang berhampiran untuk membeli makanan. Kemudian, Halim kembali ke pokok itu semula. Halim makan perlahan-lahan. Dalam pada itu, dia termenung mengenangkan nasibnya. Halim dicengkam rasa kesal kerana bertindak terburu-buru. Oleh sebab terlalu mengikut kata hati,akhirnya Halim menjadi hamba kepada seorang lelaki yang tidak berhati perut.

LATIHAN BAB 1: MENCARI SESUAP NASI

1. Halim bekerja sebagai ____________________.

2. Halim menyerahkan semua hasil pendapatannya kepada ______________________.

3. Abang Joe _________________________ yang tidak berumah atau yang lari dari rumah.

4. Abang Joe ___________________ mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan _______________________.

5. Abang Joe mempunyai kawan kawan yang sanggup memukul dan mencederakan mereka yang ___________________ melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh Abang Joe.

6. Halim juga pernah ______________ dan_____________kerana mencuba melarikan diri suatu ketika dahulu.

7. Oleh sebab terlalu mengikut kata hati,akhirnya Halim menjadi _____________kepada seorang lelaki yang ______________________



BAB 2: DIGANGGU RINDU
Selepas meletakkan beberapa bungkus makanan di atas meja, Abang Joe keluar dari pondok itu. Halim tahu bahawaAbang Joe keluar untuk mengedarkan dadah. Perkara itu terbongkar apabila seorang rakanya yang diperdayakan oleh Abang Joe membuka cerita. Menurutnya, Abang Joe merupakan pengedar dadah yang utama yang membekalkan dadah kepada penagih-penagih di sekitar Kuala Lumpur. Namun begitu, Abang Joe tidak pernah sekalipun ditangkap kerana dia begitu pandai menjalankan kerjanya.
Halim mengambil bungkusan makanan yang ditinggalkan oleh Abang Joe. Dia berikan bungkusan makanan itu kepada rakan-rakannya. Selepas tenaga mereka diperas pada waktu siang, di pondok usang itulah Halim dan rakan-rakannya menghabiskan masa pada waktu malam. Tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan keluar dari pondok itu tanpa kebenaran Abang Joe. Halim berbaring. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Mungkin perasaan rindu dan bersalah membuatkan dia bermimpi begitu. Saleh meminta Halim menceritakan peristiwa yang berlaku sehingga dia terperangkap di pondok itu. Halim terdiam. Dia bimbang kalau-kalau ceritanya nanti membuatkan Saleh berasa tidak selesa denganya. Saleh dapat membaca kegelisahan Halim. Saleh pun memutuskan untuk menceritakan kisahnya dahulu. Saleh berasal dari keluarga yang susah. Ayahnya penoreh getah dan ibunya pula suri rumah. Saleh mengingati segala peristiwa yang berlaku sehingga dia terperangkap dalam genggaman Abang Joe.

LATIHAN BAB 2: DIGANGGU RINDU

1. Selepas meletakkan beberapa bungkus makanan di atas meja, Abang Joe keluar dari ___________________ itu.

2. Halim tahu bahawa Abang Joe keluar untuk ______________________.

3. Abang Joe merupakan __________________ yang membekalkan dadah kepada penagih-penagih di sekitar Kuala Lumpur.

4. Abang Joe tidak pernah sekalipun _________________ kerana dia begitu pandai menjalankan kerjanya.

5. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan __________________.

6. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ___________ amat marah atas tindakan Halim _______________.

