Rabu, 11 September 2013

Seloka Emak Si Randang

Puisi Tradisional
(Seloka Emak Si Randang)
Maksud
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan
untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabishabisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu.
Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu
pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan
padi yang ditanamnya tidak menjadi.
Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
Persoalan
1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
Bentuk
1. Terdiri daripada satu rangkap.
2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.
 Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
 Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
 Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
 Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.