Tahukah anda?
Setiap perenggan di dalam sesuatu petikan pasti memiliki isi penting.
Tahukah anda?
Setiap perenggan di dalam sesuatu petikan mengandungi pelbagai jenis ayat.
Tahukah anda? Mana satu ayat yang mengandungi isi penting?
Mari bersama-sama kita cari.........
Setiap perenggan sememangnya mengandungi satu atau dua isi penting. Setiap perenggan juga mengandungi pelbagai jenis ayat. Ayat-ayat tersebut adalah;
1. Ayat huraian : Ayat yang memberi isi sokongan dan bertindakk menyedapkan sesebuah perenggan
2. Ayat contoh : Ayat yang mengandungi contoh-contoh
3. Ayat penegas : Ayat yang menegaskan pendirian terhadap isi penting yang dibincangkan
4. Ayat yang mengandungi isi penting
Mari kita lihat contoh perenggan..
Dalam perenggan di atas, mengandungi Ayat Huraian, Ayat Contoh, Ayat Penegas dan Ayat yang Mengandungi Isi Penting. Oleh itu, anda perlulah mengenali jenis-jenis ayat tersebut, untuk memudahkan anda mencari isi penting di dalam perenggan.
Tips mencari isi penting:
1. Lihat ayat yang mengandungi penanda wacana (jika ada).
2. Contoh-contoh adalah bukan isi penting.

Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.