7. Halim _____________yang menyebabkan Saleh mengejutkan Halim.

8. Saleh meminta Halim menceritakan ________________ yang berlaku sehingga dia terperangkap di pondok itu.

9. Saleh berasal dari keluarga ______________.

10. Ayahnya Salleh adalah seorang ____________ dan ibunya pula suri rumah.

BAB 3: BERKORBAN APA SAHAJA

Ayah Saleh memberitahu Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh lagi. Saleh rela berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin menberi peluang kepada adik-adiknya belajar.
Saleh meminta izin daripada ayahnya untuk pergi ke Bandar. Dia mahu mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.Pada mulanya, ayah Saleh tidak membenarkan Saleh ke bandar kerana bimbang sesuatu yang buruk akan menimpa Saleh. Namun begitu, setelah Saleh memberitahu ayahnya bahawa dia akan mencari kawannya, Abu maka ayahnya bersetuju melepaskan Saleh.
Setelah tiba di Kuala Lumpur, Saleh menunggu bas untuk Shah Alam. Ketika itulah Saleh didatangi oleh Abang Joe. Abang Joe bersungguh-sungguh ingin membantu Saleh. Abang Joe berjaya memujuk Saleh supaya tinggal bersama-sama denganya. Saleh membatalkan niatnya untuk mencari Abu kerana termakan pujukan Abang Joe yang menawar pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya.
Akhirnya, Saleh sedar bahawa dia telah diperangkap oleh Abang Joe. Saleh dipukul dan diugut ketika mencuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib menimpa Saleh.

LATIHAN BAB 3: BERKORBAN APA SAHAJA

1. Saleh rela berhenti sekolah kerana tidak __________________________serta ingin memberi peluang kepada adik-adiknya ____________.

2. Saleh meminta izin bapanya untuk mencari kerja di____________________.

3. Abang Joe berjaya memujuk Saleh ___________________ supaya tinggal dengannya.

4. Saleh membatalkan niatnya untuk mencari _______________ kerana termakan pujukan Abang Joe yang menawar pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya.
5. Saleh ______________________________ ketika mencuba melarikan diri.

6. Halim ______________________akan nasib menimpa Saleh.


BAB 4: PERKENALAN

Halim Termenung di bawah pokok sambil menunggu kedatangan pelanggan. Ketika Halim asyik melayan perasaan, kelihatan sebuah kereta membelok masuk ke kawasan itu. Seorang lelaki keluar dari kereta itu. Halim segera mengambil peralatan mencuci kereta. Lelaki itu meminta Halim mencuci keretanya bersih-bersih. Halim mengangguk-angguk sambil melakukan kerjanya.
Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Halim. Lelaki itu bernama Fariz.Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Faris,remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus-terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu,Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.
Fariz mempelawa Halim makan di gerai yang berhampiran setelah dia habis mencuci kereta itu nanti.Halim berasa serba salah sama ada hendak menerima atau menolak pelawa Fariz. Dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya.

LATIHAN BAB 4: PERKENALAN

1. Halim termenung di bawah ________ sambil menunggu kedatangan pelanggan.

2. Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada ___________ dan meminta Halim mencuci keretanya sebersih-bersihnya.

3. ___________bertanyakan latar belakang Halim.

4. Faris memaklumkan bahawa Halim sepatutnya masih _______________

5. Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan ______________________.

6. Halim berbohong kepada Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu _____________________________.
7. Halim berasa _______________________sama ada hendak menerima atau menolak pelawaan Faris makan di gerai.

BAB 5: BERKONGSI CERITA

Faris berusaha mengajak Halim makan di gerai dan sedikit curiga dengan ketakutan Halim. Halim tidak mampu menolak. Dalam pertemuan singkat, Halim merasakan Fariz seorang lelaki yang baik.Namun, dia masih takut untuk berterus-terang. Sebelum beredar, Fariz menyerahkan duit tambahan kepada Halim sebagai tanda terima kasih. Menjelang petang, van membawa mereka pulang ke pondok. Halim terkejut apabila Abang Joe ingin berjumpanya. Dia mengasyaki mungkin Abang Joe mengetahui pertemuannya dengan Fariz. Saleh bimbang apabila Halim berjumpa Abang Joe di luar pondok.
Rupa-rupanya Abang Joe hanya inginkan duit hasil kerja Halim kerana Abang Joe tidak datang mengutip wang daripada Halim pada hari itu. Abang Joe percaya pada kerja Halim dan terus menyimpan duit itu dalam poketnya. Namun, Abang Joe mengingatkan Halim agar tidak menyusahkannya. Halim masuk semula ke pondok dan Saleh berasa lega apabila Halim tidak diapa-apakan. Mereka bersama berharap agar dapat dibebaskan dan berdoa agar sentiasa sihat. Saleh memujuk Halim mencerita kisahnya. Halim memberitahu dia anak orang berada. Ibu bapanya ahli perniagaan dan dia merupakan anak tunggal.

