LATIHAN KOMSAS TINGKATAN 4
LATIHAN DAN ULANGKAJI KOMSAS TINGKATAN 4
LATIHAN DAN ULANGKAJI KOMSAS TINGKATAN 4CERPEN ISRAKBACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,” kata Mikraj.“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata.“Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?” Sura Mikraj semakin lama semakin meninggi.Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”“Saya kesihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan dicubit paha kiri akan terasa sakitnya. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!”“Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!”“Saya ajak ma dan pa bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk ‘atuk’ bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya…,” butir bicara Mikraj diringi mutiara mata. (Dipetik daripada “Israk” oleh Erda Roslan Khairi)1. Mengapakah Israk sepatutnya menghormati Wah? (3 markah)2. Pada pendapat anda wajarkah seseorang memberikan nasihat kepada orang yang lebih tua daripadanya? (3 markah)3. Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan dua pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut. (3 markah)CERPEN ISRAKBACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.“Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang?” rungut Israk bagaikan tuan besar.“Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.“Buang masa sahaja tinggal di sini!” Bara kata-kata Israk memanaskan lagi telinga Mikraj.Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca tv hitam sahaja. Israk mencebik.“Tv pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaraya seperti injak yang naik merosakkan jumlah voltan arus yang mengalir.Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayung. (Dipetik daripada “Israk” oleh Erda Roslan Khairi)1. Nyatakan dua perkara yang dirungutkan oleh Israk. (2 markah)2. Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Israk untuk menjaga hati Wah? Cadangkan empat cara yang wajar dilakukan oleh Israk. (4 markah)3. Nyatakan satu perwatakan Israk berdasarkan petikan cerpen dan dua perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen. ( 3 markah)
CERPEN IBU DAN CEPERBACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi. Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi. Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, malah arusnya rasa-rasanya begitu lambat bergerak ke kuala kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa.Sudah mulai kulihat angkai ayam, bangkai itik, bangkai biawak, bangkai ular, bangkai babi, bangkai ikan yang sudah busuk dan berulat, nasi manusia yang sudah berbuih dan berlendir, kain-kain buruk yang sudah kusam, sisa-sisa makanan yang sudah berulat, karung-karung plastic warna-warni yang sudah lusuh dan kerunyuk berarak lambat-lambat di tengah-tengah dada Ceper. Baunya sudah mulai naik ke darat dan terus masuk ke dalam lubang-lubang hidung kami.Waktu bapa meninggal tidak pula aku teringin untuk memerhati perangai Ceper. Lagipun tidak banyak berubah apa-apa pada kehidupan Ceper. Dan bapa pun tidak lama sakit. Tiba-tiba bapa bersungut sakit dada suatu petang sesudah beberapa lama ibu meninggal. Aku tidak berapa ingat sangat bila bapa tiba-tiba bersungut sakit dada itu. Entahlah.Malam itu bapa jatuh tersungkur di kepala tangga dan terus pengsan dan kemudian apabila kami meraba nadi di tangannya, bapa sudah tidak ada. Reaksi Ceper tidak ada apa-apa pun. Memang bau busuknya naik ke hidung juga. Sama seperti sewaktu ibu meninggal. Sama seperti ibu mula lumpuh. (Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper)1. Nyatakan tiga keadaan Sungai Ceper selepas ibu lumpuh dan meninggal dunia. (3 markah)2. Jika anda ialah penulis, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk memulihkan Sungai Ceper? Cadangkan tiga usaha yang bakal anda laksanakan. (3 markah)3. Kemukakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini. (3 markah)
CERPEN MEMORI SEORANG TUABACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.Itulah orang yang tidak tahu hati dan jiwanya. Perjuangannya adalah untuk memelayukan orang Melayu, memanusiakan manusia supaya tahu menilai hak, supaya tahu menjaga maruah, supaya tahu Tanah Melayu ini mesti diterajui oleh orang Melayu, segala harta kekayaan di Tanah Melayu ini mesti diagih-agihkan sama rata dan sama rasa kepada orang Melayu, bukan membuncitkan orang lain!Tetapi ramai orang Melayu yang tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya. Yang pak Itam terasa sayu, ramai kawan-kawannya yang sama-sama pulang dari tanah Inggeris, hidup lebih Orang Putih daripada Orang Putih. Pulang ke tanah air sendiri menjadi tukang angguk kepada Inggeris dan memandang jijik kepada anak bangsanya yang tidak berbaju, yang tidak berkasut, yang buta huruf, alif dikatakan batang kayu, A dikatakan kayu pangkah, perut membuncit penuh cacing, pucat lesi diserang demam kura berkudis , berpanau dan kebulur tidak cukup makanan. Menunduk kepada Orang Putih meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang mandikan anjing Orang Putih. Jadi unta, jadi keldai Orang Putih!Inilah orang tidak mengerti hati perjuangannya. Orang Melayu mesti menjadi tuan di tanah airnya, bukan menjadi unta, menjadi keldai, dan menjadi tukang mandi anjing penjajah.(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua)1. Berikan maksud tidak mahu mengerti visionnya. (2 markah)2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa luar? Nyatakan tiga cara yang relevan. (3 markah)3. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen itu. (4 markah)
