Biarkan Samudera
(Raihanah Salleh)
Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak
berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta
masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh
sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak
di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu,
kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam
bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan
Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia
kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik
mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang
mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang
sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah
membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada
konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu
Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan
beransur pulih.
Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.
Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan
oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau
sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan
bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya
bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit
skizofrenia.
Sinopsis
Tema1. Persoalan kemiskinan para nelayan
Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan
rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba
kekurangan.
2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan
dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk
bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah
beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.
3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.
Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri
kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.
4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar
Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai
banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan
pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.
Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan
perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal
bersama seorang rakan bernama Hakimah.
Persoalan
Plot(ii) Perkembangan
Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke
rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan
tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga
pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan
cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.
(iii) Konflik
Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan
masalah keluarganya.
(iv) Klimaks
Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah
menghadiahkan kain telekung.
(v) Peleraian
Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh
dan kembali seperti biasa.
1. Pemerian
Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di
dalam lautan mencari rezeki.
2. Dialog
Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak
yang sering didengari oleh Amirah.
3. Imbas Kembali
Teknik PenceritaanMir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga
lautan daripada pencemaran.
4. Suspens
Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di
tepi pantai.
5. Monolog Dalaman
Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu
dijaga untuk kelangsungan ekosistem.
6. Monolog Luaran
Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah
kesayangan mereka dirobohkan. “apa yang harus kulakukan?”
Watak Utama
Mir / Amirah
Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan.
Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan.
Anak tunggal.
Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.
Memiliki rambut yang cantik.
Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib
dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.
Watak dan Perwatakan Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan
perasaan.
Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan
hidup keluarganya.
Watak Sampingan
1. Hakimah
Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.
Ibu yang tinggal di kampung.
Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan
perasaan.
Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.
Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah
kepada ibunya.
2. Ayah
Ayah kepada Amirah.
Bekerja sebagai nelayan.
Sudah tua
Tinggal di rumah panjang di kampung.
Badannya agak kurus.
Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan
untuk pembangunan Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah
panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan.
Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi
menampung kehidupan dia dengan anaknya.
3. Ibu
Ibu kepada Hakimah
Tinggal di kampung.
Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah
mendekatkan diri dengan Tuhan.
Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke
luar negara.
Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati
diri dengan Tuhan.
Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah
membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.
Latar Masa
Latar Masa
Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya.
Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan
fikiran.
Latar Tempat
Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.
Latar Di rumah Hakimah – Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah
Amirah.
Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung.
Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.
Latar Masyarakat
Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang
tinggal di kampung.
Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya
yang mengalami tekanan perasaan.
Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi
Pendidikan tinggi tempatan.
Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal
di rumah panjang secara berkongsi dan miskin.
Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta
Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu.
1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir”.
2. Sinkope – kau, ku dan tak
3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung.
4. Peribahasa - hati perut.
5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.”
1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.
2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan
kepadanya.
Gaya Bahasa
Nilai 3. Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda
hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan
dirobohkan untuk pembangunan.
5. Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada
ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.
1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang
sedang dalam kesusahan.
2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan
tenang untuk melalui kehidupan seharian.
3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar
kita tidak bertindak di luar batasan.
4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang
keseorangan di kampung.
5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan
memberi pendidikan kepada kita.
1) Jelaskan sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama cerpen tersebut.
2) Nyatakan perwatakan Hakimah berserta contoh berdasarkan cerpen tersebut.
Pengajaran
Latihan 1. Sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama:
Rumah mereka akan dirobohkan
Ayahnya terpaksa tinggal di rumah panjang berramai-ramai.
Memikirkan soal kehidupan ayahnya yang miskin yang telah kehilangan rumah.
2. Perwatakan Hakimah:
Seorang sahabat yang baik iaitu sentiasa bersedia membatu rakannya yang
mengalami tekanan perasaan.
Seorang prihatin iaitu sanggup membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk
bertemu dengan ibunya.
Seorang yang penyayang contohnya, Hakimah amat baik dengan ibunya dan
sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.