LATIHAN BAB 5: BERKONGSI CERITA

1. Halim merasakan Fariz seorang lelaki _______________.

2. Halim masih takut untuk _____________ dengan Faris.

3. Fariz menyerahkan duit tambahan kepada Halim sebagai _________________.

4. Halim terkejut apabila ______________.

5. Dia mengesyaki mungkin Abang Joe mengetahui _______________________.

6. Saleh bimbang apabila Halim berjumpa__________________________.
7. Rupa-rupanya Abang Joe hanya inginkan ____________hasil kerja Halim .

8. Halim memberitahu dia __________________.

9. Ibu bapanya ahli _____________.

10.Halim merupakan __________________.




BAB 6: MENGIKUT KATA HATI

Halim terus mengimbas kembali kisah hidupnya. Sejak akhir-akhir ini, ayah dan ibu Halim sibuk bekerja. Halim mengurung diri di dalam biliknya. Dia berasa hampa kerana ayah dan ibunya masih tidak pulang lagi sedangkan hari itu merupakan hari jadinya yang kelima belas.
Apabila ayah dan ibunya pulang, Halim bertanyakan sama ada mereka ingat akan hari jadinya. Ternyata kedua-dua orang tua Halim terlupa akan hari jadinya. Mereka meminta maaf dan berjanji akan membelikan Halim hadiah esok. Perkara ini benar-benar mengecewakan Halim. Dengan berbekalkan sedikit wang simpanan, Halim lari dari rumah. Dia menaiki bas untuk sampai ke ibu kota.
Setelah tiba di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun oleh beberapa orang lelaki ketika melalui sebuah lorong. Halim telah diselamatkan oleh Abang Joe dan dibawa pulang ke rumahnya. Abang Joe melayan Halim dengan baik. Namun begitu, Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.

Latihan :

1. Halim mengimbas kembali kisah hidupnya ketika bersama dengan _________ dan _______

2. Ibu dan ayah Halim terlupa tentang ________________

3. Halim melarikan diri ke ibukota kerana ______________

4. Halim menaiki ________ ke ibukota.

5. Sampai di ibukota Halim hampir kena ________________

6, Halim telah di selamatkan oleh ______________





BAB 7: MENERIMA PELAWAAN

Halim menjalan tugasnya seperti biasa pada hari itu. Sebuah kereta masuk dan muncul Fariz. Halim terkejut dan setelah bertanya khabar, Halim dimaklumkan Fariz bercuti. Halim mula mengesyaki Fariz konco Abang Joe apabila memberitahu dia bercuti sehingga urusan selesai. Namun, Fariz meyakinkan Halim bahawa dia orang jahat. Fariz masih bertanya tentang Halim kerana kelihatan Halim menyembunyikan sesuatu. Fariz membeli makanan di gerai setelah Halim menolak pelawaannya untuk makan bersama-sama di gerai. Fariz menunggunya di bawah pokok.
Sedang Halim ingin menjamah makanan, Abang Joe menyergahnya. Abang Joe memarahinya kerana tidak menjalankan tugasnya. Fariz yang terkejut akan kekasaran Abang Joe cuba menenangkannya dengan berkata keretanya sedang dicuci oleh Halim agar Abang Joe tidak memarahi Halim. Abang Joe memberi amaran agar Halim tidak terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Abang Joe bimbang rahsianya terbongkar. Setelah Abang Joe beredar, Fariz mula menyoal Halim. Halim menyatakan bosnya memang garang namun masih enggan berterus terang. Fariz tidak memaksa Halim berterus-terang namun dia sakit hati melihat Halim diperlakukan begitu. Halim meminta maaf daripada Fariz dan Fariz menyatakan akan memberi hadiah kepada Halim pada hari esok.Halim tidak sabar menunggu hari esok.

LATIHAN BAB 7.