PROSA KLASIK – PELAYARAN PENUH PERISTIWABACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kegiatan lanun dapat dibanteras? (3 markah)2. Jika anda Awang Sulung Merah Muda, apakah tindakan anda ketika menghadapi lanun? (3 markah)3. Pada pendapat anda, wajarkah kegiatan sabung ayam dipertahankan di negara kita? (3 markah)4.Pada pendapat anda, apakah keburukan tabiat berhutang? (3 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Berapakah sebenarnya harga remajayang bersihdari gelodak kecewabagai kehijauan daunbagai kesegaran pohondi pinggir perjalanan ini?Dengan apakah akan kaupenuhipiala remajamuadakah cuka kesangsiandari cinta maruahatau madu ajarandari ilmu susahRemaja amat mahalsesungguhnyatiada terbeli oleh perjanjianharga remaja adalah pendiriankeberanian dan ilmuPenuhilah remajamudengan ketentuan tujuRahman Shaari(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Bahagian Latihan:"Penuhilah remajamudengan ketentuan tuju"Latihan 1: Berikan maksud rangkap pada petikan di atas
Latihan 2: Pada pandangan anda, apakah kesan yang berlaku sekiranyan remaja gagal mengisi usia remajanya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sila nyatakan empat kesan tersebut.Latihan 3: Jelaskan tiga mesej penyajak kepada remaja seperti yang terkandung dalam rangkap ketiga sajak “Harga Remaja”.
Antologi Harga RemajaPuisi TradisionalPantun Empat Kerat (Budi)
ARAHAN: Sila baca pantun dibawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan latihan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. AYAT ANDA SENDIRI!Terang bulan terang di paya,Anak kambing memakan rumput;Jika tak kenang kepada saya,Nama yang baik tidak tersebut.Anak merak mati tersangkut,Mati dipanah Seri Rama;Resam di dunia juga disebut,Orang yang mati meniggalkan nama.Anak itik terenang-renang,Air pasang tenang-tenangan;Budi sedikit bila kan hilang,itu menjadi kenang-kenangan.Anak ikan berlima-lima,Mati ditimpa punggur berdaun;Kasih tuan saya terima,Sebagai hutang seribu tahun.(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Latihan I. Berikan maksud “sebagai hutang seribu tahun" ( 2 markah) II. Kemukakan pandangan anda tentang tiga kebaikan yang diperoleh orang yang berbudi atau berjasa (3 markah) III. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat (Budi) (4 markah)
Sajak MahsuriArahan: Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Selendangmu mengibar di pantaimenyambut tetamu pulausetiamu menjadi lagunyanyian ombak pagirambutmu menjadi jalur hitamterapung di laut malamair matamu dingin embunjatuh di tujuh telagadendam tujuh keturunanmelengkung tujuh tanjungputihlah pulau inidisimbah darah suciMahsurisumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawikerana tanpamuLangkawi tidak sebegini.Kata orang Mahsuri tidak pernah hidupdia hanya bermula dengankhayalan seorang senimanpun kata orang Mahsuri pernah hiduptetapi bahasa seorang penceritamembuat dia lebih hidup dari kehidupannyasastera yang mewarnai tanah airkerana tanpa MahsuriLangkawi tidak sebegini bererti.Mahsuri membesarkan Langkawisastera membesarkan tanah air.Sebuah sajak yang sangat indah ciptaan Zurinah Hassan(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Soalan latihan:1) Berikan maksud rangkai kata disimbah darah suci dalam sajak ini.2) Sekiranya anda menjadi pemimpin di Pulau Langkawi, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk memajukan lagi sektor pelancongan pulau tersebut? Sila berikan empat usaha yang bakal anda lakukan.3) Berdasarkan sajak “Mahsuri”, nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.4) Jika anda pernah bercuti di Pulau Langkawi, apakah tempat paling indah yang pernah anda lawati disana?
ntologi Harga Remaja: Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran).
Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Apa guna berkain batik,Kalau tidak memakai capal;Apalah guna beristeri cantik,Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Dari Kelang lalu ke Jawa,Naik sigai ke atas atap;Ikan kering lagi ketawa,Mendengar tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga,Suruh diambil mari diurut;Duduk termenung harimau tua,Melihat kambing mencabut janggut.
Kupu-kupu terbang melintang,Hinggap menghisap bunga layu;Hati di dalam menaruh bimbang,
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
Latihan
- Nyatakan sindiran yang terdapat dalam rangkap pertama dan rangkap kedua syair ini.
- Sila nyatakan tiga cara bagaimana orang bawahan dapat membuktikan kemampuan mereka.
- Berikan tiga pengajaran yang terdapat didalam pantun tersebut.
- Pada pendapat anda, wajarkah pelajar lelaki belajar memasak sejak kecil?
Melihat ikan memanjat kayu.