BAHASA MELAYU TINGKATAN 1, 2012
Kemahiran
|
Mendengar & Bertutur
|
|
Band
|
2
|
|
Penyataan Standard
|
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis
|
|
Deskriptor
|
B2 DL1
Mendengar
dan memahami sesuatu perkara
|
|
Evidens
|
B2 DL1 E1
Menceritakan perkara yang didengar.
|
|
Aktiviti Pentaksiran
|
1.
Murid mendengar rakaman syair..
2.
Murid menjelaskan maksud syair
3.
Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
oleh guru.
|
|
Contoh Item
|
Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah.
( Komsas : Kasut Kelopak Jantung MS11)
Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.
Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.
Katanya wahai cahaya mataku,
Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.
Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.
Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka di manakan kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.
|
Kerana harta tiada berguna,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.
Budi dan bahasa janganlah lupa,
Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa.
Kerana adat orang berbeza,
Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalamnya dada.
|
|
Soalan:
1. Siapakah
yang terbaring nazak?
Jawapan : seorang saudagar
2. Apakah yang dilakukan oleh Ayahanda Siti
Zawiyah ?
jawapan : menangis, mencium kepala anaknya, memanggil
dan
menasihati anaknya.
3.
Bagaimanakah cara terbaik agar seorang anak
dapat menunaikan wasiat keluarganya?
Jawapan : Memiliki ilmu yang tinggi
4.
Cahaya mata bermaksud?
Jawapan : Anak
5.
Nyatakan nilai-nilai yang terdapat di dalam syair di atas?
jawapan : Kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab |