Isnin, 28 Oktober 2013

PROGRAM IBESTARINET YES...UNTUK PEMBELAJARAN

For the first time, high-speed 4G mobile Internet and a Virtual Learning Environment (VLE) will be made available in all schools nationwide.

For the first time, every child in Malaysia will have access to world-standard learning tools.

An excellent education should be the right of every child. Now it can be.

Transforming Education
Every individual should have access to quality education and the technology that is rapidly shaping today’s world. This is why we are making connectivity and a world-class, Internet-enabled learning solution available to all schools nationwide.
Integrated Learning Solution
The Malaysian Ministry of Education is partnering with YTL Communicationsto deliver high-speed wireless 4G Internet together with the proven Frog Virtual Learning Environment to all Malaysian schools.
All 10,000 Schools Nationwide
Our integrated solution will be rolled out to every state school in Malaysia, which means we’ll be coming to your school soon. Find out when we’re reaching your school.
Equipping The Future Generation
In line with the Malaysian government’s objectives of growing human capital and increasing the rate of Internet penetration, 1BestariNet leverages on technology to drive improvements in education and equip students with the skills that are needed in today’s world.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Hikayat Khoja Maimun Tingkatan 4

Prosa Tradisional
(Hikayat Khoja Maimun)
Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik
bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung
Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat
ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat
keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja
Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.
Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah.
Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika
itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi
Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung
melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan
hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung
sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha
melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.
Bab 2: Cetera Pertama
Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri
saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah
membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan
menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri
saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati
Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan
kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan
menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar
suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat
Sinopsispersembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat.
Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas
dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke
pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang
membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali.
Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah
siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun
Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.
Bab 3: Cetera Kedua
Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang
dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang
menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif
telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya
murka.
Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan.
Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif
inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus
membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun
dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.
Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia
dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab
menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan
bercerita lagi.
Bab 4 : Cetera Ketiga
Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala
tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu
memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya. Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya.
Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya
berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain.
Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia
setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai
kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan
kain itu akan luntur
Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim
kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu
menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji
kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal.
Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun
turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi.
Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.
Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian
apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi
Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.
Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.
Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang
isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang.
1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.
Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpurapura tidur.
Tema
Persoalan

Peperiksaan Akhir Tahun 2013 ( Kertas Bahasa Melayu Tingkatan 4)

Perhatian kepada semua pengikut Blog BM Cikgu Rahman Cameron dari SMK Kampung Raja.

Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 4 Kertas 1 (karangan Respon Terbuka dan Rangsangan Gambar)
akan berlangsung pada 17 Oktober 2013. Kedua -dua bahagian mestilah dijawab. buat banyak latihan mengarang khususnya rencana atau berikan pendapat.

Bahasa melayu kertas 2 pada 10.10.2013 iaitu Rumusan, komponen sastera,kemahiran berbahasa dan novel perlulah di berikan perhatian. Kajian novel Renyah perlulah dibaca keseluruhan dan sinopsisnya.  buat kajian tentang perwatakan, nilai, pengajaran agar lebih memahami dengan lebih mendalam.

Selamat menjawab soalan. semoga berjaya.

Rabu, 2 Oktober 2013

PERIBAHASA MELAYU TINGKATAN 4

PERIBAHASA TINGKATAN 4



TEMA : KEMASYARAKATAN



1. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat

2. Tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan atau orang harapan

3. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi

Maksud : Dua orang yang sama darjatnya dalam adat

4. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : Segala yang dikehendaki sudah diperoleh



TEMA : KEKELUARGAAN

1. Darah Daging

Maksud : Anak atau saudara-nara daripada keturunan sendiri

2. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi

TEMA : KEMANUSIAAN

1. Meninggi diri

Maksud : sombong

2. Bermuka dua

Maksud : Tidak jujur

3. Baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang

4. Murah hati

Maksud : Pemurah

5. Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain



TEMA : KEGIGIHAN

1. Bara yang digenggam perlu jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang suikar hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan



TEMA : EMOSI

1. Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Hati yang sangat pedih

2. Tangan kosong

Maksud : Hampa



TEMA : MENGHARGAI WARISAN BANGSA

1. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas

Maksud : Adat atau sesuatu yang tidak berubah tetapi tetap utuh.



TEMA : TOLONG-MENOLONG

1. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Maksud : Mengalami susah senang bersama-sama.



TEMA : PENDIDIKAN

1. Terang hati

Maksud : Lekas pandai



Selasa, 1 Oktober 2013

Cerpen :Memori Seorang Tua

Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)



Sinopsis

Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.





Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.



Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.



Tema

Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.

Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.





Persoalan

1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.

Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.



2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.

Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri.



3. Persoalan jati diri yang teguh.

Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.





Plot

Binaan Plot



(i) Permulaan



Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam.





(ii) Perkembangan

Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.





(iii) Klimaks

Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.





(iv) Peleraian

Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.





Teknik Penceritaan

1. Pemerian

Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-rampai

sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi…



2. Dialog

“Dah kaujemput budak-budak suratkhabar?” tanya Pak Itam.

“Sudah!” jawab Tuk Mat.



3. Imbas Kembali

Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah.



4. Monolog dalaman

Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya.





Watak dan Perwatakan

Watak Utama



Pak Itam



1. Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.

2. Berumur 85 tahun.

3. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.

4. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.

5. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya.

6. Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya.

7. Seorang yang taat akan perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan.

8. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu dengannya di rumah.





Watak Sampingan

Tuk Mat



1. Bekas anggota polis.

2. Jiran Pak Itam.

3. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.

4. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.

5. Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.





Siti Nurhidayah

1. Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.

2. Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.

3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.



Latar

Latar Masa

1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam.

2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat.

3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan.





Latar Tempat

1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan .

2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas.

3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi.

4. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ.



Latar Masyarakat

1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.

Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.



2. Masyarakat penulis dan wartawan.

Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena.



3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama.

Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.



Gaya Bahasa

1. Simile - …kian mengecil seperti sebiji debu

2. Peribahasa - seperti enau di belukar

3. Metafora -tangisan ketakwaan

4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You

5. Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan…



Nilai

1. Nilai pengorbanan.

Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara.



2. Nilai cinta akan negara.

Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.



3. Nilai bekerjasama.



Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.





Pengajaran

1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.

2. Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.

3. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari.

4. Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah.



Rabu, 25 September 2013

KOMSAS Tingkatan 4 : Adat sezaman

Adat Sezaman

MAKSUD
Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnyayang melampaui batasan agama.

TEMA
Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.

PERSOALAN
1
Adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu
2
Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu.
3
Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan.
4
Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.


BENTUK
1
Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.
2
Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal.
3
Terdiri daripada 4 – 13 suku kata.
4
Sajak berbentuk bebas.


NADA
Melankolik.

GAYA BAHASA
1
Pemilihan kata atau diksinya indah.

Contoh : warak si teruna jadi ikatan
2
Aliterasi :pengulangan konsonan l

Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris 4)
3
Asonansi :pengulangan vokal a

Contoh : sama cantik sama padan
4
Metafora

Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16)
5
Anafora

Contoh : terlalu indah apabila dipandang (rangkap 1, baris 3)
Terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1, baris 4)
6
Inversi

Contoh : adat sezaman ditinggal jauh (rangkap 1, baris 4)
Adat agama dipandang remeh (rangkap 1, baris 21)

NILAI
1
ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.
2
ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama.
3
Jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.

PENGAJARAN
1
Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup.
2
Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran.
3
Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas.

SOALAN

Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Adat Sezaman.

Mengapakah golongan muda perlu memelihara adat mengikut ajaran agama?

JAWAPAN
1
Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Adat Sezaman ialah persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya, persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda serta persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda yang menyanjung budaya kuning.
2
Golongan muda perlu memelihara adat mengikut ajaran agama untuk menghindarkan mereka daripada terjebak dengan budaya kuning yang mengagungkan pergaulan bebas.

Rabu, 11 September 2013

Seloka Emak Si Randang

Puisi Tradisional
(Seloka Emak Si Randang)
Maksud
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan
untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabishabisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu.
Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu
pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan
padi yang ditanamnya tidak menjadi.
Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
Persoalan
1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
Bentuk
1. Terdiri daripada satu rangkap.
2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.
 Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
 Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
 Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
 Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.

Peribahasa SPM

12 APRIL 2013

Peribahasa Maksud Sama


Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. 

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

Kesamarataan Wanita ( perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. Tugasan Pendidikan Moral.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN II - KEBEBASAN ABADI


Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.

(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang--
(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli sesuatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu;
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.
____________________________________________
CATATAN:
Per. 8:
Lihat Per. 12, 161A(5).
Fasal (2): Perkataan "keturunan, tempat lahir atau jantina" menggantikan "keturunan atau tempat lahir" menurut Akta A1130, seksyen 3, berkuat kuasa dari 28-9-2001.
Fasal (5)(c): Perkataan "Semenanjung Tanah Melayu" menggantikan "Persekutuan" menurut Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.
Fasal (5)(f)Lihat seksyen 6, Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77.]

Akta Perlindungan Wanita Tugasan Pendidikan Moral Tingkatan 1

AKTA PERLINDUNGAN WANITA DAN GADIS 1973 (AKTA 106)




Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan perlindungan.wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.






TUJUAN




Penguatkuasaan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (APWG) adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada wanita dan gadis yang terlibat dengan kegiatan maksiat atau terdedah kepada bahaya moral.

Kemudahan wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.





Akta ini memberi jagaan dan perlindungan serta peluang untuk menjalankan pemulihan kepada wanita dan gadis yang telah terdedah kepada bahaya moral, rosak akhlak atau menjadi mangsa pelacuran.



Memberi peluang kepada penjaga yang sah di sisi undangn-undang untuk membuat permohonan bagi menahan seseorang perempuan yang berusia di bawah 18 tahun di tempat perlindungan atas alasan tidak dapat menjalankan kawalan yang sepatutnya ke atasnya sewa terdedah kepada bahaya akhlak.



Memberi peluang kepada seseorang perempuan tanpa mengira peringkat umur mendapatkan perlindungan dengan segera.




TAKRIFAN WANITA DAN GADIS


Seorang perempuan berusia di bawah 21 tahun.

Perlaksanaan Undang-undang Mengikut Akta
Jika mahkamah Majistret berpuashati bahawa orang perempuan itu memerlukan perlindungan mengikut Akta maka Mahkamah boleh:-





Memerintahkan supaya orang perempuan berkenaan ditahan di tempat perlindungan selama suatu tempoh tiga tahun dari tarikh ia ditahan untuk siasatan.



Membuat suatu perintah, supaya perempuan itu diletakkan selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dalam peliharaan seseorang sama ada seorang saudara atau tidak yang bersetuju dan difikirkan layak.



Membuat suatu perintah, menghendaki ibubapa atau penjaganya mengikut suatu bon selama sesuatu tempoh tertentu tidak lebih dari tiga tahun untuk menjalankan pemeliharaan atau penjagaan yang sepatutnya.



Membuat suatu perintah meletakkan orang perempuan itu selama suatu tempoh tertentu tidak lebih
daripada tiga tahun di bawah pengawasan sseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat. wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.




HUKUMAN BAGI ORANG DIDAPATI BERSALAH MEMPERGUNAKAN WANITA DAN GADIS UNTUK MAKSUD PELACURAN DAN SEBAGAINYA






Seseorang yang didapati bersalah mempergunakan wanita dan gadis untuk masuk pelacuran dan sebagainya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepulu ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya.



Seseorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau akli kemudian, boleh dikenakan hukum sebab selain daripada sesuatu tempoh penjara yang dikenakan. wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
Program Pemantapan Pelajar PMR 2013 di Kuala Lipis 2013

Sabtu, 7 September 2013

Salam sejahtera pelajar-pelajar 1 tekun.
Sila hasilkan folio Pendidikan Moral yang lebih kurang 3 muka surat.
Muka surat 1 :  Nama dan latarbelang pusat Penempatan Kanak-kanak.Tarikh di tubuhkan,
                        Penaja utama dan lain-lain maklumat yang terdapat dalam laman web berkenaan.
Mukasurat 2 : Gambar-gambar aktiviti kanak-kanak, asrama, tempat penginapan dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Muka surat 3 : Perkara-perkara lain yang perlu dimasukkan. untuk menambahkan markah.

untuk dapatkan maklumat dan pusat penempatan kanak-kanak, layari laman web Jabatan kebajikan masyarakat atau taip sahaja Pusat penempatan kanak-kanak.

                       

Rabu, 28 Ogos 2013

RENUNGAN CALONPMR 2013

RENUNGAN CALON PMR 2013



Salam Satu Malaysia, Salam Merdeka.SalamPeperiksaan.

PMR akan menjelang tidak beberapa lama lagi. Dalam tempoh sebulan lagi, pelbagai usaha dibuat oleh pihak sekolah untuk memastikan kejayaan Anda bagi mencapai kecemerlangan dalam PMR nanti. Bagaimana persediaan Anda ? Tarikh PMR yang bermula pada 2 Oktober 2013 nanti sudah pastinya tarikh Keramat bagi Anda menentukan Keputusan PMR yang Anda Inginkan. Jadi apakah langkah-langkah terakhir untuk menjana kejayaan diri Anda.



1. Buat Perubahan Tingkahlaku. Elakkan bermain-main, tak hadir kelas , tak buat latih tubi dan sebagainya

2. Gunakan perkataan FOCUS untuk kebaikan diri.

F - Format diri semula untuk membentk perubahan tingkahlaku positif.

O – Organis atau uruskan diri dengan betul untuk jana kejayaan.

C – Concentrate / tumpu minda dan jiwa untuk peperiksaan.

U - Ulangkaji /latihtubi dengan banyaknya untuk berjaya.

S- Self confidern / bina keyakinan diri untuk berjaya dengan kata-kata

yang menjurus kejayaan diri.



3. Motivasikan dalam diri untuk berjaya.

4. Set 100 peratus minda kita untuk peperiksaan.

5. Tinggalkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan minda kita terganggu

untuk membina kejayaan.

6. Elakkan dari gagal PMR kerana Gagal bermakna adalah sejarah kegagalan

dalam hidup kita.



Selamat maju jaya dan semoga berjaya.







Selasa, 16 Julai 2013

Pembinaan Ayat


Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:



a) Bila + Siapa + buat apa

b) Siapa + buat apa + di mana

c) Siapa + buat apa + kenapa



Contoh:

1. Prasyarat

ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan.



2. Propaganda

ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.



3. Pascamerdeka

ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.



4. Dwibahasa

ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.



5. Anti-Israel

ayat: Satu perarakan anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.



6. Antirasuah

ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar umbi.



7. Interaksi

ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan menyebabkan jiwa anak kosong.



8. Insentif

ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam acara sukan.



9. Integrasi

ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk integrasi kaum dan membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.



10. Intensif

ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik.



11. Inisiatif

ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.



12. tentatif

ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.



13. senget

ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah.



14. sengit

ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.



Rabu, 26 Jun 2013

LATIHAN KOMSAS TINGKATAN 4

LATIHAN DAN ULANGKAJI KOMSAS TINGKATAN 4

LATIHAN DAN ULANGKAJI KOMSAS TINGKATAN 4CERPEN ISRAKBACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,” kata Mikraj.“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata.“Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?” Sura Mikraj semakin lama semakin meninggi.Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”“Saya kesihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan dicubit paha kiri akan terasa sakitnya. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!”“Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!”“Saya ajak ma dan pa bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk ‘atuk’ bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya…,” butir bicara Mikraj diringi mutiara mata.                                                                                                          (Dipetik daripada “Israk” oleh Erda Roslan Khairi)1.      Mengapakah Israk sepatutnya menghormati Wah?                                                                                                                                               (3 markah)2.       Pada pendapat anda wajarkah seseorang memberikan nasihat kepada orang yang lebih tua daripadanya?                                                                 (3 markah)3.       Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan dua pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut.                                                             (3 markah)CERPEN ISRAKBACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.“Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang?” rungut Israk bagaikan tuan besar.“Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau  abang mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.“Buang masa sahaja tinggal di sini!”  Bara kata-kata Israk memanaskan lagi telinga Mikraj.Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca tv hitam sahaja. Israk mencebik.“Tv pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaraya seperti injak yang naik merosakkan jumlah voltan arus yang mengalir.Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayung.           (Dipetik daripada “Israk” oleh Erda Roslan Khairi)1.       Nyatakan dua perkara yang dirungutkan oleh Israk.                                                        (2 markah)2.       Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Israk untuk menjaga hati Wah?  Cadangkan empat cara yang wajar dilakukan oleh Israk.                                                                                  (4 markah)3.       Nyatakan satu perwatakan Israk berdasarkan petikan cerpen dan dua perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen.                                                       ( 3 markah)

CERPEN IBU DAN CEPERBACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi. Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi. Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, malah arusnya rasa-rasanya begitu lambat bergerak ke kuala kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa.Sudah mulai kulihat angkai ayam, bangkai itik, bangkai biawak, bangkai ular, bangkai babi, bangkai ikan yang sudah busuk dan berulat, nasi manusia yang sudah berbuih dan berlendir, kain-kain buruk yang sudah kusam, sisa-sisa makanan yang sudah berulat, karung-karung plastic warna-warni yang sudah lusuh dan kerunyuk berarak lambat-lambat di tengah-tengah dada Ceper. Baunya sudah mulai naik ke darat dan terus masuk ke dalam lubang-lubang hidung kami.Waktu bapa meninggal tidak pula aku teringin untuk memerhati perangai Ceper. Lagipun tidak banyak berubah apa-apa pada kehidupan Ceper. Dan bapa pun tidak lama sakit. Tiba-tiba bapa bersungut sakit dada suatu petang sesudah beberapa lama ibu meninggal. Aku tidak berapa ingat sangat bila bapa tiba-tiba bersungut sakit dada itu. Entahlah.Malam itu bapa jatuh tersungkur di kepala tangga dan terus pengsan dan kemudian apabila kami meraba nadi di tangannya, bapa sudah tidak ada. Reaksi Ceper tidak  ada apa-apa pun. Memang bau busuknya naik ke hidung juga. Sama seperti sewaktu ibu meninggal. Sama seperti ibu mula lumpuh.                                                (Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper)1.       Nyatakan tiga keadaan Sungai Ceper selepas ibu lumpuh dan meninggal dunia.                                                                                                                         (3 markah)2.       Jika anda ialah penulis, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk memulihkan Sungai Ceper?         Cadangkan tiga usaha yang bakal anda laksanakan.                    (3 markah)3.       Kemukakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini.                                                                     (3 markah)

CERPEN MEMORI SEORANG TUABACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.Itulah orang yang tidak tahu hati dan jiwanya. Perjuangannya adalah untuk memelayukan orang Melayu, memanusiakan manusia supaya tahu menilai hak, supaya tahu menjaga maruah, supaya tahu Tanah Melayu ini mesti diterajui oleh orang Melayu, segala harta kekayaan di Tanah Melayu ini mesti diagih-agihkan sama rata dan sama rasa kepada orang Melayu, bukan membuncitkan orang lain!Tetapi ramai orang Melayu yang tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya. Yang pak Itam terasa sayu, ramai kawan-kawannya yang sama-sama pulang dari tanah Inggeris, hidup lebih Orang Putih daripada Orang Putih. Pulang ke tanah air sendiri menjadi tukang angguk kepada Inggeris dan memandang jijik kepada anak bangsanya yang tidak berbaju, yang tidak berkasut, yang buta huruf, alif dikatakan batang kayu, A dikatakan kayu pangkah, perut membuncit penuh cacing, pucat lesi diserang demam kura berkudis , berpanau dan kebulur tidak cukup makanan. Menunduk kepada Orang Putih meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang mandikan anjing Orang Putih. Jadi unta, jadi keldai Orang Putih!Inilah orang tidak mengerti hati perjuangannya. Orang Melayu mesti menjadi tuan di tanah airnya, bukan menjadi unta, menjadi keldai, dan menjadi tukang mandi anjing penjajah.(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua)1.       Berikan maksud tidak mahu mengerti visionnya.                                                                                                                                                                                      (2 markah)2.       Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa luar? Nyatakan tiga cara yang relevan.                                                                                                                                                                                                                                                       (3 markah)3.       Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen itu.                                                                                                           (4 markah)

PROSA KLASIK – PELAYARAN PENUH PERISTIWABACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.1.   Pada pendapat anda, bagaimanakah kegiatan lanun dapat        dibanteras?                                                                                                                                            (3 markah)2.  Jika anda Awang Sulung Merah Muda, apakah tindakan anda ketika menghadapi lanun?                                                                                                                                                                                                                     (3 markah)3.  Pada pendapat anda, wajarkah kegiatan sabung ayam dipertahankan di negara kita?                                                                                                                                                                                                            (3 markah)4.Pada pendapat anda, apakah keburukan tabiat berhutang?                                                                                                                                                                                                                                                                             (3 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Berapakah sebenarnya harga remajayang bersihdari gelodak kecewabagai kehijauan daunbagai kesegaran pohondi pinggir perjalanan ini?Dengan apakah akan kaupenuhipiala remajamuadakah cuka kesangsiandari cinta maruahatau madu ajarandari ilmu susahRemaja amat mahalsesungguhnyatiada terbeli oleh perjanjianharga remaja adalah pendiriankeberanian dan ilmuPenuhilah remajamudengan ketentuan tujuRahman Shaari(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Bahagian Latihan:"Penuhilah remajamudengan ketentuan tuju"Latihan 1: Berikan maksud rangkap pada petikan di atas

