Selasa, 14 Januari 2014

Tatabahasa Melayu

KATA NAMA AM


Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

Perhatikan penerangan di bawah ini.


Kata Nama Am
Contoh
Ayat Contoh
benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Almari itu berpintu dua.
2   Kipas itu berpusing ligat.
3   Ayah membeli dua buah komputerbaru.
haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1   Burung itu terbang tinggi di udara.
2   Pak Jabit membeli dua ekor lembujantan.
3   Leher zirafah itu panjang sekali.
manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1   Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3   Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai rayaitu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang dibank.


·         Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.

       Contoh:


1   Encik Wong membeli sebuah kereta baru.


·         Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada 

       permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.

       Contoh:


1   Masjid itu baru siap dibina.

2   “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.



Kata Ganti Nama Diri

1.  Kata Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk 
     menggantikan kata nama orang.

2. Terdapat tiga jenis kata nama ganti nama diri, iaitu:

   a) Kata ganti nama diri pertama

       Contoh :  saya, aku, hamba, kami, beta, patik, kita

       Contoh ayat  :  (i)   Saya belajar di Tahun 3 Merah.

                                  (ii)  Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.

                                  (iii) ‘ Beta tidak suka rakyat yang merderhaka,’ 
                                         titah Sultan Idris.

  b) Kata ganti nama diri kedua

      Contoh  :  anda, kamu, engkau, awak, tuanku, saudara

      Contoh ayat  :  (i)   Anda terpilih sebagai pemenang bertuah. 

                                 (ii)  Kamu tidak boleh bising di perpustakaan.

                                 (iii) ‘Adakah ini pensel awak?’ Tanya Liza
                                        kepada Kuma.

  c) Kata ganti nama diri ketiga

      Contoh  :  ia, beliau, dia, mereka, baginda, -nya

      Contoh ayat  : (i)   Dia berjalan kaki ke sekolah.

                                (ii)  Beliau seorang guru yang berwawasan.

                               (iii)  Fauzi dan Fazley bersahabat baik. Mereka 
                                       selalu pergi ke sekolah bersama-sama.


Kata Tanya

1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2. Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam tulisan.

3. Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:

a)  Apa                


      - menanyakan benda atau haiwan

      -Contoh:  Apakah pekerjaan ayah awak?

                        Apakah yang ada di dalam kotak itu?


b) Siapa              


      - menanyakan orang atau nama orang

      - Contoh:  Siapakah nama adik kamu?

                         Siapakah yang menelefon Encik Rosli tadi?


c)  Mangapa     


       - menanyakan sebab

       - Contoh:  Mengapakah kamu menangis?

                          Mengapakah Julia tidak keluar makan?


d)  Berapa


        - menanyakah bilangan jumlah atau harga

        - Contoh:  Berapakah harga baju itu?

                           Berapakah jumlah biji ping pong di dalam kotak itu?



e)  Bila                


        - menanyakan masa dan waktu

        - Contoh:  Bilakah kamu akan bertolak ke Melaka?

                           Bilakah dia akan sampai?


f)  Di mana        


       - menanyakan tempat

       - Contoh:  Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak Amid?

                          Di manakah kemalangan itu berlaku?


g)  Bagaimana  

 

 

          - menanyakan sebab

          - Contoh:  Bagaimanakah keadaan ibu kamu?

                             Bagaimanakah caranya membuat kek lapis?

 Kata Seru

1.  Kata seru ialah kata yang digunakan oleh seseorang untuk menggambarkan perasaan seperti gembira, sedih, sakit, marah, mengejek, terkejut, benci, puas hati,  hairan, kagum dan sebagainya.

2.  Kata seru dalam bahasa Malayu baku adalah seperti ah, eh, aduh,aduhai,amboi, cis, hai, nah, wahai, syabas dan sebagainya.

3.  Berikut adalah penerangan dan contoh penggunaan kata seru dalam ayat.

     a)  Aduh


          - menyatakan perasaan sakit / keluhan.

            Contoh : Aduh, sakit mataku ini !


          - menyatakan rasa hairan / kagum.

            Contoh : Aduh, besarnya labu ini !


     b) Aduhai


         - menyatakan rasa sedih / dukacita.

           Contoh : Aduhai, malang nian nasib Si Buta itu !

                           Aduhai, tertipu lagi saya !

                           Aduhaibilakah hujan ini akan teduh !


     c)  Amboi / Wah / Eh


         - menyatakan perasaan kagum / hairan / terperanjat.

           Contoh : Amboi, cantiknya baju awak !

                           Wah, hebatnya pemandangan dari sini !

                           Eh, kamu pun menyertai lawatan ini !


     d) Ah

  

         - menyatakan perasaan penolakan / tidak setuju.

           Contoh : Ah, saya tidak benarkan !

                           Ah, aku enggan menurut perintahnya !

                           Ah, cadangannya itu tidak perlu kita pertimbangkan !


     e) Cis / Ceh


        - menyatakan perasaan marah.

          Contoh :  Cis, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga !

                           Cis, kamu merokok lagi !

        - menyatakan perasaan mengejek.

          Contoh : Cis, budak yang tak tahu dek untung !

                          Cis, bwerani sungguh dia dating ke mari !


     f)  Hai


         - menegur/menyapa untuk berkenalan dengan seseorang.

           Contoh : Hai, sudah lama kita tidak bertemu !

                           Hai, selamat berkenalan !


     g) Nah

   

         - menyatakan persetujuan.

           Contoh : Nah, ambillah balik semua buku kamu ini !


         -menaruh perhatian / tumpuan

           Contoh : Nah, terimalah sedikit sumbangan wang daripada kami !


     h) Syabas


         - menyatakan rasa puas hati / bangga.

           Contoh : Syabas, inilah keputusan yang saya tunggu-tunggn !

                           Syabas, kamu telah terpilih sebagai pelajar cemerlang !


     i)  Wahai


         - menyatakan perasaan dukacita.

           Contoh : Wahai para pelajar, janganlah kamu suka melepak !


         - menarik perhatian.

           Contoh : Wahai ibu bapa, suruhlah anak-anak kamu mengerjalan solat lima waktu !

                            Wahai anak-anakku, hormatlah orang-orang tua !