1. Halim mencuci kereta______________

2. Ketika sedang makan, Halim disergah dan dimarahi oleh ____________

3. Faris membela Halim apabila melihat tindakan _____________

4. Abang Joe memberikan amaran kepada Halim agar tidak terpedaya dengan__________

5.Abang Joe bimbang rahsianya akan ______________

6. Faris akan memberikan hadiah kepada Halim ________________


BAB 8: DIBELASAH ABANG JOE

Setibanya dipondok kediaman, Abang Joe menyuruh semua remaja di dalam van itu turun. Semua kawan Halim turun dari van tersebut kecuali Saleh. Walaupun dimarahi oleh Abang Joe namun Saleh tetap enggan berganjak.
Halim dan Saleh dibawa ke sebuah pondok usang yang lain. Pondok itu dijadikan gudang menyimpan dadah dan ganja. Saleh dibelasah dengan teruk oleh konco-konco Abang Joe ketika dia cuba menghalang Abang Joe daripada mencekik leher Halim. Abang Joe mengugut akan membunuh Halim jika dia masih berhubung dengan orang luar. Konco-konco Abang Joe turut membelasah Halim sehingga dia jatuh pengsan.
Apabila tersedar, Halim mendapati dia sudah berada di pondok tempat tinggalnya. Dia dikelilingi oleh rakan-rakan yang lain. Halim bertanya tentang Saleh kepada mereka. Ternyata Saleh juga berada disitu. Halim bangun lalu memeluk Saleh. Beberapa orang rakan yang lain mengubati luka pada badan Halim Dan Saleh.

Latihan Bab 8:

1. Halim dan Saleh telah di belasah oleh ___________________

2. Mereka dibawa ke pondok yang usang lain yang menyimpan ______________

3. Abang mengugut akan membunuh Halim bila berhubungan dengan orang ________


BAB 9: BERLAKU KEKECOHAN

Pagi itu, Halim menjalankan tugasnya seperti biasa. Kebiasaannya jam sembilan pagi baru ramai pelanggannya. Dia teringat akan Fariz yang mahu menemuinya hari ini untuk memberi hadiah. Halim risau akan ugutan Abang Joe. Mungkin dia perlu berterus terang. Tiba-tiba,beberapa buah motorsikal memasuki kawasan itu. Mereka merayau-rayau dikawasan itu dan akhirnya meninggalkan motosikal mereka dikawasan itu. Mereka hilang begitu sahaja. Halim hairan pelanggannya tiada pada hari itu.
Tiba-tiba, dia melihat kekecohan berlaku. Dua orang konco Abang Joe dikejar oleh lima orang lelaki yang bermotosikal tadi dan berjaya ditangkap. Halim mengesyaki mereka polis. Apabila ditanya, Halim menyatakan mengenali penjenayah itu. Tiba-tiba kelihatan dua buah kereta tiba.Fariz keluar dari kereta itu. Halim terkejut melihat semua anggota lain memberi tabik hormat kepada Fariz. Halim semakin keliru. Fariz memegang bahu Halim.

Latihan bab 9 :

1. Halim melihat ______ buah motosikal di tinggalkan dikawasannya.

2. Halim melihat _____________orang konco Abang Joe di tangkap polis.

3. Halim terkejut apabila semua anggota polis memberi tabik kepada______________




BAB 10: BEBAS DARIPADA PERANGKAP

Fariz menerangkan kepada Halim identitinya yang sebenar. Dia bukan kerani tetapi pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Fariz memberitahu telah lama dia mengintip Johari atau Abang Joe dan memaklumkan Abang Joe telah ditangkap pagi tadi. Abang Joe merupakan penjenayah yang paling dikehendaki. Halim lega kerana dia akan kembali ke pangkuan keluarganya. Dia mula bertanya tentang rakan-rakannya yang lain. Fariz memaklumkan kesemua mereka berada di balai polis akan diserahkan kepada keluarga masing-masing termasuk Halim. Halim bersetuju menjadi saksi kepada semua jenayah Abang Joe. Sebelum dibawa berjumpa ibu bapanya, Halim diminta menunjukkan tempat simpanan dadah Abang Joe. Halim bersetuju menujukkan tempatnya kerana disitu dia dibawa semalam.
Abang Joe dan konconya menerima hukuman setimpal. Halim kembali kepada keluarganya. Dia menyambung kembali pelajarannya dan tidak lagi mengikut perasaan. Saleh gembira menerima sepucuk surat daripada Halim. Ayah Halim bersetuju membantu Saleh untuk menyambung semula pelajaranya. Mereka sedar dunia mereka bukan disitu dan harus menggunakan akal setiap kali membuat keputusan.


Latihan :

1. Faris merupakan anggota polis dari ______________

2.Halim bersetuju untuk menjadi __________________

3. Halim menunjukkan tempat simpanan ________________

4.Halim kembali kepada _________________

5, Halim tidak mahu lagi mengikut ___________________