Latihan 2: Pada pandangan anda, apakah kesan yang berlaku sekiranyan remaja gagal mengisi usia remajanya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sila nyatakan empat kesan tersebut.Latihan 3: Jelaskan tiga mesej penyajak kepada remaja seperti yang terkandung dalam rangkap ketiga sajak “Harga Remaja”.
Antologi Harga RemajaPuisi TradisionalPantun Empat Kerat (Budi)
ARAHAN: Sila baca pantun dibawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan latihan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. AYAT ANDA SENDIRI!Terang bulan terang di paya,Anak kambing memakan rumput;Jika tak kenang kepada saya,Nama yang baik tidak tersebut.Anak merak mati tersangkut,Mati dipanah Seri Rama;Resam di dunia juga disebut,Orang yang mati meniggalkan nama.Anak itik terenang-renang,Air pasang tenang-tenangan;Budi sedikit bila kan hilang,itu menjadi kenang-kenangan.Anak ikan berlima-lima,Mati ditimpa punggur berdaun;Kasih tuan saya terima,Sebagai hutang seribu tahun.(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Latihan         I.            Berikan maksud “sebagai hutang seribu tahun"                               ( 2 markah)       II.             Kemukakan pandangan anda tentang tiga kebaikan yang diperoleh orang yang berbudi atau berjasa                                                                                                         (3 markah)     III.            Huraikan dua nilai yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat (Budi)                      (4 markah)
Sajak MahsuriArahan: Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Selendangmu mengibar di pantaimenyambut tetamu pulausetiamu menjadi lagunyanyian ombak pagirambutmu menjadi jalur hitamterapung di laut malamair matamu dingin embunjatuh di tujuh telagadendam tujuh keturunanmelengkung tujuh tanjungputihlah pulau inidisimbah darah suciMahsurisumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawikerana tanpamuLangkawi tidak sebegini.Kata orang Mahsuri tidak pernah hidupdia hanya bermula dengankhayalan seorang senimanpun kata orang Mahsuri pernah hiduptetapi bahasa seorang penceritamembuat dia lebih hidup dari kehidupannyasastera yang mewarnai tanah airkerana tanpa MahsuriLangkawi tidak sebegini bererti.Mahsuri membesarkan Langkawisastera membesarkan tanah air.Sebuah sajak yang sangat indah ciptaan Zurinah Hassan(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Soalan latihan:1) Berikan maksud rangkai kata disimbah darah suci dalam sajak ini.2) Sekiranya anda menjadi pemimpin di Pulau Langkawi, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk memajukan lagi sektor pelancongan pulau tersebut? Sila berikan empat usaha yang bakal anda lakukan.3) Berdasarkan sajak “Mahsuri”, nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.4) Jika anda pernah bercuti di Pulau Langkawi, apakah tempat paling indah yang pernah anda lawati disana?
ntologi Harga Remaja: Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran).

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Apa guna berkain batik,Kalau tidak memakai capal;Apalah guna beristeri cantik,Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Dari Kelang lalu ke Jawa,Naik sigai ke atas atap;Ikan kering lagi ketawa,Mendengar tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga,Suruh diambil mari diurut;Duduk termenung harimau tua,Melihat kambing mencabut janggut.
Kupu-kupu terbang melintang,Hinggap menghisap bunga layu;Hati di dalam menaruh bimbang,
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
Latihan
  1. Nyatakan sindiran yang terdapat dalam rangkap pertama dan rangkap kedua syair ini.
  1. Sila nyatakan tiga cara bagaimana orang bawahan dapat membuktikan kemampuan mereka.
  1. Berikan tiga pengajaran yang terdapat didalam pantun tersebut.
  1.  Pada pendapat anda, wajarkah pelajar lelaki belajar memasak sejak kecil?

Melihat ikan memanjat kayu.