Isnin, 28 Januari 2013

Band 2 BM Tingatan 1


Instrumen Band 2

KEMAHIRAN

MEMBACA
BAND

2
PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR
B2 DL1
Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks.

EVIDENS

B2 DL1 E1
Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan

AKTIVITI PENTAKSIRAN




1. Guru meminta seorang murid untuk membaca petikan Bersantai di Taman Rekreasi Menara Berkembar Petronas (Buku Teks Tingkatan 1 halaman 62).
2. Beberapa orang murid diminta untuk memberikan maksud perkataan atau frasa yang telah digariskan.

Contoh  petikan :

Bersantai di Taman Rekreasi Menara Berkembar Petronas

     Encik Kamaruzaman memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Noradila dan abangnya Khairi keluar dari perut kereta. Ibu mereka masihmengemas sesuatu di dalam kereta.
    “Wah, tingginya air pancut tu, ayah! Kata Noradila sambil menunjuk ke arah air pancut. Ayah mengangguk.
     “Ibu, cepatlah sikit,” gesa Noradila, yang tidak sabar-sabar hendak ke taman.
    Ibu keluar dari perut kereta dengan membimbit beg pakaian. Khairimembantu ibu membawa beg.
    “Bagaimanakah air pancut itu boleh memancut tinggi,ayah?” tanya Khairi sambil berjalan bersama-sama dengan keluarganya ke taman.
    “Air itu dipancutkan ke atas dengan menggunakan motor yang digerakkan oleh kuasa elektrik, “ jelas ayah.
    Khairi mengangguk. Mereka telah sampai di tempat mandi. Khairi dan Noradila ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.
    “Sila tanggalkan kasut anda!” Kata suara pengawal keselamatanmengarahkan beberapa lelaki yang memakai kasut ke gigi air untuk mendapatkan anak masing-masing.

Memberikan maksud perkataan/frasa berdasarkan petikan: 
1. perut kereta                     4. Bilik persalinan
2. mengemas                       5. Pengawal keselamatan
3. membantu                       6. gigi air




KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR
BAND
2
PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B2 DL1
Mendengar dan memahami sesuatu perkara
EVIDENS
B2 DL1 E2
Menceritakan perkara yang didengar
AKTIVITI PENTAKSIRAN
  1. Guru memilih tiga orang pelajar untuk melakonkan perbualan tentang cita-cita masing-masing.
  2. Guru meminta murid menceritakan perkara yang didengar oleh mereka.
  3. Guru mengemukakan beberapa soalan sebagai rangsangan bagi membantu pelajar untuk menjawab secara lisan.
     4.   Pelajar menyatakan cita-cita   
           masing-masing dan memberi sebab   
          mereka memilih cita-cita tersebut


 Contoh perbualan:

MOHAN  :Saya bercita-cita menjadi pegawai polis apabila 
                  dewasa kelak. Saya berpendapat kerjaya kepolisan    
                  sangat sesuai dengan jiwa saya. Polis bertugas
                  menjaga ketenteraman masyarakat dengan
                   menguatkuasakan undang-undang.

KEVIN     : Saya lebih berminat menjadi tentera. Kerjaya
                  ketenteraan lebih mencabar. Tentera mempertahan 
                  negara daripada serangan musuh dari dalam dan luar .

KHAIRI   : Sebenarnya, kerjaya polis atau askar semuanya
                 bagus. Yang penting, kita mestilah menjalankan
                 tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Contoh soalan lisan:

  1. Apakah cita-cita Mohan dan Kevin?
  2. Mengapakah mereka memilih cita-cita tersebut?
  3. Nyatakan cita-cita anda dan berikan sebab anda memilih cita-cita tersebut.

KEMAHIRAN
MENULIS
BAND

PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B2DT1
Menulis jawapan pemahaman
EVIDENS
B2DT1E1
Menjawab soalan pemahaman secara bertulis dengan menggunakan ayat yang gramatis
AKTIVITI PENTAKSIRAN


  1. Guru mengedarkan petikan dan meminta pelajar membaca petikan tersebut untuk mengenal pasti isi isi penting
  2. Pelajar menulis isi isi penting yang dikenal pasti

Contoh Petikan:
Tarian Kaum Melanau
          Etnik Melanau kaya dengan pelbagai tarian. Antara tarian yang popular ialah tarian mengarang, mengalai dan igal. Setiap tarian itu mempunyai maksud yang tertentu. Tarian-tarian ini juga memperlihatkan keperibadian masyarakat Melanau.
          Tarian mengarang amat popular dalam kalangan masyarakat Melanau. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan secara berpasangan. Tarian ini mengisahkan masyarakat Melanau sedang menuai padi dan melakukan kerja memproses padi. Para penari akan beraksi seperti orang menuai, menumbuk dan menampi. Selain itu, tarian mengarang menggambarkan masyarakat Melanau menyagat sagu dan dipersembahkan pada hari perayaan dan majlis perkahwinan.

Contoh Soalan Pemahaman:

  1. Apakah tarian yang popular dalam kalangan masyarakat Melanau?
  2. Nyatakan tujuan tarian-tarian tersebut dipersembahkan?
  3. Bagaimanakah tarian mengarang ini ditarikan?
  4. Bilakah tarian ini sering dipersembahkan?